Monday, February 28, 2011

Seorang Wanita Itu....

Ape yang seorang wanita tue impikan?
eh3 lupe pulak nak bagik salam...

Assalamualaikum wbt semua...
Dah lame gileeeeeee xpost kat blog nie... Hehehe coe blogku cayang.....
Bz ngan macam2 perkara... Perkara? Tettttttt haha
Alhamdulillah baru pas habiskan exam final untuk diploma....

Okeh, berbalik pada topik atas nie... Secara personal nye, saya nk kongsikan kat sini... Apekah harapan seorang wanita itu sepanjang hidupnya...

Wanita, makhluk yang diciptakan dari rusuk kiri kaum ada... Diciptakan sebagai makhluk yang sangat halus dan lembut, yang memerlukan bantuan lelaki terpilih untuk meluruskan bengkoknya, yang mengajarnya dengan erti kesabaran... Kerana wanita itu juga makhluk yang tidak sempurna... Sebagaimana kaum Adam...
Setiap gender ada kelebihan dan kekurangan masing2... Wanita... Walaupun dia diciptakan dengan seribu satu kehalusan dan kelembutan, namun wanita juga insan yang kuat... Kerana pada wanita, Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan, saat ia diciptakan seorang bayi dalm rahimnya. Wanita itu sangat kuat kerana mampu menatang dengan kasih sayang bayi di dalam rahimnya... Wanita itu kuat, saat dia berada di samping insan-insan yang tak putus menghulurkan pesanan kekuatan, yang sentiasa di sisinya untuk menyokongnya...

Seorang wanita itu, sejak dilahirkan lagi sudah dibisikkan di telinganya kalimah2 Allah, dengan harapan daripada kedua ibu bapanya, agar anak tersebut mampu emnjadi wanita solehah yang mampu menggegarkan dunia dengan ketakwaannya, bukan sekadar berperanan menggoncang hati sang lelaki... Jika seorang wanita itu membesar dengan niat menggoncang iman lelaki, maka perlu diselidiki kembali asal pendidikannya... Daripada seorang bayi kecil yang hanya tahu menangis, dia mengalami pembesarannya dengan menjadi kanak-kanak yang lincah, petah berkata-kata, sekaligus membuat kedua ibu bapanya tersenyum dengan keletahnya... Pasti si ibu bapa itu tidak berhenti berdoa supaya anaknya terus menjadi anak yang solehah buat mereka, aset terpenting buat mereka dunia akhirat....



Dari anak kecil yang berkeletah comel, dia membesar... Masuk ke alam persekolahan, mula mengenali dunia sosialnya... Walaupun masih kecil... Ibu bapanya tak pernah berhenti mengasuh dan mendidiknya.. Memarahi tanda sayang, memukul tanda mengajar. Namun, seringkali disalah tafsir oleh sang anak... Biasalah... Masih belum mencapai umur matangnya memahami mehnah duni dewasa... Melangkah ke alam sekolah menengah, cubaannya makin hebat.... 


Waktu ini, barulah akan terbukti sebenarnya, sejauh mana penerimaan si anak kecil tadi dengan didikan kedua ibu bapanya, selama dia kecil hingga dia sebesar itu... Bagi remaja perempuan, cubaan yang terhebat ialah cubaan terjerat dalam alam percintaan dan juga tersalah memilih kawan... Pada ketika mereka di usia remaja, mereka akan lebih dekat dengan kawan sekiranya ibu bapa gagal menjadi rakan buat mereka... Sekiranya ibu bapa terus dengan sikap mereka sebagai 'ibu bapa'. Di sinilah pentingnya ilmu mendidik anak... Ketika usia mereka masih kecil, anak2 boleh dididik dengan ketegasan... Supaya mereka mengambil iktibar apa yang boleh dan apa yang tidak boleh... Pabila anak semakin menginjak remaja, ibu bapa seharusnya menjadi teman kepada mereka... Peranan sebagai teman sejati + ibu/bapa perlu diterapkan sebaiknya... Terangkan kepada mereka, ape yang sepatutnya mereka tahu ditahap remaja... Jadi, tak lah nanti meningkat kes2 pelajar sekolah buat bnda2 tak sepatutnya kan? Ini realiti zaman sekarang...


Sebab ape makin banyak kes2 macam nie? Sebab kurang pendekatan yang berkesan pada remaja dan pengaruh peers.

Selepas di alam sekolah, anak gadis ini akan melangkah ke alam pembelajaran yang lebih tinggi, iaitu IPT.. Kat IPT nie lagi lah banyak cabaran.... (bahasa tibe2 jadi xformal pulak..hehehe) IPT nie tempat culture shock tau! So, kene lah hati2 menjaga anak gadis anda... (eh gaye cm ade anak pulak kan? haha) Erm...saya cakap berdasarkan pengalaman saya... Bukan senang sebenarnya seorang anak gadis membesar seorang diri, dalam keadaan tidak dipantau... Tak dipantau nie maksudnye, parent tak de dpan mate lah... Sedang parent kat depan mate pun macam2 boleh berlaku... Ape lagi kalau takde kan? So, kat sini peranan ibu bapa kenelah selalu tanye kaba, ape yang anak ngah buat, visit mereka... Sebenarnya, masa nie pun lagi hebatlah dugaan bab2 cinta nie sebenarnya... Tanpa kawalan ibu bapa, si gadis bebas ke mana sahaja mengikut teman lelaki tanpa perlu meminta izin dari sesiapa... Dan kalau elok pulak keluar berdua, syaitan dah msuk kat badan lelaki tu, aishhh jawabnye cam lagu "Kalau Berpacaran" lah! Macam Alzimet ke ape tah name dy... Kan dy buat nada ala2 luahan hati syaitan... Hehehe... Bukan saya nk cakap dia bnda tu, sndri paham lah ye... Malas plak nk explen pepanjang...

Ok, sekarang berbalik pada tajuk asal... Aishhh jauh betul dah... Dok cite sejarah budak2 kecik pulak! Hahaha... Ok, harapan wanita or perempuan ni sebenarnya sama je... Walau setinggi mane pun darjat seorang perempuan tu, walau sekaya mane, atau se'glamour' mane pun dia, dia tetap menginginkan untuk ditemani seorang lelaki dalam hidupnya... Bagi pendapat saya, kriteria yang saya tetapkan untuk bakal suami saya xsusah... Saya tak mintak dy tu anak PM ke anak YB ke... Tak mintak pun dy ketua askar ke... Saya hanya nakkan dialah PUTERA AGAMA SAYA, yang mampu mebimbing saya, yang sabar mendidik saya waktu saya degil, yang tabah di samping saya susah senang, yang setia memberikan sokongan, yang tak jemu memberikan kekutan waktu saya lemah, yang paling lembut hatinya dalam memaafkan semua salah silap saya...



Dia seorang lelaki yang sempurna di mata agama, di mata saya dan yang paling penting, mendapat redha dan restu kedua orang tua saya. Siapa pun lelaki tersebut, saya rasa sangat bahagia bila lelaki tue direstui keluarga... See? Harapan seorang wanita.. Hehehe...

Kalau kita yakin dengan pilihan yang kita buat, berpandukan petunjuk-Nya, tetapkanlah pendirian kite... Yakinlah dengan Allah yang sentiase tahu ape yang terbaik buat hamba-Nya.... Yakinlah dengan janji Yang Esa... Jodoh nie biasenye orang yang tak disangka2... Hehehe Memang surprise tau! Cuma...bila dah mase kite tau siapakah pasangan kita, masa tue, kita sendiri akan rase. Fad penah cakap kat saya, "Asy, ko sendiri akan rase dia jodoh ko bile sampai mase nye..." Tanx Fad! Hehe.. Kalau aku dah ase, mkne nye dah smpi jodoh lah ek? Kikikikiki... Tapi time borak2 tu, takde lah ase lagi... Sebab memang Allah nak sih fokuskan study dlu... Hehehe...

Buat 'dia' lelaki yang Allah pilihkan buatku, aku sangat bersyukur atas kurniaan-Nya padaku...
Pesanku, cintailah aku kerana agamaku walaupun ilmuku tidaklah setinggi mana...
Jangan kau tertarik hanya dengan perkara-perkara duniawi...
Kerana kelak akan membuatmu resah bila aku di mamah usia..
Tegurlah setiap khilafku kerana aku hanya insan biasa...
Setialah di sisiku untuk sentiasa menguatkan aku kala kulemah dan lelah
Kongsilah denganku setiap payah dan lelahmu
Ceritalah denganku setiap suka dan dukamu
Kerana aku ingin menjadi teman akrabmu yang setia
Dari dunia hingga ke syurga
Hanya ini impianku
Disamping aku mengejar cita-citaku...
Akan ku setia menyokong setiap langkah dan tujuanmu...
Kerana cita-citamu jua adalah cita-citaku....
^__^


This poem is credit to someone special in my heart!
Inilah harapan seorang perempuan yang bernama Siti Nur Asyrafiah binti Ahmad Sabri...
Wassalam...






Thursday, February 10, 2011

Sudah Lepas 2 Paper Exam!!!

Final sem, final year...
Agak stress jugak sebenarnya bagi saya....
Sebab apa? Thesis? Alhamdulillah saya dah berjaya siapkan thesis sebelum dateline nye.... Alhamdulillah... I praised to Allah... Saya dah berjaya siapkan dengan jaya dan completenya pada 28 Januari 2011. Alhamdulillah yang tidak terhingga pada Yang Esa sebab dah mempermudahkan kerja-kerja saya, walaupun terdapat macam2 kekangan yang kene saya hadapi... (erk...cam ayat dalam thesis lah pulak...hahaha). Due date utk thesis ialah 25 Feb 2011... Kalau sesiapa yang xbole abeskan dlm tempoh 25 Feb nie, maka kene buat shirt sem... Dga citer dari senior, kalau short-sem, event dak dekan, baju konvo kne bayar harga full... Hahaha... Agak berkira jugak lah dalam kes-kes keistimewaan yang disediakan KUIS nie... Bagi saya, walaupun yuran mahal, tapi memang puas hati... Sebab, bole dapat less yuran 15% per sem dengan syarat dean utk sem sblumnya...

15% - GPA 3.5 above
10% - GPA 3.0 above
5% - GPA 2.5 above

Bagi saya, sebagai student, tugas kita B E L A J A R dan M A N F A A T K A N  segala K E M U D A H A N yang disediakan kepada para pelajar... Jangan merungut dan kena banyak sabar (walaupun sebenarnya selalu jugak merungut dan hilang sabar...hehehe)

Oh ye... Sebenarnye rase sangat bersyukur kepada-Nya, sebab xmasuk soklan arab yang merepek2... Semalam sangatlah panik macam manalah keadaan soklan paper arab... Siap cari 'Dokter Motivasi Sukarela' untuk pulihkan semangat yang diwn gile... Hahaha... By the way, thanks 'dokter'... ;p Cuma, saya ada jugak cam bolong nyer kat setiap bahagian.. Tah ah...benda dah lepas, pasrah je lah... Tadi, bile kawan saya cek balek jopan, saya cakap kat dia, "Dah ko xyah nak cek2 lagi... Dah final sem n final year dah p0n" Haha...

Sebenarnye rase tak sabar untuk menghabiskan sesi pengajian... Walaupun sedih sebab nanti akan berpisah dengan kengkawan... Kawan2, kite jangan pernah lost contact ye....walaupun ade pulak sorg yang buat perangai tetibe me'remove' kami sekelas dr kwn fren dy... Sukati ko lah... Buatlah ape yg ko suke. Yang penting jangan kacau hidup aku suda~~

Tak tau kenapa...saya rase macam lepas batu yang berat gile pas pape arab nie... May be sebab xhabes belajar n tr0s2 nk ke final, buat saya rase seriau n xbersedia... huhuhu... Takpe3 alhamdulillah dah lepas...
Bersyukur... Namun tetap mengharapkan kejayaan 4 flat utk sume subjek sem nie... Amiin ya Allah... Moga Kau perkenankan hajat hati hamba-Mu yang hina ini ya Allah...

Sekarang, secara jujurnya...saya lebih tenang... Alhamdulillah dan bersyukur atas segala kurniaan-Nya... Semoga ketenangan ini Kau pinjamkan padaku hingga akhir hayatku ya Allah... Saya akan teruskan dengan perkara-perkara yang membuatkan saya lebih tenang... Betul... Cinta Allah tidak pernah mengecewakan manusia... Namun, di samping mengharap cinta-Nya, aku juga tak lupa untuk menyelitkan sekeping doaku yang tulus mengharapkan cinta daripada pilihan-Nya ini terus berkekalan hingga ke syurga... Amiin... Terima kasih ya Allah... Buat 'dia' yang mengahdiahkan lagu 'For The Rest Of My Time', memang sesuai lah buat lagu tema nanti ye~~ Hihi...

Sambil tengah2 menulis nie, dengar lagu... Elok pulak bukak lagu 'For The Rest Of My Time'... Ya Allah, aku sangat2 menghargainya ya Allah... Dialah lelaki sejati yang pernah kutemui di dalam hidup ini selepas ayah... Moga Kau restukan perhubungan kami dan permudahkanlah segala urusan ya Allah.... Moga 'dia' lelaki terbaik yang Kau pilih untuk menjagaku, selepas 21 tahun aku dijaga dan ditatang oleh mama dan ayah... Ya Allah... Semoga 'dia' terus kekal dalam agama-Mu, dia terus bangga dengan agama yang Engkau pilihkan padanya... Sampaikan padanya, jika dia hilang cintanya pada-Mu, maka aku tidak gentar untuk meninggalkannya... Sesungguhnya, aku sentiasa memohon kebajikan yang melimpah ruah ke atas'nya' dan keluarganya.... Namun, doa buat kedua ibu bapaku tidak sesekali kulupakan....

Sedang mem'plan' rancangan terbaek untuk 10 hari yang berbaki sebelum exam 2nd phase... Haha bole pulak exam ade phase2 segale... Hehehehe.. Ok, nak tulislah planning yang terbaek supaya kalau saya lupe, ade tempat saya nak rujuk..

1- 11/2/2011 : Study law & buat nota
2- 12/2/2011 : Kenduri kawen abang Kak Raudhah
3- 13/2/2011 : Past year question Nizhamul Qada'
4- 14/2/2011 :
5- 15/2/2011 :
6- 16/2/2011 : ITNM
7- 17/2/2011 :
8- 18/2/2011 :
9- 19/2/2011 :
10- 20/2/2011 :

Terase macam banyak mase kosong... Haaaa yang kosong nie, adalah rancangan untuk study, tapi subjek ape, tak ditentukan lagi... Hehehehe

Oke lah sume... Nak out dlu sebab ltih exam pastu jalan pulak k PP...
Daaaaaaaaaaa
Salam...
^__^



Tuesday, February 8, 2011

I Miss You My Blog!!!!!!!!

Salam....
Lame gileeeeee xjadi peng'update ' tegar blog nie.... Sori blog... Sebab saya ada blog yang 'lebih memerlukan perhatian saya'... Teeeeeettt.. Hahaha

Sebenarnya, sepanjang saya hilang sekejap dari blog nie, saya sedang berfikir dengan serius tentang sesuatu perkara yangamat penting bagi saya... Memerlukan pemerhatian yang khusus dan perancangan teliti.... Memerlukan fokus yang tinggi demi mencapai kebaikan bersama... Lama saya berfikir dan berfikir... Namun, berfikir sahaja tak mencukupi sebab bagi saya....kita tetap perlukan petunjuk Yang Esa... Siapalah kita untuk membuat sesuatu perkara tanpa bimbingan Yang Esa....

Saya sangat mempercayai petunjuk-Nya melalui istikharah.... Lalu kumulai malam itu dengan istikharah di dalam bilik di rumahku... Sengaja aku melaksanakannya di rumah kerana aku tau, di rumah aku lebih tenang dan boleh fokus. Kalau kat KUIS kang ngah solat ade pulak yang datang ketuk pintu... Haishhh... Haha... Kutenangkan fikiran dan hai, kukosongkan segalanya agar hanya berpusat pada Yang Esa... Alhamdulillah, kutemui jawapan yang sempurna dari Yang Esa.... Moga setiap gerakku mendapat panduan yang terbaik dari-Nya...

Aku teruskan berdoa dan berdoa yang terbaik untuk masa depan bersama.....
Ya Allah... Tetapkanlah hatiku di jalan yang benar...
Ya Allah.. Kau kuatkanlah aku untuk berada di sampingnya, dari dunia hingga ke syurga...
Kau izinkanlah aku menjadi teman sejatinya kala suka dan duka dalam setipa langkahnya....
Kau kuatkanlah semangatnya dalam mengharungi hidup ini...
Kau bimbinglah kami dengan panduan kitab-Mu dan sunnah Rasul-Mu ya rabb....
Kami mengharapkan berkat dari-Mu dan bimbingan-Mu....
Kerana kusedar, setiap kekuranganku, dialah pelengkapku
Begitu juga dengan kekurangannya, maka akulah pelengkapnya
Ku merafakkan kesyukuran pada-Mu ya Rabb kerana mengizinkan aku bertemu semula dengannya dalam keadaan yang terpelihara...

Ya Allah...Kau jagakanlah dia sebaiknya buat masa ini, kerana aku masih belum mampu menjaganya...
Kau izinkanlah aku menggembirakannya kala dia dalam kesedihan....
Sebagaimana apa yang dia selalu lakukan padaku tika aku diselubungi kesedihan
Seikhlasnya dariku, aku sangat menghargai kehadirannya dan aku sangat menyayanginya
Aku memilih untuk setia di sisinya ya Allah....
Kuatkan hatiku kepadanya biar pun diuji dengan pelbagai dugaan...

Ya Allah, kumohon Kau rahmati perhubungan iini
Ya Allah... Kau percepakanlah jodoh kami ya Allah...
Agar kami lebih tenang dan saling kuat
Dalam mengharungi susah senang bersama...
Agar kami rasa lebih terpelihara...
Dengan cinta yang di bina berlandaskan akad yang suci...
Bukanlah nafsu serakah semata-mata....

Ya Allah.... Dia lelaki yang sangat baik untuk kulukakan perasaannya...
Aku sangat2 menghargainya segala pengorbanan yang sanggup dilakukannya demi masa depan bersama...
Ya Allah... Kau permudahkanlah jalan kami
Kau makbulkan setiap yang kami minta ya Allah....
Kami minta dengan seikhlas hati dan merendah diri...
Kabulkan ya Allah......