Saturday, August 25, 2012

Kau Bukan Malaikat

Bismilahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt semua! :D

Hai2, kali ini saya memang happy walaupun baru habis buat open house. Jangankan house je open, tulang pun rase nak TERopen jugak. Hehe

Kali ni, saya terasa macam nak tulis tentang tajuk atas nie, berkaitan dengan hati.

Saya memang suka membaca. Novel is my priority when I'm teenage. Bila dah merangkak ke alam dewasa, dulukanlah apa yang wajib, kan? ^_^

Masa secondary school dulu, saya kira belum banyak stok-stok novel Islami yang tulen macam apa yang ada hari ini. Yang saya ingat, novel Islami 1st yang saya baca ialah Seindah Mawar Berduri, by fatimah Syarha. Tu pun bukannya buku yang bercetak kulit hitam hijau macam dalam pasaran sekarang. Masa tu, kertas fotostat lagi, sebab kakak kepada kakak dorm saya dulu kawan baik dengan Fatimah Syarha. Second yang saya baca, novel Tautan Hati. Tapi, nie lah novel first yang saya beli sendiri untuk simpanan saya sendiri. Seterusnya, saya terus mencari dan mencari novel yang saya rasa sesuai sebagai pengetahuan, improve diri dan tahap intelektual.

Sampai one day, saya baca novel yang saya tak pernah terfikir nak baca dan jadi suka gila nak buat koleksi, iaitu novel karya Hilal Asyraf. Ini bukan sebab tarikan nama yang sama tapi, tema yang dibawa dalam pena penulisan beliau, membuatkan saya rasa bersemangat untuk baca.

Saya cuba membandingkan intipati dan garis panduan tentang apa itu cinta yang dibawa dalam pandangan Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf. Masing-masing punya hujah tersendiri tapi yang saya paling tertarik ialah hujah daripada Hilal Asyraf, yang saya rasa saya boleh simpulkan pendapat beliau tentang cinta ialah, KAU BUKAN MALAIKAT.

Manusia itu tercipta dengan seribu satu fitrah. Fitrah yang utama ialah fitrah bertuhan. Sebenarnya, manusia itu memang percaya Tuhan itu wujud, namun mereka kabur atau terhijab dengan logik akal, Tuhan itu sewajarnya menampakkan zatnya. Oleh kerana itu, jelas apa yang kita lihat hari ini, manusia selain agama Islam, mempunyai patung berhala masing-masing. Menzahirkan kehendak naluri untuk bertuhan dengan melihat kewujudan'nya'. Tapi penganut agama Islamlah yang paling unik dan cantik, kerana berjaya merasai kewujudan Tuhan Yang Maha Esa, iaitu Allah SWT tanpa perlu mewujudkan zatnya dihadapan mata, untuk beriman. Mengimani kewujudan Yang Maha Kuasa itu jugalah sumber kekuatan kita menjadikan hanya DIA sebagai satu-satunya tempat kita bergantung harap. Sweet kan? ^__^

Fitrah yang lain, iaitu fitrah berkasih sayang. Kita akan menyayangi orang yang sentiasa dekat dengan kita, ada menyokong kita saat tersungkur atau saat berdiri. Contohnya kedua ibu bapa kita, ahli keluarga kita, kawan baik kita dan juga mungkin seseorang yang kita 'pandang' dalam diam.

Slogan hari ini menguar-uarkan, NO LOVE BEFORE AKAD. Membuatkan ramai yang terganggu, berdosakah aku mencintai dia? Dosakah rasa sayang itu? Rasa cinta yang ada? Lalu kalau dikatakan perasaan ini berdosa, mengapa Yang Maha Penyayang menumbuhkan rasa ini? Bukan hanya kamu yang tertanya-tanya, malah aku juga begitu.

Cinta itu fitrah. Maka sesuatu yang fitrah itu bersifat suci. Maka, sesuatu yang suci itu harus dijaga dengan sebaiknya, bukan dicemari. Manusia masa kini dah tersalah anggap. Cinta mesti dibutikan, bukan sekadar ungkapan. Cinta mesti dating, makan suap-suap, jalan pegang tangan. Buatlah begitu, tak salah. Tapi dengan syarat, anda adalah suami isteri. Muda mudi era globalisasi makin hanyut ditelan kemajuan. Cintanya terpapar di facebook, di blog atau mana-mana saja laman sosial yang ada. Cuba menzahirkan betapa bahagianya punya pasangan seperti bf/gf yang ada. Nanti bergaduh, naik status dengan bahasa-bahasa yang tak sepatutnya. Inikah hakikat cinta?


Ada pula segolongan yang menafikan hak untuk berhubung dengan tunangannya atau orang yang memikat hatinya. Berhubunglah dengan cara yang betul. Direct dengan tuan empunya badan, bagi saya tiada masalah, yang penting, bercakap perkara-perkara yang penting sahaja. Contohnya dalam alam pertunangan, masa ini yang perlu digunakan sebagai masa taa'ruf. Mengenalinya seadanya, jangan berlebih-lebihan. Sama ada bertanya secara langsung, atau melalui sms, email. Macam-macam teknologi yang ada boleh dimanfaatka ke arah membina baitul muslim. Ini juga termasuk dalam muamalat sesama manusia. Boleh menggunakan apa cara yang ada, yang penting tidak melanggar batas syari'at. Nak dating pun boleh, takde hal tapi ikut macam mana yang dipesan oleh baginda Rasulullah SAW:

Daripada Ibn Abbas r.a: "Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya." – Riwayat al-Bukhari."

Bawaklah peneman kalau keluar untuk beli barang perkahwinan misalnya. Kalau tak ada yang teman, yang ketiganya dah confirm syaitan! 

Ada juga mereka tidak mahu melihat langsung bakal suami atau isterinya, dengan alasan jika agamanya bagus, dia akan terima seadanya. Baguslah kalau BOLEH begitu. Persoalannya, berapa ramai yang BOLEH?

Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai). 

Betul, dinikahi wanita itu atas empat dasar, hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Dan pilihan paling ampuh ialah memilih wanita yang beragama. Teringat satu kuliah yang pernah diberi oleh Ust Don Danial, kecantikan tu Allah tak pernah gariskan, bagaimana spesifikasi yang diertikan sebagai cantik. Kerana cantik itu bersifat abstrak. Asal sedap mata memandang, sudah cukup. Kita masih tetap punyai pilihan untuk memilih mengikut cita rasa kita kerana kita akan hidup dengan dia hingga ke akhir hayat, insya Allah sebumbung di syurga. Soal memilih ini bukan terhad kepada lelaki, tetapi terbuka juga kepada wanita. ^__^


Ada juga timbulkan konsep perigi mencari timba. Tiada istilah mencari telaga atau mencari timba, kerana Saidatina Khadijah ialah wanita teragung yang telah menunjukkan contoh proaktif. Beliau telah bertindak terlebih dahulu, meminang nabi MENGGUNAKAN ORANG TENGAH, selepas memerhati peribadi baginda Rasulullah SAW. Jangan direct cakap pulak, nanti menjatuhkan maruah anda sebagai wanita Islam. Gunakan orang tengah misalnya ahli keluarga, sahabat terdekat, guru-guru, ejen-ejen Baitul Muslim untuk membantu, mungkin meminta nasihat daripada mereka, atau memnita mereka yang jadi wasilah untuk cari jodoh untuk kita.

Orang kata, nak jodoh baik ada dua jalan:
1- minta orang yang baik-baik carikan, insya Allah dia akan carikan yang baik untuk kita
2- jadilah yang terbaik, insya Allah, DIA akan beri yang setanding dengan kita.

The most important is, jangan lupa pada janji Allah dalam surah an-Nur, ayat 26 yang bermaksud:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Ok, gud morning dunia. I wanna sleep now.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada yang sudi membaca dan mampu menjadi saham tambahan untuk saya di akhirat kelak, insya Allah.
Thanks for reading.
Salam syawal from:

Friday, August 24, 2012

Makan dan Makan dan Makan

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Makan dan makan dan makan je lah jawabnye.
Best duduk rumah, boleh godek dapur sendiri.
Takde bahan, gi jalan sendiri pegi beli, takpun kalo malas atau masa dah suntuk, ajak abang drive pegi Econsave ke Giant ke.. Hehe

Patot semalam nak masak nasi arab tapi semalam tak sempat, rumah kucar kacir baru balik dari kampung. Hari nie keadaan dah kembali stabil, baju suma dah cantik kat rak, masanya menyerang Econsave pegi beli barang. Sampai sana, lengang gila. Yelah, selalu Melayu je yang dok shopping nie. Tapi kan kali nie raya. Ramai yang non-muslim je aku nampak kat Econsave tadi.

Tadi buat nasi arab, tapi nasi dia macam aku tak berapa nak berpuas hati, sebabnye aku rasa sama je macam nasi ayam yang biasa aku masak. Aku pulak memang takde lah nak interview mamat-mamat arab kat restoran tu, apa resepi nasi mandhi, kan? So, takpe lah. First trial.

Mase tengah masak memang klaka. Yelah, baru aku prasan, arang takde, pewarna kuning untuk nasi ngan ayam pun takde. Gelak sensorang je mase nak masak. Nasi arab yang aku buat kali nie takdelah berwarna kuning, warna biasa je. Masa masak tadi, nasi aku tak kisah sangat takde warna. Aku dok pk, guane nak meng'kuning'kan ayam. Dan banyak masalah aku tadi pada ayam, arang takde, oven pun takde.

So, aku berjaya meng'kuning'kan ayam aku dengan serbuk kunyit. Lepas siap aku rebus ayam dengan segala macam rempah ratus, toskan air, and kuningkan ayam-ayam itu dengan serbuk kunyit, and perapkan lebih kurang 30 minit. Dengan niat supaya rasa dia sekata. Yelah, takkanlah aku nak try rase pulak ayam tu tengah-tengah diperap. =,="  Kalo ikut resepi yang aku  ada, ayamnya kena dibakar, either berarang atau ber'oven'. Yang pandai main-main arang nie, ayah je. Ayah keje, takkanlah aku nak buat emergency call, "Ayah, balik sekarang! Kakak tak tau camne nak masak ayam atas bara." Memang lah dapat free gift kang dari ayah. Nak beli oven baru on the spot, SEMPUT aku! Len-len kali lah ye. Kalo seposen dua, lima puluh oven aku beli cash, ok!

Dan cara penyelesaiannya, aku amek frying pan, letak minyak sikit, letak ayam dan control api. Kejap kecik kejap besar, nak buat ayam tu nampak macam dipanggang. Ok, berjaya! Mama tengok ayam aku, mama kata, panggang macam mana? Memang tergolak bosa la den. Walaupun nak buat ayam nie secara jujurnya aku macam banyak masalah, tapi hasil ayamlah yang aku paling puas hati. Nasi may be sebab aku derhaka dengan resepi, tak letak arang dalam nasi tu. *second trial lah aku letak ye arang. pasni kene amek tau jugak pasal arang. hahaha* 

Darah yang mengalir dalam badan adik-adik aku still darah Melayu, maka tetap makan perlukan kuah. Start semalam lagi aku dah pening, nak buat kuah ape dengan ayam bakar? Patutnya set nasi mandhi nie, dia ada salatah, tapi aku tak suka salatah. Just suka dengan mayonis arab je. Tengok dalam resepi pun, nasi arab telah dimelayukan. Ada pulak orang arab makan ulam-ulam dengan nasi mandhi. Memang takkan ada punya. Dorang memang makan sayur, tapi tak sama lah dengan cara orang Melayu. Jadi, cadangan ulam-ulaman dalam nasi mandhi, aku dah reject awal-awal. Dan aku buat kuah ayam percik untuk adik-adik makan, *tapi aku tetap tumpang sekaki makan. konon nak bajet makan ala-ala arab tapi kali nie tak berjaya.* 

Dan aku kira bernasib baik, kuah ayam percik senang nak dibuat. Yang kelakanya, boleh lah aku salah baca. Resepi tu cakap, SANTAN, yang aku baca pulak KANTAN! And dalam list barang-barang aku, aku tulislah KANTAN, not SANTAN. Aigoooo. Mase nak masak tu, aku baca balik list dia, "Eh, santan lah!" And memang takde keje pulak aku dah ready nak masak, nak g tuka baju pegi kedai semata-mata nak beli santan. So, on saja kuah percik tanpa santan. Rasa dia still ok jugak *ini kes masuk bakul angkat sendiri :p*

And aku tak mek gamba pun... Sebab siap je masak tadi terus aku buat aiskrim oreo pulak. Dah siap buat aiskrim baru aku makan nasi. Dah siap makan, baru teringat nak feeling2 amek gamba. Tapi dengan tangan dah pegang pinggan, takde mase lah pulak nak mek gamba, sebab tinggal tulang ayam je yang ade. Haha

Puas hati jugaklah masak bila orang leh telan, ke terpaksa telan ke aku tak kira. Hohoho

So, sekarang tengah tunggu aiskrim oreo bila dia nak keras, kalo dah separa keras, kena blend untk 2nd time, untuk hasil yang lebih gebu! Tak saba tunggu aiskrim home made.

Bila pk-pk balik, sume benda boleh buat sendiri. Jadi, tak payah bersusah payah nak membazir duit beli. Tapi ye lah. Memang lagi senang membeli dari membuat. Buat sendiri, nak kene ke kedai beli bahan, kang tak cukup bahan nak kene terkedek-kedek balik ke kedai *ok, nie aku selalu buat!* pastu nak menggodek la bahan-bahan kat dapur, ala-ala masterchef. Kalo orang berkerjaya, aku tak pasti lah kan. Aku nie pun rajinnya masa kat umah. Kalo kat KUIS, aku memang takde bawak periuk bagai kat sana, telan je ape yang ada. Masak nasi goreng pon guna perencah, tak suka! Banyak MSG, tumpul kebijaksanaan aku. :p 

One more yang aku dapat belajar, sebab aku pun suka try and error masak, amek resepi dari hujung jari. Aku dapat buat kesimpulan, bukanlah buku-buku law or buku pelajaran je ko nak kene hafal, actually bahan-bahan untuk masak pun at least ko kene dapat lah gambarannya. Takkanlah tiap kali nak masak ko nak bukak buku resepi, tak pon bukak lappy, letak lappy sebelah kuali. Elok pulak kang ko masak je lappy tu. 

Perempuan hari ni, IQ dia dah makin tinggi, malah ada yan lebih hebat dari lelaki. Tapi, janganlah sampai skill keperempuanan anda di tahap yang rendah. Make it balance. IQ tinggi, baca quran tunggang langgang pun tak leh jugak. IQ tinggi, masuk dapur terus ketaq, nie lagi bahaya! Selamatkanlah diri anda sebelum anda jadi bahan ketawa orang. Aku selalu dengar, orang kata kalo nak pikat suami, pikat dari perutnya. Ustaz muamalat pun cakap gitu jugak! Hah, betul lah tu gamaknye. Tapi yang lelaki ingat, ko best-best nak stok-stok solehah, pandai memasak, IQ tinggi, make sure kau pun setanding. Baca quran fasih, azan hafal, IQ tinggi dan tau lah ringan-ringankan beban isteri nanti.

As long kat rumah, aku nak manfaatkan masa yang ada untuk masak ape yang aku suka. Apa susah, resepi ada di hujung jari, klik saja, sudah tersedia. Tinggal nak buat or tak.. Besok, masa untuk makan aiskrim oreo  dan nak makan hot n roll home made! Buat sendiri lagi puas hati, even kene kua duit lebih sikit lah untuk beli bahan kan.. Janji dari tangan sendiri, takde syubhah. ^__^

Ok lah, aku kalo bab membebel nie memang hobi. 

Last but not least, I REALLY MISS SYRIA. Kalau ada bakal suami baca, silalah start simpan duit, nanti boleh bawak i pegi Syria ok! ^__~

Rindu!

Sedap! Nak lagiiiii


Thanks for reading this entry. ^_^
Wassalam.

 

Wednesday, August 22, 2012

Raya Tak Berapa Nak Raya

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt semua ^__^

Dari pose dulu, ingat nak update blog tapi macam tak jumpa topik and malas nak stay kat cc lama-lama. Lagi pulak, banyak mid term mase bulan pose, yang tak berapa nak mengizinkan untuk update selalu kat blog.

But this time, I'm coming! Ok, bunyi macam happy giler. By the way, raya tahun nie so-so je lah. Tak de lah happy gile. Just nice.

Best balik Pahang, kali nie semua berkumpul. Family Mak Teh, family Mak Ndak, family Mak Njang, family Mak De, Pak Chik, Pak Chu, Pak Tam. Tahun nie saham duit raya dari Pak Chik menurun, sebab saya dah ada pesaing, iaitu abang *my second bro* Haha tapi tetap bersyukur sebab still ada saham nak dapat duit raya kan? Hihi

Belah Pahang nie style dia, lagi besar umur, as long ko tak kerja, insya Allah makin besar jumlah wang yang anda bakal terima. Budak kecik, duit dapat sikit. Tapi depend jugak lah ikut orang. Beza dengan style Selangor, makin besar badan kau, tak kisah umur ko kecik ke ape ke, no duit raya anymore. Tak tau lah itu style orang jawa ke orang Selangor kan? 

By the way, balik Pahang memang makan puas-puas. Benda yang paling aku suka kat Pahang ialah LEMANG. Tapi takde gambar lemang yang akan diupload. Kalo tak tau gambo lemang, bleh pegi dekat image search kat google ye. Segalanya di hujung jari anda. ^_~

Ni ada sikit gamba yang boleh nak di share sepanjang kat Pahang. Tahun nie tak banyak gambar sebab anak Pak Teh meragam, demam... Ajim nama nye.. Sian dia.. Sebab Pak Teh lah photographer family kami. Best, Pak Teh yang sempoi.

Suasana nak bergerak ke kawasan kuburan

Masa bertahlil di kuburan

Ingat, lepas hidup, ini RnR kite. Mu nak lari mane lagi...

Ayel

Ayel & mama

Abang asyik ngelak kamera je.

Kat rumah arwah moyang bongkok. Menggamit memori

Rindu masa kecik-kecik selalu main kat sini, mandi sungai. Oh bestnya! *.*

Lepas balik dari Pahang, stop kat rumah kejap, then bergerak ke Sabak Bernam. Aku dari awal lagi macam dah berat hati nak balik sana. Tak suka situasi yang sama dah berlaku berapa tahun berturut-turut nie, berulang lagi. Penat. Bak kata pepatah Melayu,

Ibarat mendukung biawak hidup
Kera di hutan disusukan, anak sendiri dtinggalkan 

Itu lah situasi yang berlaku. Sampai aku cakap pada mama, next year aku tak nak dah raya kat situ lagi.  Sorry mama, i didnt mean to hurt u.. Tapi, sebab macam xrasa sesi bermaafan itu meresap ke dalam jiwa. Apa yang ada cumalah sesi bersalaman untuk pass duit raya. Honestly, duit tak penting. Cukuplah wujudkan kemesraan dan kasih sayang sesama saudara. Darah daging sendiri disisihkan, orang luar disayang gile-gile, sampai darah daging sendiri perlu dicemuh, dhina. Mana erti kasih sayang? Mana pergi nilai budi bahasa, saling menghormati? Luntur. Telah terkena klorox mungkin?

Tapi, lebaran kali ini tetap bermakna bila melawat atuk sedara, dia jamu makan seadanya, tapi layanan mesra dan kata-katanya seperti dapat membaca apa yang sedang kami rasai. Masa beliau hidangkan makanan, saya jemput lah sekali mbah makan. Saya kata gini,

"Mbah Mim, jom la makan sekali. Nanti tinggal periuk je kalau mbah tak makan sekali."

Dan dia balas,

"Mbah suka anak cucu mbah datang. Masa nie, walaupun ada sesuap nasi, mbah akan hidangkan untuk kita semua kongsi ramai-ramai. Itu makna keberkatan, makna kasih sayang. Berkongsi. Dengan apa yang mbah hidangkan nie jugak, semoga menjadi saham akhirat untuk kami-kami nanti."

Wallahi, masa nie sebak sangat. Abang, Amir tunduk. Terasa hati hidup. Masa makan ada tazkirah. Aku tak kisah pun, suka sebab manusia nie mudah lupa. Aku pandang Amir, Amir pandang aku. Masing-masing faham, sepatutnya ayat itu diperdengarkan kepada 'seseorang'. Makna kasih sayang. Berkongsi. 

Btw, Happy birthday mama. Today is mama's birthday. Dah plan menu nak masak untuk birthday mama hari nie tapi tak kesampaian nak buat hari nie, sebab sesi mendobi baju setelah pulang dari kampung bermula pada hari ini. Motor pulak pancit, memang lah tak lepas nak g Klang beli barang-barang. Menu dah dalam list, tapi barang still kat kedai. Esok lah kot insya Allah.

Salam syawal.
Semoga ukhwah yang dibina atas dasar iman bertaut kukuh hingga ke syurga.