Monday, March 26, 2012

Contengan Lepas Membaca

Bismillahirrahmanirrahiim
Alhamdulillah, dikurniakan Allah untuk capai novel-novel nie, walaupun asalnya tangkap muat je masa singgah booth Telaga Biru masa Baucer 1Malaysia punya book fair. Tiap-tiap buku bawa misi yang tertentu. Nak ulas pun rasa tak layak, hanya sekadar memberi pandangan mengenai isu yang difouskan oleh penulis dalam buku masing-masing.

Tak semestinya pemulis yang sama, isu sama sahaja yang dibawa. Best sangat! Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk memiliki buku-buku nie.


1- Syabab Musafir Kasih by Ustazah Fatimah Syarha. My favorite writer. Karyanya berilmiah, segar dengan semangat melakukan sesuatu hanya semata-mata Yang Esa. Point utama buku nie, mengenai kepentingan penekanan aplikasi Islam dalam hidup seorang yang bergelar Muslim, tak kisah sama ada berpangkat dewasa, kanak-kanak juga tanpa mengira batas pangkat yang kita ada. Soal jodoh adalah tugas Yang Esa. Yang penting, bagaimana kita, begitulah 'dia'.

2- Kutemui Cinta-Nya by Dr Farhan Hadi. Masih tak lari dari skop perubatan. Mengetengahkan isu perubatan 'tradisional' yang berbahaya, terlampau taksub bakal menggugat akidah. Membawa pembaca berfikir secara rasional, perlu berhati-hati memilih 'doktor' sama ada pakar perubatan moden ataupun pakar perubatan yang berlandaskan al-quran dan sunnah. Isu cinta berdasarkan kecantikan jelas cepat terpadam apabila hati disinari dengan nikmat cinta Illahi. Maka, kecantikan agama menjadi utama dalam segalanya.

3- Terasing by Hilal Asyraf. Okey, nama nak dekat sama, haruslah saya sokong kan? *hahaha perlu ke cmtu?* Buku nie sangat-sangat-sangat bagus! And secara jujurnya memang saya suka. Mungkin sebab lelaki yang tulis, *sila jangan salah paham* Pemikirannya jauh menerobos ruangan membiru, ideanya kehadapan dan berteknologi tinggi. Tak semata-mata mengetengahkan dakwah tetapi memberitahu umum bahawa setiap yang kita lakukan adalah dakwah, dari sudut perbuatan, persahabatan, akhlak. Semuanya cerminan didikan Islam. Tidak perlu mengejar cinta manusia, pasrahkan pada Yang Esa, letakkan DIA sebagai tempat bergantung. Andai dia dan kita memang ditakdir bersama, maka kita akan bertemu di garis takdir yang terukir di Luh Mahfuz. Jangan pulaukan rakan yang tersilap langkah, sebaliknya berusahalah membimbing mereka.

4-Rona-Rona Cinta Damascus by Sheila Wani. Buku nie sebenarnya membuatkan saya rasa saaaangat rindu pada Syria. Membacanya membuat saya berasa seolah-olah sedah berjauhlah sekali lagi di sana. Rindu! Hanya itu yang mampu diungkap untuk sebuah negara yang diberkati Allah dan dijamin selamat oleh kekasih-Nya. Isu yang digariskan mengenai liku perjalanan pelajar di Kota Damascus dan kisah cinta yang perlu dilalui   dengan pelbagai derita dan diakhiri dengan rahmat Yang Esa.

5- Sebarkan Cinta-Mu by Ustazah Fatimah Syarha. Buku nie super duper superb! Setinggi-tinggi pujian pada Yang Esa sebab bagi ilham yang begitu detail pada penulis. Dalam buku nie, kupasan yang cukup detail *bagi saya yang masih malas mengkaji* tentang isu poligami, hukum BOLEH bagi wanita meletakkan syarat pada bacaan ta'liq, jika suami berpoligami dalam keadaan isteri masih sempurna segalanya dan menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna, maka boleh terjatuhnya talaq ta'liq. Bagaimana bezanya kualiti diri gadis yang terburu-buru menggapai cinta manusia, dengan gadis yang sibuk mempersiapkan diri mengejar cinta Yang Esa dari timbunan ilmu.




6- Tokoh Cendiakawan Islan: Ibnu an-Nafis by Sulayman Fayyad. Buku nie saya tak berapa paham sangat mungkin sebab tak berapa fokus masa baca. Tapi secara totalnya, Ibnu an-Nafis terlebih dahulu sebelum memulakan pelajaran ilmu dunianya, beliau mengukuhkan dengan menghafal al-Quranul Karim dan hadis-hadis dan juga ilmu-ilmu fiqh sebagai basic. Awalnya, hasrat beliau untuk berkhidmat dalam bidang perubatan ditentnag keras oleh ayahnya kerana menyangka anaknya akan terus memperdalami ilmu agama namun akhirnya direstui keluarga. Buku ni jugak menggambarkan kepada kita betapa kecanggihan teknologi perubatan di Mesir terutamanya jauh meninggalkan teknologi perubatan negara Barat. 

Yang dapat saya simpulkan daripada apa yang saya baca ialah:

1) Kepentingan menuntut ilmu itu sangat penting dalam hidup seorang Muslim bagi mengingkatkan kualiti umat Islam terutamanya pada zaman sekarang, zaman Islam terfitnah dengan akhlak para penganutnya. Siapa lagi yang akan membangunkan masyarakat dari terus lena dalam maksiat kalau bukan kita?

2) Tahanlah dahulu untuk sibuk mencari cinta manusia jika merasakan diri masih belum sempurna. Isu sempurna adalah termasuk dari sudut ekonomi, pembahagian masa, kesediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani dan juga persediaan pendidikan untuk bakal-bakal pemimpin bercorak Islam. Kalau rasa dah complete semua, tafaddhal mendirikan baitul muslim yang diimpikan. 

3) Bermusafirlah untuk 1001 kebaikan. Untuk melihat kekuasaan Maha Agung,mengambil iktibar dari kisah umat terdahulu, meningkatkan kualiti ilmu, menenangkan fikiran, mengeratkan ukhwah, berdakwah. Lihat saja contoh dari Nabi yang teragung, Nabi Muhammad SAW, ketika bersedih, Allah mengangkat baginda ke langir bagi melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya. Ketika dakwah baginda ditentang hebat penduduk Mekah, Allah memerintahkan baginda berhijrah ke Madinah kerana lebih mengetahui bahawa dakwah lebih berkembang di sana. Kenapa tidak kita aplikasikan dalam kehidupan kita? Bukankah ia sunnah?

4) Jangan mudah menghukum golongan yang tidak sependapat dengan kita, sebaliknya cubalah mencari jalan tengah untuk menyatukan pandangan kita dengan pandangan mereka. Islam tidak mengajar kita berpecah tetapi khilaf itu suatu rahmah. Walaupun hadis ini merupakan hadis dhaif, namun ia masih boleh dipakai melainkan dalam urusan berkaitan ibadah sahaja. Panjang lagi perbahasan hadis dhaif nie. 

5) Wanita mempunyai hak-hak yang dilindungi oleh Allah, disalurkan di dalam agama Islam, dan juga dipertahankan oleh Mahkamah Syariah. Jadi, jangan asyik cakap, "Saya tak tau pun pasal nie", "kenapa anak tak inform yang mak cik nie ada hak nie and boleh tuntut kat mahkamah?" Lah... Tue lah pasal kene rajin selak-selak dalam Google. Banyak info. Tak pun tanya yang pakar macam Dato' Zainul Rijal, Prof. Mahmood Zuhdi. Ramai lagi tokoh perundangan Islam di Malaysia.

6) Kesimpulan last, rasa nak buat list buku-buku karya Hilal Asyraf yang masih tak terbeli lah. So, nanti kalau ada rombongan nak datang meminang, nak mintak buku-buku Hilal Asyraf, buku-buku Wahbah Zuhaili, Kitab Fikah Mazhab Syafie. tue lagi baek daripada beli beg tangan Gucci lah, kasut tumit setinggi tapak tangan den lah. Tak yah-tak yah. Sume2 tu boleh beli kat pasar malam je. Tapi yang len-len, kene masuk kedai buku carik. ^_~

Thanks for reading this nothing entry!
Wassalam.

1 comment: