Monday, February 28, 2011

Seorang Wanita Itu....

Ape yang seorang wanita tue impikan?
eh3 lupe pulak nak bagik salam...

Assalamualaikum wbt semua...
Dah lame gileeeeeee xpost kat blog nie... Hehehe coe blogku cayang.....
Bz ngan macam2 perkara... Perkara? Tettttttt haha
Alhamdulillah baru pas habiskan exam final untuk diploma....

Okeh, berbalik pada topik atas nie... Secara personal nye, saya nk kongsikan kat sini... Apekah harapan seorang wanita itu sepanjang hidupnya...

Wanita, makhluk yang diciptakan dari rusuk kiri kaum ada... Diciptakan sebagai makhluk yang sangat halus dan lembut, yang memerlukan bantuan lelaki terpilih untuk meluruskan bengkoknya, yang mengajarnya dengan erti kesabaran... Kerana wanita itu juga makhluk yang tidak sempurna... Sebagaimana kaum Adam...
Setiap gender ada kelebihan dan kekurangan masing2... Wanita... Walaupun dia diciptakan dengan seribu satu kehalusan dan kelembutan, namun wanita juga insan yang kuat... Kerana pada wanita, Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan, saat ia diciptakan seorang bayi dalm rahimnya. Wanita itu sangat kuat kerana mampu menatang dengan kasih sayang bayi di dalam rahimnya... Wanita itu kuat, saat dia berada di samping insan-insan yang tak putus menghulurkan pesanan kekuatan, yang sentiasa di sisinya untuk menyokongnya...

Seorang wanita itu, sejak dilahirkan lagi sudah dibisikkan di telinganya kalimah2 Allah, dengan harapan daripada kedua ibu bapanya, agar anak tersebut mampu emnjadi wanita solehah yang mampu menggegarkan dunia dengan ketakwaannya, bukan sekadar berperanan menggoncang hati sang lelaki... Jika seorang wanita itu membesar dengan niat menggoncang iman lelaki, maka perlu diselidiki kembali asal pendidikannya... Daripada seorang bayi kecil yang hanya tahu menangis, dia mengalami pembesarannya dengan menjadi kanak-kanak yang lincah, petah berkata-kata, sekaligus membuat kedua ibu bapanya tersenyum dengan keletahnya... Pasti si ibu bapa itu tidak berhenti berdoa supaya anaknya terus menjadi anak yang solehah buat mereka, aset terpenting buat mereka dunia akhirat....



Dari anak kecil yang berkeletah comel, dia membesar... Masuk ke alam persekolahan, mula mengenali dunia sosialnya... Walaupun masih kecil... Ibu bapanya tak pernah berhenti mengasuh dan mendidiknya.. Memarahi tanda sayang, memukul tanda mengajar. Namun, seringkali disalah tafsir oleh sang anak... Biasalah... Masih belum mencapai umur matangnya memahami mehnah duni dewasa... Melangkah ke alam sekolah menengah, cubaannya makin hebat.... 


Waktu ini, barulah akan terbukti sebenarnya, sejauh mana penerimaan si anak kecil tadi dengan didikan kedua ibu bapanya, selama dia kecil hingga dia sebesar itu... Bagi remaja perempuan, cubaan yang terhebat ialah cubaan terjerat dalam alam percintaan dan juga tersalah memilih kawan... Pada ketika mereka di usia remaja, mereka akan lebih dekat dengan kawan sekiranya ibu bapa gagal menjadi rakan buat mereka... Sekiranya ibu bapa terus dengan sikap mereka sebagai 'ibu bapa'. Di sinilah pentingnya ilmu mendidik anak... Ketika usia mereka masih kecil, anak2 boleh dididik dengan ketegasan... Supaya mereka mengambil iktibar apa yang boleh dan apa yang tidak boleh... Pabila anak semakin menginjak remaja, ibu bapa seharusnya menjadi teman kepada mereka... Peranan sebagai teman sejati + ibu/bapa perlu diterapkan sebaiknya... Terangkan kepada mereka, ape yang sepatutnya mereka tahu ditahap remaja... Jadi, tak lah nanti meningkat kes2 pelajar sekolah buat bnda2 tak sepatutnya kan? Ini realiti zaman sekarang...


Sebab ape makin banyak kes2 macam nie? Sebab kurang pendekatan yang berkesan pada remaja dan pengaruh peers.

Selepas di alam sekolah, anak gadis ini akan melangkah ke alam pembelajaran yang lebih tinggi, iaitu IPT.. Kat IPT nie lagi lah banyak cabaran.... (bahasa tibe2 jadi xformal pulak..hehehe) IPT nie tempat culture shock tau! So, kene lah hati2 menjaga anak gadis anda... (eh gaye cm ade anak pulak kan? haha) Erm...saya cakap berdasarkan pengalaman saya... Bukan senang sebenarnya seorang anak gadis membesar seorang diri, dalam keadaan tidak dipantau... Tak dipantau nie maksudnye, parent tak de dpan mate lah... Sedang parent kat depan mate pun macam2 boleh berlaku... Ape lagi kalau takde kan? So, kat sini peranan ibu bapa kenelah selalu tanye kaba, ape yang anak ngah buat, visit mereka... Sebenarnya, masa nie pun lagi hebatlah dugaan bab2 cinta nie sebenarnya... Tanpa kawalan ibu bapa, si gadis bebas ke mana sahaja mengikut teman lelaki tanpa perlu meminta izin dari sesiapa... Dan kalau elok pulak keluar berdua, syaitan dah msuk kat badan lelaki tu, aishhh jawabnye cam lagu "Kalau Berpacaran" lah! Macam Alzimet ke ape tah name dy... Kan dy buat nada ala2 luahan hati syaitan... Hehehe... Bukan saya nk cakap dia bnda tu, sndri paham lah ye... Malas plak nk explen pepanjang...

Ok, sekarang berbalik pada tajuk asal... Aishhh jauh betul dah... Dok cite sejarah budak2 kecik pulak! Hahaha... Ok, harapan wanita or perempuan ni sebenarnya sama je... Walau setinggi mane pun darjat seorang perempuan tu, walau sekaya mane, atau se'glamour' mane pun dia, dia tetap menginginkan untuk ditemani seorang lelaki dalam hidupnya... Bagi pendapat saya, kriteria yang saya tetapkan untuk bakal suami saya xsusah... Saya tak mintak dy tu anak PM ke anak YB ke... Tak mintak pun dy ketua askar ke... Saya hanya nakkan dialah PUTERA AGAMA SAYA, yang mampu mebimbing saya, yang sabar mendidik saya waktu saya degil, yang tabah di samping saya susah senang, yang setia memberikan sokongan, yang tak jemu memberikan kekutan waktu saya lemah, yang paling lembut hatinya dalam memaafkan semua salah silap saya...



Dia seorang lelaki yang sempurna di mata agama, di mata saya dan yang paling penting, mendapat redha dan restu kedua orang tua saya. Siapa pun lelaki tersebut, saya rasa sangat bahagia bila lelaki tue direstui keluarga... See? Harapan seorang wanita.. Hehehe...

Kalau kita yakin dengan pilihan yang kita buat, berpandukan petunjuk-Nya, tetapkanlah pendirian kite... Yakinlah dengan Allah yang sentiase tahu ape yang terbaik buat hamba-Nya.... Yakinlah dengan janji Yang Esa... Jodoh nie biasenye orang yang tak disangka2... Hehehe Memang surprise tau! Cuma...bila dah mase kite tau siapakah pasangan kita, masa tue, kita sendiri akan rase. Fad penah cakap kat saya, "Asy, ko sendiri akan rase dia jodoh ko bile sampai mase nye..." Tanx Fad! Hehe.. Kalau aku dah ase, mkne nye dah smpi jodoh lah ek? Kikikikiki... Tapi time borak2 tu, takde lah ase lagi... Sebab memang Allah nak sih fokuskan study dlu... Hehehe...

Buat 'dia' lelaki yang Allah pilihkan buatku, aku sangat bersyukur atas kurniaan-Nya padaku...
Pesanku, cintailah aku kerana agamaku walaupun ilmuku tidaklah setinggi mana...
Jangan kau tertarik hanya dengan perkara-perkara duniawi...
Kerana kelak akan membuatmu resah bila aku di mamah usia..
Tegurlah setiap khilafku kerana aku hanya insan biasa...
Setialah di sisiku untuk sentiasa menguatkan aku kala kulemah dan lelah
Kongsilah denganku setiap payah dan lelahmu
Ceritalah denganku setiap suka dan dukamu
Kerana aku ingin menjadi teman akrabmu yang setia
Dari dunia hingga ke syurga
Hanya ini impianku
Disamping aku mengejar cita-citaku...
Akan ku setia menyokong setiap langkah dan tujuanmu...
Kerana cita-citamu jua adalah cita-citaku....
^__^


This poem is credit to someone special in my heart!
Inilah harapan seorang perempuan yang bernama Siti Nur Asyrafiah binti Ahmad Sabri...
Wassalam...






3 comments:

  1. sis..good writing..keep it up..i can learn from u..:)

    ReplyDelete
  2. apabila asyrafiah bercerita..maka,tertutuplah mulut semua org..hak3..

    ReplyDelete
  3. kak bella:
    tanx sis
    but blog nie biase2 j
    tmpt mrepek2 je banyak neh...
    haha

    naim:
    hahahaha
    bgus3 ttup mlut tue
    jgn bkak bsar2
    hahahahaha

    ReplyDelete