Thursday, June 9, 2011

I M A N

Salam semua!!!

IMAN... Bukan nak cakap pasal nama ke pasal gelaran. Tapi nak cakap pasala perisian IMAN dalam diri kita. Takde manusia yang dijadikan Allah sempurna melainkan kekasih-Nya, iaitu Rasulullah SAW tempat untuk kita sebagai umatnya, memohon syafaat kepadanya kelak di sana. Moga dipermudahkan kita mendapat syafaatnya.

Mase saya tulis tentang iman nie, selalu saya fikirkan. Siapa saya yang sebenarnya. Macam mana keadaan iman saya selama nie. Saya memang bukan seorang wanita sempurna yang baik. Pandangan orang macam-macam kat saya. Yang baik yang buruk, normallah tue. Sebab nama kita pun manusia kan? Tak sama standard macam Nabi Muhammad, tapi tak salah untuk kita memperbaiki diri.

Tiba-tiba saya teringat lagu Raihan, Iman Adalah Mutiara. Satu rangkap yang paling menyentuh hati.

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertakwa
Iman tak dapat dijual beli
Ia tiada ditepian pantai....

So, korang tak payah lah pelik kalau tengok zaman dulu atau sekarang, kalau ayah dia Pak Lebai ke, ayah dia Bilal ke tapi anak dia berpeluk sakan sana sini, merempit, merokok, clubbing. Tak leh salahkan mak ayah. Mungkin, dalam baiknya ayah tu, tak sama dengan situasi kat rumah. Maksudnya, situasi si ayah di rumah dan luar rumah sangat kontra. Mungkin kat masjid si ayah terkenal dengan kemerduan suara melaungkan azan tetapi di rumah, dia seorang yang tunduk pada isteri? Anak-anak yang melihat, memberontak. Mengikut darah muda untuk mencuba sesuatu perkara yang bersalahan dengan moral, sebagai tanda protes dengan situasi dalam rumah.

Masa saya tengah free-free, selalu jugak termenung, fikirkan balik ape yang saya dah buat sepanajang saya besar nie. Baik buruk semua terbayang.... Sebab bagi saya....hanya saya yang tau sebenar-benarnya diri saya secara keseluruhan dan DIA kerana DIA yang ciptakan saya. Kadang saya fikir, kenapa boleh jadi macam nie? Kenapa saya buat perkara tue? Kenapa saya tak berubah jadi macam nie? Slot muhasabah diri sekejap... Saya pernah terdengar sorang ustaz ceramah kat TV9, dalam segmen Tanyalah Ustaz. Saya ingat betul ayat yang dia cakap.

"Kalau kita tau iman kita lemah, kita tau apa yang kita buat tue salah dan kita memamng payah nak ubah habit kita tue, masa doa kita mengadu kat Allah, Ya Allah, aku tahu apa yang aku buat nie salah tapi iman aku sangat lemah untu mengatasi sikapku sendiri. maka KAU temukanlah jalan terbaik untukku mengatasinya..."

Tue mungkin boleh dipakai sebab ada masa-masa tertentu, kita akn rasa kita tak mampu ubah sesuatu habit kita... 

Ok, saya nak end kan dlu sesi blogging. Tiba-tiba takde idea... Hehehe
Wassalam...

2 comments:

  1. setuju2..
    aku pernah mengalaminya..
    n skang alhamdulillah aku dalam proses nak merangka kembali kekukuhan imanku agar xjatuh rebah tersungkur didesak nafsu yg bakal menjadikanku lesu..hakikatnya, 'ikut nafsu lesu, ikut iman nyaman' ...=))

    ReplyDelete
  2. waaaa suke3 ayt yg bro kasik nie =)

    ReplyDelete