Assalamualaikum wbt...
Saye dah muncul kembali!!! Hehehe... Lame ke tak berblogging nie? Entah le... Ade jugak Enchek Saye tanye, saye tak update blog ke... Hahaha... Kalaulah tak keje, memang saya jadi pengupdate blog tegar! (bak kate Fad... Hahaha...) Sekarang, bukan takde mase... Ade je... Cume, tuntutan kerjaya sekarang makin memenuhkan setiap senggang mase yang ada...
First of all, saya nak ucapkan congratulation kepada classmate saye dengan keputusan Latihan Ilmiah @ Thesis... Saya yakin semuanya dapat keputusan yang superb2! (sebab so far saya tau result classmate saye je) Itu adalah hasil karya kite kawan2! So, be proud with yourself, nilai tulisan kite, nilai buah fikiran kite.. And alhamdulillah, same goes to me.. Allah buka rezki untuk dapat keputusan yang cemerlang (walaupun tak berjaye dapat A+, tapi bersyukur jugak lah) Hehehe... Sebab secara jujurnya, saya memang sangat suke menulis... That's why I've my own blog, I love to give full cooperation in Research Methodology... Nak2 lagi, Allah buka pintu rezki saya untuk wat thesis tajuk yang saya nak... Lagi bersemangatlah... Dengan bimbingan pensyarah saya, Ustazah Norul Huda binti Bakar, dia mentor saya, lecturer saya yang dah aja saya 3 sem, bersamaan setahun setengah... Dia tetap sabar guide saya punye thesis and saya sangat2 bersyukur sebab saya takde banyak masalah sepanjang buat thesis dengan Ustazah Huda... Walaupun kadang2 ade lah sikit masalah2 teknikal... Hehehe Biase lah tue... Tapi, saya sangat2 berbangga dapat menjadi anak didikan Ustazah. Banyak pengalaman suka duka ustazah yang ustazah dah kongsi ngan kami, mentee ustazah... Ustazah... Terima kasih banyak2... Hanya Allah yang mampu balas semua jasa Ustazah dunai akhirat... Saya hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan, kesejahteraan dan barakah yang melimpah ruah buat Ustazah dan keluarga insya Allah....
Erm...sebenarnya kat sini saya nak share luahan hati sorg classmate saye, name dy dirahsiakan... Hehehe... Tapi, dy tulis luahan hati dy, selepas dia baca blog private kawan dia, yang dah jumpe cinte dengan seorang lelaki yang insya Allah telah tersurat menjadi pembimbingnya.... Kirenye, tulisan blog saya kali nie special dedicate untuk kawan saya nie lah... Suke saya nak share ape yang dirasa oleh sekeping hatinya, yang selama ini dia pendam... Kawan saya nie seorang gadis yang ceria, bagi saya dy seorang yang lembut, dy kalau bercakap pun lagi lembut dri saya, cantik, pandai... Senang kate, full-package lah dapat dy! Hehehe.. Ok, xmau panjang cerita... Ni saya copy paste ape yang dia tulis...
*ni la luahan hati aku..selamat membaca.n kalo terpkir nk publish kt blog pn boleh..xksah.. :)
Saat ini,saya sedang membaca blog seorang teman.. ‘For the rest of my Life’ menjadi latar bacaan saya malam ini. Ini kali ketiga saya buka blognya dan teruskan bacaan saya. Blog yang berkisar tentang perasaanya pada seorang lelaki yang bakal dijadikan suami dan pendamping hidupnya dunia dan akhirat. 2,3 orang sj yang di ‘invite’ untuk baca ceritera cinta ini. Pertama kali saya sign-in dan masuk blog ini,mulakan bacaan dari episode awal,berlatarbelakangkan lagu ini, hati saya sayu..air mata saya mengalir..dia bahagia..saya tumpang gembira..tapi, air mata ini bukan kerana dia sedang tersenyum bahagia, tapi kerana hati saya sedang berduka..saya gagal lagi untuk kali ini..dan,saat saya menaip luahan ini,air mata terus mengalir.walau sekuat mana hati saya bertekad untuk tak kan menagis lagi, saya tetap tak dapat mengawal air mata ini untuk terus mengalir menterjemahkan setiap isi perasaan saya..sungguh,saya dalam kesedihan.sedih ditinggalkan.sedih kerana impian yang saya dan dia rencanakan tak dapat disempurnakan.sedih kerana hati ini ditipu lagi..ditipu dengan bisikan syaitan yang sentiasa menyesatkan.mungkin saya tak perlu ceritakan kisah saya dan dia hingga terjadi pergaduhan,dan perpisahan, yang nyatanya, saya seorang perempuan yang ingin disayangi dan dicintai.saya seorang perempuan yang inginkan seseorang disisi. Disebalik semua itu, saya tetap punya harga diri.saya kecewa,sedih,patah hati dan rasa tak dihargai.saya pasrah.sungguh kali ini saya pasrah.saya terima semua ini dengan hati terbuka.saya berdoa agar diberi kekuatan dan terus dikuatkan agar saya tak terjatuh lagi. Tak putus-putus saya mohon keampunan dari Dia, kerana selama ini mungkin saya lalai mencintai seseorang yang belum halal untuk saya, sehinggakan kurangnya cinta saya kepada dia Yang Mencipta. Ampunkan aku,Ya Allah.
Dan, saat saya meneruskan bacaan di blog teman ini, saya sangat bersyukur kerana dia merasakan kebahagian itu.sahabat, saya berdoa semoga kebahagian itu tetap menjadi milik awak dan dia.walau apa sahaja rintangan, terus lah kuat sahabat. Andai dialah yang menghiasi mimpi-mimpi awak selama ini, semoga dia tetap menemani malam-malam awak selepas ini.InsyaAllah.semoga iktaan yang termeterai atas kasih sayang ini terus terikat dengan ikatan yang sah, dan kekal hingga ke syurga..amiin.
Bukan mudah melakonkan watak seorang pencinta. Bila diasak dengan pelbagai emosi dan jalan cerita,jangan terus tinggalkan pentas,kuat dan teruslah menjadi seorang pencinta.
Salam dan doa dari sahabat, untuk sahabat yang sedang bahagia dan akan terus berbahagia.insyAllah.. :)
Syukran jazilan 'alaj jamiilatud dua' ya ukhti...
Waktu saya bace luahan hati dy, baru start, air mate saya dh bergenang..... Betullah ape yang orang kate, sebenarnya, orang yang happy-go-lucky nie dy sebenarnya lebih banyak simpan kesedihan daripada orang yang kite selalu nampak sedih... Tapi, dengan cara ketawa, bergembira, bergurau senda, mungkin kita tak mampu tangkap situasinya sedih atau gembira... Betul...inilah kenyataan....
Setiap orang akan rase fitrah nie... Rase ingin disayangi, rase ingin menyayangi, rase inginkan seseorang untuk sentiase ade di sisi untuk menguatkan kita saat kita lemah... Duhai temanku sayang, percayalah dengan janji Penciptamu... Engkau adalah seorang gadis yang tercipta dari rusuk kiri seorang lelaki... Lelaki yang engkau sendiri masih bertak-teki hingga kini, siapakah orangnya...
Sahabatku... Memang hati kita nie xpernah lepas diuji dari perasaan yang menjadi fitrah setiap insan... Tak dinafikan... Namun awaslah, jangan sampai yang fitrah itu menjadi fitnah... Kerana fitrah itu suci, fitnah itu jauh dai-Nya... Bukan aku mendabik dada bahawa aku terbaik... Tidak sahabatku... Aku pun sering lalai dan khilaf dalam langkahku... Sering alpa dalam kenikmatan yang diterima... Sama2 lah kita muhasabah teman...
Teman, senantiasalah persiapkan dirimu untuk menerima kehadiran seorang lelaki yang Allah telah pilihkan, lelaki terbaik yang Allah janjikan buat dirimu teman... Aku tahu, pekertimu yang sopan, akhlakmu yang memikat, parasmu yang sempurna bisa menggegar hati mana2 jejaka... Sentiasa bersedialah untuk menerima kedatangan'nya', walau saat kini kau masih kabur, siapakah sebenarnya lelaki itu...
Dulu, aku juga begitu... Sering tertanya2, aku ini rusuk kiri buat siapa... Aku juga sering mengeluh saat melihat kawan2 sekuliah ramai sudah berpasangan... Masing2 punya teman bercerita... Alhamdulillah, aku dikurniakan teman2 yang sentiasa menguatkan aku, membantu aku menghindarkan diri dari terjebak ke dalam perkara2 yang tak sewajarnya dilakukan oleh seorang wanita yang menyandang gelaran muslimah dan seorang pelajar... Terima kasih buat teman2 tersayang: Fad, Dayah, Syue, Pah... Sentiasa ada masa aku susah dan senang... Suka duka kami kongsi bersama, alhamdulillah, kami saling mengingatkan... Aku sedar, teguran mereka adalah tanda mereka sayang dan peka dengan diriku... Alhamdulillah, mereka sentiasa di sisi kala aku sangat lemah... Makan bersama, gurau bersama, tidur bersama, belajar bersama... Hati lebih tenang sebenarnya apabila tidak melibatkan kaum yang berlawanan jantina selagi belum tiba masanya...
Terima kasih ya Allah, atas segala nikmat-Mu yang tak pernah mampu kuhitung... Dari saat aku mula tercipta dalam rahim mama, aku sudah berjanji, aku adalah hamba kepada-Mu... Namun diri ini selalu lalai, selalu lupa dan selalu leka... Oleh kerana itu, aku memohon kepada-Mu agar Kau kurniakan aku seorang lelaki yang mampu mengingatkan diri ini kala aku lalai, yang mampu menguatkan diri ini kala aku longlai, yang mampu teguh di sampingku dalam apa jua cabaran...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment