Wednesday, December 26, 2012

Impak Kahwin Muda Dalam Kehidupan Mahasiswa

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamaulaikum wbt...

Alhamdulilllah, hari ini saya telah berjaya present subjek Undang-Undang Islam dan Masyarakat, iaitu tajuk postage kali. Actually, hari ini ada dua pembentangan, sesi pagi dan petang. Berpuas hati dan lega dengan apa yang dah dibentang. Alhamdulillah, Ustazah Sarah pun komen positif. Semoga bermanfaat pada kawan-kawan sekelas. Jadi, saya nak share jugak beberpa point penting yang saya rasa perlu untuk dikongsikan dalam isu ni.

Saya mula dapat idea untuk fikir tajuk ni bila ustazah suruh fikir masa dalam kelas. Teringat, saya ada ziarah ke bilik adik bilik yang lama, dia cerita tentang sahabatnya yang berjaya mendapat dekan, selepas perkahwinan.  Dan adik bilik saya teruja cakap nak kahwin jugak bagi dapat dekan. Saya senyum je. Orang berjaya kerana pelbagai aspek, salah satunya perkahwinan. Tapi saya cakap pada adik bilik saya, "Kahwin bukannya syarat wajib nak dapat dekan. Kadang-kadang, bila tak pandai manage diri dalam perkahwinan, orang yang dean list pun mungkin boleh tergelincir." Ini pendapat saya.

Untuk dapatkan maklumat, saya temuramaha 4 orang mahasiswa yang sudah berkahwin, 2 lelaki dan 2 perempuan. Saya juga turut menemuramah 2 orang mahasiswa yang masih bujang. Nama-nama mereka dirahsiakan. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kerana mereka sudi bekerjasama memberikan maklumat kepada saya. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan anda semua.. Amiin.. Saya temuramah 4 orang sebab saya nak tau input-input yang pelbagai daripada mereka, kerana mereka senior dalam alam rumah tangga. Mereka cerita tentang pengalaman mereka ketika membawa hal ini untuk dibincang bersama keluarga. Ada yang menyokong tanpa sebarang argument, ada pulak yang kene soal siasat, kene bentang bajet belanja dan sebagainya.

Hakikatnya, ibu bapa bukanlah mudah-mudah nak lepaskan anak mereka yang masih study untuk berkecimpung dalam alam rumahtangga. Dan bukan semua mahasiswa LAYAK untuk berumahtangga. Konsep ukur baju di badan sendiri itu perlu. Mereka yang sudah berkahwin berkongsi, memang bukan senang menggalas dua tanggungjawab sekaligus, tapi di sinilah pentingnya persiapan diri. Bagaimana mengawal emosi sendiri, mengurus masa dengan sebaiknya, memahamin hati budi pasangan, belajar bertolak ansur kerana pasangan ialah orang yang kita belum kenal dia secara total. Kena banyak lapang dada terima kekurangan pasangan. Pandai cari duit pun salah satu tiket yang biasanya buat ibu bapa setuju untuk bagi anda kahwin walaupun dalam usia muda. Sebab mind set ibu bapa ialah, "kalau kau student, nak bagi anak orang makan apa?"

Saya bertanya kepada salah seorang kawan saya yang ditemuramah, betul ke lepas kahwin ni pointer memang meningkat? Sebab apa? Dia kata, biasanya meningkat sebab kita lebih bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab sebagai mahasiswa, menjadi contoh kepada suami/ isteri dan juga anak-anak. Haaaa betul jugak apa yang dia cakap. *tibe-tibe rasa excited nak kawen masa belajar!!! haha* Tapi...*dia sambung* bergantung kepada macam mana individu itu bertindak, melaksanakan tanggungjawabnya. Ada juga yang tergelincir, mungkin tak pandai urus masa atau faktor lain. Tapi, berdasarkan kajian saya, pointer mereka semuanya meningkat selepas perkahwinan. They'd proved it! Follow them if u can..

Saya... masih dengan pendapat saya. Sependapat dengan mahasiswa yang single yang saya temuramah. Saya lebih fokus untuk mencapai satu demi satu. Dalam tempoh masa sekarang, saya leih pilih untuk belajar. Kahwin insya Allah selepas habis belajar. Sebab saya tak yakin mampu memikul 2 in 1. Saya juga rasa, sementara single nie, kita bebas nak ke sana sini untuk memperdalami ilmu. Bukanlah saya kita bila dah bersuami, tersekat. Bila bersuami ok jugak. Ada kawan nak pergi majlis ilmu sama-sama. Tapi, saya lebih pilih single dulu dalam status mahasiswa. Saya bagi masa untuk diri sendiri prepare sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Saya sebagai seorang wanita sedar, asas untuk berkahwin bukan semata-mata pandai ke dapur. Asas untuk tackle hati ibu bapa mertua, adik beradik dan ahli keluarga bakal suami, kawal emosi ketika situasi-stuasi yang menekan sangat perlu. Jadi, saya rasa perlu berguru dengan kehidupan dan juga pengalaman orang-orang terdahulu.

Paling penting, sementara masih belum berpunya, eloklah pertingkatkan ilmu agama. Sebagai seorang isteri, dia adalah seorang gurur pertama ilmu agama untuk anak-anaknya. Lelaki juga begitu. Berapa kali solat jemaah di masjid sehari? Sekali? Dua kali? Jauh sekali? Muhasabah diri sendiri. Tuntun fitrah dengan iman dan ilmu, bukan dengan serakah semata-mata. Saya selalu dengar, alasan orang kata nak kahwin awal ialah nak elak maksiat, nak elak zina. Melalui pembacaan saya dari Ustazah Fatimah Syarha, pandangan dan pengalaman, saya sangat setuju dengan apa yang Ustazah Fatimah Syarha kongsikan, iaitu Kenapa mesti ada isu mksiat dan zina, jika dia berkawan dengan kawan yang baik-baik? Ini kerana keakraban dia dengan golongan yang berlawanan jenis lebih tinggi dari kawan yang sejantina. Kenapa mesti ada cinta pada yang bukan halal jika cinta dan fiokusnya pada pelajaran, agama, keluarga dan rakan-rakan? Pastinya kerana dia menyalur cinta pada tempat yang bukan syarie dan tidak halal.


Last but not least dari saya, peganglah pada janji-janji Allah SWT, kerana Allah SWT sajalah yang tidak pernah mungkir janji pada hamba-hamba-Nya. Jangan dipegang janji manusia kerana mereka juga bukanlah suatu makhluk yang sempurna. 

1- Kalau kita menjaga maruah, insya Allah kita akan dapat pasangan yang bermaruah juga... Jangan jadi murah, nanti dapat partner pun yang murah-murah, sebagaimana janji Allah SWT dalam Surah an-Nur ayat 26:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

2- Yang kita damba dalam kehidupan ialah seorang suami sebagai pembimbing kita dunia akhirat. Bukan sekadar romantik dan caringnya sebelum pernikahan, bimbang itu semua palsu semata-mata dan fitnah hati mudah berleluasa. Benarlah janji Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 34:
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar."

3- Cinta itu fitrah, jangan sampai ia jadi fitnah. Uruskanlah fitrah dengan sebaik-baiknya. Jika anda sebagai wanita menyukai seseorang dalam diam, dan sudah bersedia mendirikan rumah tangga, apa salahnya mempraktikkan sirah Saidatina Khadijah dengan cara  terpuji. Nampak anda wanita bermaruah. Tapi bagi saya, saya sependapat dengan Ustazah Fatimah Syarha dari sudut usaha seorang wanita dalam mencari jodoh, ialah memperbaiki diri dan mengingkatkan kualiti diri.

4- Jangan nafikan kuasa sepotong doa. Ayat nie sangat powerful bagi saya, dapat dari Puan Sharifah Hana punya blog. Jangan pernah nafikan, kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Mungkin kita ska seseorang tapi kita tak tahu sama da dia baik untuk kita atau tak. Caranya? Istikharah dan berdoalah dengan istiqamah. Allah SWT sentiasa menjawab doamu. ^__^

Maaf banyak typing error, bajet-bajet macam pro taip lah kan~ :p
Sekian, wassalam.
Semoga bermanfaat untuk semua. ^__^

Friday, December 21, 2012

Kehausan di Lembah Ilmu

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualikum wbt

Rinduuuuuunye dekat blog! Dek tuntutan assignment dan beberapa tugasan lain yang lebih awla (utama) dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, maka saya ketepikan sekejap kerinduan untuk berblogging dan kerinduan ber'fbooking'.

Kalau duduk rumah, kita ada cerita lain. Maksudnya tidak terikat dengan cerita ilmiah biasanya. Bercerita tentang kegiatan di rumah, keletah adik-adik. *tibe-tibe homesick* Tadi pun masa dengar azan Maghrib kat masjid KUIS, teringat dekat abang. Sama dengan lagu azan abang pernah bertanding dulu. Esok abang balik, tapi saya memang tak lah balik esok kan, sebab ada walk for peace program, for co-cu. Huhhh Tapi tengok kat tentatif, alhamdulillah ada talk. So, i'm get happy there.

Kali ni saya suka nak share pasal 'haus'. Haus atau bahasa formalnya, dahaga. Dapat banyak assignment, memang satu tugasan. Tapi itu titik untuk kita mula mengkaji lebih dalam tentang sesuatu isu yang kita dapat. Memang macam-macam dugaan. Dengan pasal bahan, pasal library yang tak berapa nak complete. Senang cerita, halangan memang ada untuk cemerlang. Take it positive. Nak pulak sem nie belajar subjek Civil Family Law, bahan kat library LAZIMnya tiada. Jadi, perlu kreatif untuk cari sumber bahan. I'm not going to talk about assignment, but i'm going to share about knowledge.

Kalau siapa-siapa yang alert, ada Seminar Rahsia Mencari Pasangan dah dibuat kat KUIS. Saya antara salah satu peserta yang join. Kenapa? Adakah sebab saya rasa teruja nak cari pasangan? TAK. Tapi sebab masa iklan tu dibuat, saya kira-kira dengan kalender, esoknya ialah ko-ku. So, mesti saya tak balik. Dan saya rasa, daripada terlopong kat bilik baiklah saya join memandangkan best friend saya pun beria-ia suh saya daftarkan. Alhamdulillah, get infos. Saya sebenarnya lebih sukakan 'kegemukan ilmu' yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sebab beliau bawak contoh-contoh langsung dari Nabi. Cerita-cerita yang diimport khas dari zaman Nabi. Sweet dan tak sangka Nabi punya baaaaaaaaaaaanyak cerita-cerita yang saya tak tahu.

Contoh camni. 'Aisyah R.A. bukanlah seorang yang pandai memasak dan beliau diajar oleh isteri nabi Ummu Salamah. Satu hari, Ummu Salamah datang berziarah ke rumah 'Aishah bersama Rasulullah. 'Aishah tengah menghidangkan satu masakan dan bergurau dengan Ummu Salamah, "Kalau ang tak makan, aku calit kuah nie kat muka ang" (dialek Ustaz Don). Ummu Salamah memang tak makan, sebab dia tau rasa masakan 'Aishah tidak seberapa. Dan bila Ummu Salamah betul-betul tak makan, 'Aishah calitkan kuah pada muka Ummu Salamah. Tau apa Nabi buat? Baginda SAW kebelakangkan sedikit kerusinya, sambil melihat kedua-dua isterinya. Baginda berkata kepada Ummu Salamah, "Lah yang ang dok diam tu pasai pa? Hah pi lah calit kat muka dia pulak" (dialek Ustaz Don) Dan Ummu Salamah pun membalas perbuatan 'Aishah, dan mereka sama-sama ketawa bahagia.

Next, ada talk Masjid di Hatiku by Imam Muda Fakhrul. Secara jujurnya, ramai golongan hawa yang datang. Saya juga tak pasti apakah aim masing-masing. Saya pulak memang buta Imam Muda. Yang saya tau, Imam Muda Mujahid kat KUIS amek tahfiz. Tu pun, kawan-kawan yang tunjuk and bagitau yang mana orangnye. Maaflah, saya memang tak ikut sangat channel-channel Astro *alasan* Ok, berbalik pada tajuk nie. Saya rasa berbaloi-baloi dengar talk ni. Memang jumlahnya tak seramai Seminar Mencari Pasangan *mungkin sebab tempatnya dekat Audi PTD kot? lagi kecik dari PKK dan mungkin jugak ramai yang balik*

Betul, realitinya orang lebih memburu tajuk-tajuk diskusi yang membicarakan tajuk cinta. Tajuk selain daripada itu, kurang dititikberatkan. Banyak yang saya nak kongsi daripada talk IM Fakhrul antaranya:

- Beliau kata cabaran sebagai seorang dai'e (pendakwah) kalau dok pom pang pom pang sana sini, tapi angkat selimut masa dengar azan Subuh dia kalah, 'aib sangat.
- Bila kita tinggalkan satu kebiasaan (solat jemaah) maka Allah akan tutup hatinya.
- Orang yang tak suka datang ke masjid, hatinya berpenyakit.
- Kamu jaga Allah, maka Allah jaga kamu (Hadith)
- Kita sangat sensitif dengan nilai duit tapi tak sensitif dengan nilai pahala.
- Hukum solat jemaah itu wajib berdasarkan satu kisah zaman Nabi. 'Abdullah Ibnu Makhtum seorang sahabat yang buta. Datang kepada Nabi dan bertanya, "Wahai Nabi, sesungguhnya aku buta. Adakah pengecualian untuk aku tidak solat berjemaah di masjid." Baginda jawab, "Ya, pulanglah kamu." Kemudian, azan pun berbunyi. Nabi panggil balik 'Abdullah dan bertanya, "Wahai 'Abdullah, apakah kamu mendengar bunyi azan tadi?" Dan sahabat tersebut menjawab, ya. Nabi jawab, "Masuklah kamu ke dalam masjid untuk menunaikan solat berjemaah." Maksudnya, orang buta pun kena sembahyang jemaah, kita yang celik ni camne pulak?
- Bila azan berbunyi, kita tak segera bangkit nak jawab panggilan Allah, maka kita kena cari ubat untuk diri kita.
- "Tiada solat yang sempurna bagi orang yang berdekatan dengan masjid tapi tidak pergi ke masji untuk solat." (Hadih)

Nampak beratnya bagi kita, kan? Tapi, kalau nak syurga, memang kena kuatkan semangat lawan godaan-godaan kecil nie.

Next entry, I'll share about 'Impak Kahwin Muda dalam Kehidupan Mahasiswa'. Ni tajuk assignment personal bawah subjek Undang-Undang Islam dan Masyarakat.

Sampai sini dulu.
Thanks for reading.
May Allah bless u! ^____^
Wassalam..

Saturday, December 1, 2012

New Postage For New Semester

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

5th semester. Baru enam hari saya menapak untuk semester kelima. Hari kelima pun dah cabut balik rumah. Bukan cabut-cabut kosong, tapi cabut sebabnya tertinggal enakmen-enakmen yang nak diguna and beberapa barang-barang asas yang lain. 

Memulakan hari pertama untuk sem 5 dengan menunggu jadual. Betullah, penantian itu satu penyeksaan. *Alamak, aku kompius lah pulak, penyeksaan ke penyiksaan* Sebab ape penyeksaan? Sebab nak kena susun jadual untuk subjek yang nak di add drop. Ada tiga subjek lagi dari sem bawah yang belum berjaya untuk di ‘add’ iaitu Hifzul Quran 3, Hifzul Quran 4, Bahasa Arab 1. Sem nie just lepas untuk add Hifzul Quran 3. Paling seksa saya rasa nak add Bahasa Arab 1 nie… Berapa sem yang dah lepas pun, masalahnye tetap sama. At last, Alhamdulillah ada jalan penyelesaian. Kami nanti akan dibuatkan satu kelas khas untuk pelajar-pelajar lompat. Tapi bukan untuk sem nie, sem depan. Maknanya, sem depan kami punya kredit hour ialah 19. Kalau nak compare dengan dak2 IPTA, kami memang sikit lah kalau nak cakap tahap belas-belas tu kan, tapi itulah beza IPTA dengan IPTS. 


Konon-konon inilah buku law yang nak kene dikhatam dan dihadamkan untuk sem nie. Untunglah kalau buku law colourfull.  Bak kata Ustazah Sarah, subjek law is a dry subject. Lebih kurang macam subjek yang takde perasaan lah nak dibaca. Ustazah Sarah cakap lagi, "Awak baca buku law dengan awak baca buku novel lain ye. Novel ialah buku yang penuh dengan perasaan tapi buku law ialah buku yang takde perasaan." Mungkinkah buku law jugak yang berjaya menjadikan aku takde perasaan jugak~ 

Sem nie, saya amek 3 subjek Law, 2 subjek law yang wajib, satu lagi subjek law elektif. Untuk elektif, saya amek Undang-Undang Islam dan Masyarakat dengan classmate yang seramai 18 orang. Actually, ada 36 orang tapi divide dua class. Ok lah macam tu. Lapang sikit. Mula-mula saya rasa macam, alamak subjek nie belajar pasal ape ye? Macam tak nampak clue belajar pasal apa. Sekali Ustazah Sarah masuk, ok mula-mula tu takde lah ape sangat. Tapi, masa kelas tutor, beliau dah bagi assignment. Setiap orang kena buat dua assignment, personal dengan grouping. Yang personal bagi saya best gile!!! Sebab tajuk pilih sendiri, mengenai isu masyarakat, dan untuk assignment nie, dikecilkan skop untuk buat sikit kajian lapangan dengan mendapatkan maklumat bersumberkan KUIS, sama ada lecturer atau pegawai-pegawai BPA ke BPM kea tau mahasiswa sendiri. Saya dah pilih tajuk, “Kahwin Muda dan Impaknya pada Kehidupan Mahasiswa.” Saya tak tau kenapa, tapi teruja nak buat pasal tajuk nie. Teruja nak kawin ke? Eh takde lah pulak pk sampai ke situ. Sekarang tengah tunggu responden bagi jawapan. Untuk grouping pulak, “Pegawai Syariah Wanita di Mahkamah-Mahkamah Syariah di Malaysia.” 

Subjek law yang wajib, yang first law syari’ah. Undang-undang Pentadbiran Jenayah Syari’ah. Puan Mahfuza yang aja. Nie pun selang sehari Puan Maffuza masuk kelas, dah dapat tajuk assignment. Tajuk assignmentnya “Konflik Bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Syariah dalam Undang-Undang Jenayah.” Enakmen Jenayah lah banyak sangat yang saya tertinggal kat rumah. 

Subjek law sivil yang saya belajar sem nie ialah Undang-Undang Keluarga Sivil. Awal-awal kuliah dah start belajar. Dengan takde buku, saya rasa macam pening sikit. Bukannya apa, pening nak faham dan try catch up. Bukanlah tak dapat langsung nak catcth up tapi rasa macam banyak miss. Dengan buku yang takde, memang klakar. Puan Zaini yang ajar, Puan suh cari kat perpustakaan. Bila saya cek buku tu kat perpustakaan, ada SATU je dan DAH HILANG!!!! Ya Allah, memang lah saya berterima kasih sangat pada insan yang telah hilangkan tu. Kenalah ikhtiar cara lain nak cari buku tu sebab buku tu memang dah tak dijual dekat pasaran kerana writer nye dah meninggal dunia. 

Erm...ape lagi nak membebel eh? Subjek Maqasid belum start lagi. Subjek Istinbat, Ustaz Ismail dah test kami dengan me'refresh' subjek Masadir &  Usul Fiqh II. Huaaaaaa!! Berpeluh kot! Tak banyak yang ingat. Tapi secara tak langsung, terasa 'ditampar' bila ustaz dengan caranya menyedarkan kita, belajar bukan untuk pointer semata-mata, tapi nilai ilmu.

Apa-apa pun, sem nie walaupun minggu 1st, subjek yang paling bersemangat untuk bagi kerja ialah subjek law. Sem nie amek 3 paper law pulak. Sem lepas yang dua paper pun macam nak pecah otak. Yeay!!! Sem nie mari lah perah otak kuat-kuat! Semoga ilmu yang dipelajari sentiasa di hati dan minda untk diamalkan, buakn di atas kertas untuk dapat pointer semata-mata.

Thanks for reading this long entry.
Wassalam.