Sunday, March 17, 2013

Dan Final Exam Datang Meminangku....

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Bila final exam datang meminangku, aku tidak punya alasan untuk menolaknya, sama ada cara baik atau pun cara kasar. Walaupun dalam hati berderau bila tiba tarikh kami berkahwin nanti.

Oh final exam.

Tahukah engkau betapa aku mencintai buku-bukuku? Mengapa engkau juga yang mahu meminangku? Namun aku redha dengan pinanganmu wahai final exam...

Menghabiskan study week di rumahm sebab asrama takde orang. Harga makanan dekat cafe pulak aku rasa macam nak mintak biar aku je yang jadi tukang masak kat ctu, senang. Makan free. Dan mase study week pulak, kaki aku sakit tanpa diketahui sebab musababnya. Adakah terkejut kerana terima pinangan dari final exam? Oh, kaki. Janganlah kau nak over.

Dengan tak prepare ape-apa untuk final exam, aku rasa macam WARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH betul ke ESOK final? Orang dok sebok update final around the corner, aku pulak relax, lepak-lepak konon hebat. Ya Allah, teruknya aku... 

Semoga ilmu yang aku belajar selama ini berkat. Lekatnya di hati, bukan di atas kertas semata-mata.

Duduk rumah best. Mane tak best, lapo je ade makanan. Nak makan ubat, ada 'nenurse' yang tolong amik ubat, amik air, bukakkan ubat, tuang ubat. She is my nenurse! Hehe

Nenurse @ Nuna yang baik hati~

Mama pulak konon-konon jadi warden asrama suruh aku study. Takde makne nye lah aku. Asyik lah tidur je~ *habislah, esok da start final.*

Ok, cukup setakat nie. Kang kalau aku melalut lebih panjang, habis lah aku. Orang lain dah habis study, aku baru nak mula. Gila betul!!! 

Untuk kawan-kawan semua, mohon ampun salah dan silap untuk semua salah dan silap saya pada kalian secara sedar atau tak sedar. Mohon halalkan ilmu yang kalian ajar pada saya. Semoga ia berkat kepada kita semua. Mohon dihalalkan segala-galanya lah senang cerita. Dan untuk kawan-kawan juga, saya maafkan segala salah silap anda, dan saya juga halalkan apa yang sepatutnya kepada anda. 

Kita exam buat betul-betul tau! Make sure 5 flat! Tapi pointer nie bukan untuk kita. Untuk masyarakat kita, untuk agama kita, untuk negara kita. Untuk kita tampar kaum non-muslim, bahawa orang Islam itu tidak bodoh, tidak mampu mereka tundukkan dengan senjata-senjata mereka. Dan kitalah, yang akan bangkit untuk mengislamkan lebih ramai lagi kaum non-Muslim. Itu misi kita. 5 flat bukan untuk kepentingan kita, tapi untuk misi dakwah! Insya Allah biiznillah! 

Wassalam.. ^__^

No comments:

Post a Comment