Monday, July 16, 2012

Hidup Ini Macam-Macam Cerita

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..


Sengaja tak mahu mempublish link untuk entry kali ini di facebook. Bagi saya, setiap apa yang saya publish di facebook, bermaksud saya bersedia untuk berkongsi dengan umu, mengenai sesuatu perkara. Tapi, bila saya hanya tulis dan publish, maknanya siapa yang baca, dia lah yang tau~ *ada ke orang nak bace setiap post2 saya? wink wink*

Semalam, saya dan kawan-kawan sekelas, lelaki dan perempuan keluar ke Melaka. Sebenarnya, tak ada apa yang special, cuma setakat celebrate Hariz Shah nak pindah ke UM. Congrate friend. Keep up ur good work. Pergi ke Taman Buaya, ikut Pudin punya arahan, sebab katanya nak tengok buaya. Nak gelak, tapi follow saja. Kat taman buaya biasa-biasa je. Cuma ada muslihat jugaklah di sebalik pertunjukan buaya yang diadakan. Pertunjukan silap mata,. Serius saya tak suka sebab saya tahu, mesti mereka mengamalkan perkara-perkara yang tidak betul.

Next, pergi ke Bandar Hilir. Jalan-jalan, pastu pegi Menara Taming Sari. Teringat masa diploma dulu. Pegi dengan kengkawan kelas masa diploma. Dan sebenarnya...banyak-banyak tempat yang paling selalu pegi visit ialah Melaka. Dari saya kecik sampailah ke beso.  Boring jugak dengan Melaka tapi enjoy bile ada kawan-kawan. Either girls or boys, sume orang sporting and caring each other. Dont get me wrong, as a friend. And i do love u too friends! ^^,

Saya tak reti sangat bergaul dengan lelaki, so mungkin ada yang nak cakap saya kerek ke ape ke. Up to u. Tapi bagis saya, sekali saya kenal dengan kawan-kawan, saya senang nak berurusan dengan dorang. Dan saya pun, bukan semua jenis budak lelaki saya suka berkawan. Yes, memilih kawan pun perlu kan?

Nak cerita jugak, dalam kelas saya ada sorang budak lelaki yang heartless. Please lah. Sume orang macam geram dengan ko sebab dorang kata, kalo dorang tanya, dia punya jawapan akan patahkan mood orang yang mendegar jawapan dia. Contoh situasi, "Eh, adik ko belajar kat sini ye?" Then, that boy just answer, "So?" Hahahahahahahaha memang lah heartless. Starting from now till the end, may be I love to call him HEARTLESS. And I also set his name in my phone with that name. Wehhooo Tapi dengan saya dia taklah buat gitu. Penah kawan-kawan pempuan ngadu, dorang cam tanya pasal cara pertandingan, that guy give an annoying answer. Petang tu jugak, saya tanya dia balik, soklan yang sama macam kawan-kawan saya tanya,. And he just answer perfectly to me. Mungkin, dia takut dengan saya kot, sebab saya selalu buat trademark gini kat dia, "Kalo ko xjawab aku tanya, aku boikot ko." Hahaha

Actually, saya memang selalu cakap gitu dengan budak lelaki, kadang-kadang dorang kene kan saya, saya suka cakap, "Siaplah ko. Aku tumbuk ko kang." Sambil gelak-gelak. Bunyi mungkin agak kasar but itu lah saya. Tak berapa reti nak melawak-melawak sangat, takut ada yang jatuh hati, payah. Hahaha Saya suka menjadi diri yang sebenar, walaupun saya tau, kadang-kadang saya cakap direct. Tapi dalam masa yang sama, saya cuba belajar untuk rendahkan ego dan memperbaiki diri. 

And one more, saya selalu bersembang dengan kawan-kawan karib saya. Masing-masing selalu membawa soal hati. Lelah. Penat. Perih. Setiap orang ada cerita sendiri. Ada luka sendiri yang harus dirawat.Ada duri yang tertimbus dalam ketulan hati. Sungguh, sama ada engkau lelaki atau perempuan, engkau bila terjatuh dalam ujian hati, maka sejujurnya, itulah ujian yang paling berat untuk engkau hadapi. Dan aku, juga bukanlah insan yang berkecuali bila bercakap soal hati.

Kadang kalau lelaki demand pun payah, nak perempuan high taste, tapi kalau ukur baju di badan sendiri, kau pun tunggang langgang, sorry to say men. Bila perempuan suka lelaki pun payah. This is not something easy to do, when women need to make a step forward. It was too hard, difficult and u need to be tough enough to face the result. Either u r accepted or rejected. And I'm sure, no one love to be rejected by a person that she fascinated. Yeah, itulah perkongsian antara saya dan beberapa orang kawan. Letih. Sakit. Dan masing-masing memutuskan untuk fokus pada belajar. 

Then, sampai sini dulu ye. 
Nak out. Pkul 6 ada Usrah Sinar Rohani kat masjid. Suka datang usrah je tapi tak berapa suka join program bersiri. 

Thanks for reading.
Assalamualaikum wbt ^__^

Monday, July 9, 2012

Mari Menggila Sekejap!

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...

Seronok sangat semalam. Ayah bawa pergi bookfair di SACC Mall. Mase nak masuk guna entrance belakang, saya EXCITED sangat bile nampak booth Galeri Ilmu. Sebabnya itu publisher untuk buku Hilal Asyraf dan buku terbaru karya Ustazah Fatimah Syarha & suami. Masa tu, tak fikir ape dah. G jumpa ayah cakap, "Ayah, nak pinjam SERATUS sekejap." Ayah gelak. "Sekejap?" Ayah kelakar dengan wording tu. Haha. Saya cakap, "Aah lah. Kejap. Sekarang, tak cucuk duit lagi. Nanti jumpe bank, kak cucuk duit, then kakak bayar lah pada ayah ye." Kikiki Masa saya dapat RM100 dari ayah, cukup lah nak melompat-lompat. Tapi, coverlah kan. Takkan nak melompat betul-betul kan. Cukuplah saya senyum sepajang jalan saya nak cari booth tue.

Saya pusing punya pusing, kelam kabut rasanya bila saya tak jumpa booth tu. Takkan lah aku bermimpi kot?  Then, tengah-tengah orang sibuk nak pusing, orang Linguaphone pulak tahan. Adeyyy. Tak suke betul, sebab kawan saya sendiri penah kene tipu dengan orang Linguaphone. Tak pasal-pasal kene bayar RM2,000 pada Linguaphone. Orang dah tahan, ajak cakap, I'll try to make it short. Tak suka bila orang kacau ape yang saya dah aim, novel!

Linguaphone's: Adik, belajar ke kerja sekarang?
Me: Belajar.
Linguaphone's: Nak cuba mahirkan English tak kat sini? Er.. sebelum tu, dah lepas MUET?
Me: Dah.
Linguaphone's: Dapat band berapa?
Me: Band 4.
Linguaphone's: Oh, hebatnya. Amek bidang ape sekarang?
Me: Law *dalam hati, ish kalo dah cakap band 4 tu, dah lah. takyah le tahan.*
Linguaphone's: Oh, so can you speek English.
Me: Yes, but sometime I feel not confident with myself.
Linguaphone's: Why...why you didn't confident with your English? *dia pun cakap BI tergagap-gagap.serius bengang dengan orang Linguaphone nie*
Me: Because I think I still 've grammatical problems.
Linguaphone's: Then, can you here for the briefing?
Me: I'm sorry. I'm late just now because I need to find my books before 1 pm. Then my father will pick me up here. Sorry, next time. *hancur lah BI aku.*
Linguaphone's: *senyum tak perlu kata apa-apa*

Memang kelaka. Then, terus cabut tak pandang belakang, sebab mencari aim, buku-buku novel Hilal Asyraf. Masa jumpa je booth dia, nak sujud syukur kat situ. Selama ni memang termimpi-mimpi nak beli buku novel dia, sebab serius I'd fall in love with his style of writing. Yang saya plan, nak beli tahun depan, masa bookfair tahun depan kat PWTC. Tapi, Allah bagi rezeki untuk beli tahun nie, semalam. Bersyukur sangat. Terus keluarkan handphone, totalkan harga and lepas diskaun, berapa boleh dapat. Haha. Daripada RM111, jadi RM94.40. Oklah, CUKUP dengan RM100. Dalam kereta, senyum je~! 

Lepas tu, pergi hantar adik balik asrama, mama nak singgah tengok kain untuk buat baju raya kat belakang Centre Point. Jalan ape tah namanya, tak ingat. Masa masa carik kain nak buat baju, mata saya pulak melekat kat baju-baju yang biasanya orang buat untuk kahwin! Cantik gile. Jatuh cinta dengan kaler blue turquoise. Saya survey harga and bandingkan corak dia. Saya cakap kat mama, "Nanti kalo wedding nak pakai kaler nie lah mama. Cantik, kan?" Mama cakap, "Pakailah nak pakai apa pun. Baju tu ada je kat kedai baju, bakal baju melayunya tu dah ada ke belum." Gulp! Her question kill my next word! Saya mampu gelak je lah, kan.

Sampai Kamdar, kain lagi cantik-cantik. Price dia lagi murah. Ada orang tu tanya saya, cari kain apa kak? Saya cakap, "Oh, tengok tengok kain plain untuk wedding. Biasa kalau untuk buat jubah punya, still kene potong 4 meter jugak ke?" "Aah, 4 meter jugak kak. Bila wedding nye kak?" Saya jeling kat mama, mama buat-buat tak dengar. Hahaha! "Insya Allah, hujung tahun nie..." *pakai dan je nak jawab* "Kene cepat beli kak. Nanti tak sempat buat baju." Amboi, tau lah nak suh kain kau laku cepat. Kat tangan dia dah siap ada gunting ngan pembaris ukur kain tu. *mati lah aku jawabnye* Hahaha "Erm, sabar-sabar. Saya tengah survey nie." Then, mama panggil orang yang dah ready nak potong kain tu, potong kain untuk mama. L E G A tau! 

Semalam memang best. Macam-macam betul perangai. Dan kalau saya pulak, bila saya dah suka atau aim pada something, I'll try my very best to achieve my dream. Walaupun terpaksa mengarut untuk banyak benda. Hari nie, kesian pada orang Linguaphone dan orang kedai Kamdar sebab saya dah mengarut pada diorang.

Haha.
Ok guys. See you next time. 
Thanks for reading this nonsense article. ^__~
Wassalam.

Saturday, July 7, 2012

Too Much Happen In A Short Time

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...

Macam-macam peristiwa yang berlaku. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang kelam kabut, ada yang menakutkan.

Menakutkan bila 2 minggu lepas, bilik saya dipecah masuk oleh pencuri *disyaki lelaki* yang telah berjaya mencuri laptop roomate saya sendiri. Saya hanya sedar bilik saya dipecah masuk tepat bila saya bangun waktu terdengar azan Subuh, 5.40 pagi. Masa saya bangun, pintu bilik terbuka besar. Terus saya terduduk, terkejut dan panik jugak la masa tue. Bila kejut budak bilik, masing2 mamai, cakap takde pape. Saya ccheck barang-barang saya, alhamdulillah takde pape yang hilang. Duit, laptop and printer alhamdulillah... Elok bila empunya laptop bangun, tiba-tiba dia menjerit, MANA LAPTOP KITAAA! Serius meremang bulu roma mase tue! So, kelam kabut lah saya pagi tu call sane sini untuk bagitau laptop budak bilik hilang. Seriau gile, tak tipu! Tapi saya pesan kat budak bilik saya, barang2 sendiri, jagalah. Kalau kita dah kunci elok-elok, serahkan pejagaan sepenuhnya pada Allah, kalau hilang juga, tetap ada hikmahnya. Tapi kalau laptop pun letak bersepah macam meja saya yang bersepah dengan buku-buku law and kertas-kertas, jangan la pelik bila kene attack.

Yang penting, tingkatkan penjagaan diri dengan al-mathurat. Salah satu petua yang mujarab untuk keselamatan diri, insya Allah.

Dengan kes handphone HILANG. Ok, ini memang salah sendiri lah sebab kecuaian saya sendiri. Masa report pada mama handphone hilang, saya cakap kat mama awal-awal, mama jangan marah2, benda dah -jadi. Saya cakap hadphone hilang pun gelak-gelak sebab memang sengal cara handphone itu HILANG. Yang tau cerita, diam-diam sajaaaaa okey! Jadi, sorry lah ye kalo korang mesej, I'll ask u, who u are. Jangan marah aaaaa. Handphone hilang macam tak kisah sangat tapi sangat kisah sebab sim card and memory card pun hilang sekali. Paling frust, nombor-nombor lecturer KUIS sume dah hilang. Macam mana nak jemput mereka-mereka ke majlis kawin saya nanti... *Ok, nie memang mengada-ngada. Macam lah sekarang degree dekat Jordan, kan.* Disebabkan handphone hilang and sim pun hilang, maka saya pulang dengan secepat kilat lepas habis class dan esoknya, saya tidak dapat menghadiri kuliah UAI di KUIS. Sedih...

Time kasih pada kawan saya, merangkap cikgu tilawah saya iaitu Saidatina Nurfarahanis sebab sudi dengan susah payah untuk luangkan masa ajar saya tarannum. Dengan last minute punya training. Alhamdulillah, even I'm not one of top three for this time. Just at 4th place from 16 students. Ini pertandingan dalaman, maksudnya sesama student KUIS la. Gile lama tak praktis tilawah, last masuk tilawah ni mase umur 17 tahun. Then baru terhegeh-hegeh nak asah suara dan tajwid bila umur 22 tahun. Memang lah kan~ Tapi, saya tak malu kalah kali ini sebab saya rasa saya dah buat sehabis baik saya. But, I'm not forget to wish my teacher congrate sebab dia berjaya dapat 1st place. ^__^

Lasy week jugak, saya plan untuk g dengar talk dari Saifulislam @ KUIS. Tapi, kita merancang, Allah menentukan. Seram sejuk nak spend weekend kat KUIS. Tapi gagahkan jugak. Usaha lindungi diri sendiri sekadar mampu. But, suddenly my best friend cakap nak stay KUIS Jumaat lepas sampailah ke hari Ahad. Saya dengan hati yang melompat-lompat cakap, CEPATLAH DATANG. Serius rindu gile kat dia, sebab dia study kat UniSZA sekarang. Once dia datang, saya batalkan segala appointment dengan lain-lain orang sebab saya memang nak spend masa dengan dia. Nak jumpa lagi tak tau lah bile kan? Kitorang menghabiskan masa quarter day kat The Mines. Sebab apa pilih The Mines? Kami selalu lepak situ masa diploma. Selalu tu bukanlah every day, tapi once a month, we'll be there. Saja jalan-jalan atau memang nak beli barang. Rindu sangat masa tu. Hari tu, saya betul-betul spend masa untuk jalan-jalan dengan Fadzilah Shaari. Makan Subway, minum Cool Blog, KFC. Gile betul! Sebelah malam, kitorang tengok wayang kat lappy saya, cerita White, hantu korea. Kami memang kaki cite hantu. Dah lame tak tengok sesame, so macam lepas gian jugak lah dapat tengok cte hantu sesama. Seriously, I'll miss this moment every second in my life. Love u best friend!


Kalau seperti yang dirancang, petang tadi saya dengan team saya, Nur Ain Hidayah & Siti Mariam dah mendaftar untuk masuk pertandingan Klinik Guaman. Serius teruja nak join malangnya since yesterday, saya diserang sakit gusi. So, agak susah untuk saya bercakap lama untuk berbual and kaunseling klien. Terkilan jugak, tapi perlu tarik diri. Kebetulan, Ain dengan Mariam pun masing2 ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi, kami bersetuju tarik diri, kalah tanpa bertanding. *Lega kan Ain & Siti... Hahaha Jumjumatuki~!* Allah know the best for us. Bukan rezeki kami pada kali ini. Mungkin lain kali, rezeki lebih besar dan baik, kan? Thanks pada Sir Farouk yang memahami, sudi tolarate dengan kami untuk kami tarik diri. Terima kasih jugak pada PIC Pertandingan Ekstival yang SANGAT BAIK HATI dah pergi runding dengan Sir Farouk. Serius geram dengan PIC.

Dan...sudah mula zaman batul-betul busy iaitu zaman assignment. Selamat berassingment. Paling suka buat assignment law, sebab boleh goreng ayat. Tajuk assignment Family Law kali ni ialah "Poligami Tanpa Persetujuan Isteri Menurut Perspektif Syariah dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam". Hebat dah tajuk cam tajuk thesis rasenye. Hahaha. Tajuk macam bias tapi ingat, hukum dan undang-undang yang berkait WAJIB diceritakan yang betul. Bila buat tugasan, buat dengan ikhlas dan telus. Hehe 

Oklah, mahu memulakan misi menaip assignment. 

Tapi, pengajaran yang saya dapat dalam masa yang singkat ialah


Thanks reading this nothing article guys!
Wassalam.