Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt semua ^__^
Dari pose dulu, ingat nak update blog tapi macam tak jumpa topik and malas nak stay kat cc lama-lama. Lagi pulak, banyak mid term mase bulan pose, yang tak berapa nak mengizinkan untuk update selalu kat blog.
But this time, I'm coming! Ok, bunyi macam happy giler. By the way, raya tahun nie so-so je lah. Tak de lah happy gile. Just nice.
Best balik Pahang, kali nie semua berkumpul. Family Mak Teh, family Mak Ndak, family Mak Njang, family Mak De, Pak Chik, Pak Chu, Pak Tam. Tahun nie saham duit raya dari Pak Chik menurun, sebab saya dah ada pesaing, iaitu abang *my second bro* Haha tapi tetap bersyukur sebab still ada saham nak dapat duit raya kan? Hihi
Belah Pahang nie style dia, lagi besar umur, as long ko tak kerja, insya Allah makin besar jumlah wang yang anda bakal terima. Budak kecik, duit dapat sikit. Tapi depend jugak lah ikut orang. Beza dengan style Selangor, makin besar badan kau, tak kisah umur ko kecik ke ape ke, no duit raya anymore. Tak tau lah itu style orang jawa ke orang Selangor kan?
By the way, balik Pahang memang makan puas-puas. Benda yang paling aku suka kat Pahang ialah LEMANG. Tapi takde gambar lemang yang akan diupload. Kalo tak tau gambo lemang, bleh pegi dekat image search kat google ye. Segalanya di hujung jari anda. ^_~
Ni ada sikit gamba yang boleh nak di share sepanjang kat Pahang. Tahun nie tak banyak gambar sebab anak Pak Teh meragam, demam... Ajim nama nye.. Sian dia.. Sebab Pak Teh lah photographer family kami. Best, Pak Teh yang sempoi.
Suasana nak bergerak ke kawasan kuburan |
Masa bertahlil di kuburan |
Ingat, lepas hidup, ini RnR kite. Mu nak lari mane lagi... |
Ayel |
Ayel & mama |
Abang asyik ngelak kamera je. |
Kat rumah arwah moyang bongkok. Menggamit memori |
Rindu masa kecik-kecik selalu main kat sini, mandi sungai. Oh bestnya! *.* |
Lepas balik dari Pahang, stop kat rumah kejap, then bergerak ke Sabak Bernam. Aku dari awal lagi macam dah berat hati nak balik sana. Tak suka situasi yang sama dah berlaku berapa tahun berturut-turut nie, berulang lagi. Penat. Bak kata pepatah Melayu,
Ibarat mendukung biawak hidup
Kera di hutan disusukan, anak sendiri dtinggalkan
Itu lah situasi yang berlaku. Sampai aku cakap pada mama, next year aku tak nak dah raya kat situ lagi. Sorry mama, i didnt mean to hurt u.. Tapi, sebab macam xrasa sesi bermaafan itu meresap ke dalam jiwa. Apa yang ada cumalah sesi bersalaman untuk pass duit raya. Honestly, duit tak penting. Cukuplah wujudkan kemesraan dan kasih sayang sesama saudara. Darah daging sendiri disisihkan, orang luar disayang gile-gile, sampai darah daging sendiri perlu dicemuh, dhina. Mana erti kasih sayang? Mana pergi nilai budi bahasa, saling menghormati? Luntur. Telah terkena klorox mungkin?
Tapi, lebaran kali ini tetap bermakna bila melawat atuk sedara, dia jamu makan seadanya, tapi layanan mesra dan kata-katanya seperti dapat membaca apa yang sedang kami rasai. Masa beliau hidangkan makanan, saya jemput lah sekali mbah makan. Saya kata gini,
"Mbah Mim, jom la makan sekali. Nanti tinggal periuk je kalau mbah tak makan sekali."
Dan dia balas,
"Mbah suka anak cucu mbah datang. Masa nie, walaupun ada sesuap nasi, mbah akan hidangkan untuk kita semua kongsi ramai-ramai. Itu makna keberkatan, makna kasih sayang. Berkongsi. Dengan apa yang mbah hidangkan nie jugak, semoga menjadi saham akhirat untuk kami-kami nanti."
"Mbah Mim, jom la makan sekali. Nanti tinggal periuk je kalau mbah tak makan sekali."
Dan dia balas,
"Mbah suka anak cucu mbah datang. Masa nie, walaupun ada sesuap nasi, mbah akan hidangkan untuk kita semua kongsi ramai-ramai. Itu makna keberkatan, makna kasih sayang. Berkongsi. Dengan apa yang mbah hidangkan nie jugak, semoga menjadi saham akhirat untuk kami-kami nanti."
Wallahi, masa nie sebak sangat. Abang, Amir tunduk. Terasa hati hidup. Masa makan ada tazkirah. Aku tak kisah pun, suka sebab manusia nie mudah lupa. Aku pandang Amir, Amir pandang aku. Masing-masing faham, sepatutnya ayat itu diperdengarkan kepada 'seseorang'. Makna kasih sayang. Berkongsi.
Btw, Happy birthday mama. Today is mama's birthday. Dah plan menu nak masak untuk birthday mama hari nie tapi tak kesampaian nak buat hari nie, sebab sesi mendobi baju setelah pulang dari kampung bermula pada hari ini. Motor pulak pancit, memang lah tak lepas nak g Klang beli barang-barang. Menu dah dalam list, tapi barang still kat kedai. Esok lah kot insya Allah.
Salam syawal.
Semoga ukhwah yang dibina atas dasar iman bertaut kukuh hingga ke syurga.
No comments:
Post a Comment