Saturday, June 14, 2014

Tekak Fefiling Barat La Citenye..

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar readers? Kalau tengok hari, semakin hari, semakinlah dekat dengan Ramadhan. Semoga Allah sampaikan kita semua ke bulan yang mulia, bulan yang dinanti seisi dunia yang beagama Islam. Bulan barakah.

Saje nak menconteng. Tak ada apa yang penting. Cuma lately ni, terasa tekak macam nak telan makanan Barat je. Hamboiiii nak yang kelas jew!! Tapi tapi tapi, saya ada satu habit. Saya lebih suka hentam masak sendiri, daripada makan yang segera *walaupun makan jugak yang kat kekedai ni*. Bukan apa, saya berpendapat, sesedap mana pun kedai, kita tak tau apa yang dia letak. Mungkin terlebih ajinamoto ke, ada ingredient yang tak ada tanda halal ke.. Itu realiti dalam dunia makanan kedai. Dan saya jenis, kalau suka makan, baik kita cari resepi dan buat sendiri. Lebih yakin untuk makan sendiri! :D

Haritu, Yana (adik no empat saya) suruh saya buat mini pizza. Saya suka tengok page Thinkarete Lifestyle, dia macam inspiration sikit bab-bab memasak. Cara masak yang simple. Okay, ni lah cerita mini pizza last week.

Carilah yang HALAL ye ^^v


Lupe nak bagitau kat ingredient, yang macam hijau-hijau tu, dried Parsley flakes tau. Hehe


Tadaaaaaa!! Terserlah kecompang-campingannya.


Semalam, saya balik rumah sebab kan first week study. Kelas tak seberapa nak pack sem ni. Setiap hari kelas seketul-seketul. So, cabutttttttttt! Paling lawak bila malam, ayah balik, ayah jenguk saya dalam bilik, ayah cakap gini, "Macam anak kucing. Duduk kuis baru dua hari, dah balik rumah." Saya jelir lidah je kat ayah bila ayah cakap gitu. Hahaha

Ok, ceritanya bila saya balik, Ayel cakap kat saya, "Kak, kalau Ayel dapat nombor satu sekolah agama, kamu buatkan kek coklat ye." Itu makanan yang dia booking untuk akan datang ye. Diulang, untuk akan datang. Semalam pulak, masa saya dengan Yana search resepi, terus Yana suruh saya buat aiskrim. Cantik sangatlah. Aiskrim senang sangat dan rasa dia sangat creamy! Saya pinjam resepi daripada blog Cik Apple. Serius korang!!! Try tau kalau free. Super delicious! Rasa macam nak menjerit kesukaan sangat bila aiskrim yang buat sendiri ni, masuk dalam mulut dan melting dengan perfection! Gambar takde, tak sempat amek. Hihi. Bahan, korang tengok kat blog Cik Apple tadi.

Dan ceritanya, saya memang sangat suka tengok cerita masak memasak ni, walaupun tak terror memasak. Hahaha Cerita yang saya tengok sekarang, tajuk dia "Pasta" Dalam cerita ni, saya belajar nama-nama pelbagai jenis masakan Italian Pasta. Pasta al Pesto, Creamy Pasta, Aglio e Olio, Meatball, Gratin Macarony. Selama ni memang lebih prefer Bolognese dan Carbonara, tapi yang saya lebih suka off course Carbonara. Nak dijadikan cerita, saya curious gile nak tau rasa Aglio e Olio. Masa balik, kat KL Sentral ada nampak satu kedai ni, ada jual Aglio Olio ni, tapi macam tak berani la nak cuba. Macam ragu-ragu sikit la. So, saya pun bila sampai rumah, beli lah bahan-bahan yang patut. Godek sendiri dalam periuk and rasa Aglio sendiri. Haha. Aglio Olio ni rasanya pasta paling simple la bahannya. Yang ni pun takde gambar. Malas pulak nak amek gamba nye. U know, mama said it omelette! Berapa kali betulkan, mama tu bukan omelette laaaa tu Aglio e Olio... Mama still sebut omelette.. U can mama, as long as u happy. ^_^ 

Apa yang kita makan, akan menjadi darah daging kita. Bukan setakat pada diri kita, malah ia akan berkembang dalam keturunan kita. Carilah makanan yang berkat, sebagai salah satu cara menjaga kualiti diri dan keturunan. Makan pulak berpada-pada sebab makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

Lepas ni, nak try cheese cake la pulak. Adik no 2 dah order cheese cake leleh. Mesti korang bahagia kan, order je dari kakak? Hahaha Tapi inilah yang buat saya gembira. Buat saya belajar erti bahagia dalam memberi. Erti bahagia seorang ibu, seorang isteri *walaupun belum jadi lagi*. Kita memasak untuk orang yang kita sayang, dengan ikhlas dan gembira tengok diorang makan, sampai tak sedar kita pun tak makan lagi. Bahagia! Itu je yang mampu saya cakap. ^__^

Thanks for reading this nothing.
Sampai bertemu kembali nanti. 
Wassalam.. ^_^

Thursday, May 22, 2014

Perjalanan Bersama Laksamana Sunan.

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..


Hello readers! I do miss my blog, menconteng-conteng dan membebel-bebel di sini. Banyak dah tulis tajuk untuk blog. Tulis sebaris dua dan end up dengan malas nak sambung menulis. 


Kali ni, saya nak share tentang karya salah seorang novelist yang memang buku beliau, ada yang kene dengan genre yang saya suka baca. Mengenai Laksaman Sunan. Pertama kali, saya memanjakan diri saya untuk membeli buku novel bersiri-siri panjangnya *dan buku yang the latest pun masih ada sambungannya*. Sebelum ni, pernah baca buku novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Ada lagi sambungan tapi tak sempat nak habis, sebab buku tu orang lain punya. Bookfair tahun 2014 kali ni, merupakan bookfair yang terakhir saya gunakan BB1M saya sebagai degree student, telah melabur untuk beli buku-buku ni. 


Cerita ke bookfair pun bagi saya, lawak juga. 29 April 2014, saya ada terbaca notis di MyLMS kuis bagitahu, 1 Mei, BB1M tak boleh guna untuk beli selain daripada buku-buku ilmiah. So how? Risau pulak saya sebab saya memang bercadang nak beli set novel Laksamana Sunan. So dengan tekad dan sem,angat *cewah* saya pergi ke bookfair pada 30hb April 2014, sensorang sebab adik-adik sekolah. Kebetulan hari tu ada adik saya yang pergi ke bookfair tapi dengan school trip la.

So, disebabkan pergi sorang, tak beranilah nak stay lama-lama. Pergi terus ke tempat buku yang saya nak beli, grab it fast dan balik cepat. 1 Mei, saya memulakan 'journey' saya tenggelam dalam dunia yang dicipta oleh En. Ramlee Awang Murshid. Senarai turutan buku tersebut ialah  Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, Sunan Musafir, Sunan Nanggroe Sang Kembara. Saya mengikut gerak hati saya untuk membaca buku-buku ini terlebih dahulu walaupun bercadang untuk siapkan bab tiga tesis semasa cuti ni. Hehe Pelbagai watak yang saya kenal. Watak masing-masing mempunayi mesej tersendiri yang nak disampaikan.

Alhamdulillah, pengembaraan saya menelaah tujuh siri buku ini telah berjaya dan saya mendapat pelbagai mesej yang baik sepanjang pengembaraan saya. So, saya tulis dalam bentuk point lah supaya senang dibaca.

1- Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Jadi, jangan pernah gentar dengan musuh Allah kerana Allah lah pemilik kuasa terampuh. Tugas kita, tegakkan apa yang benar mengikut garis pandu kitab-Nya, sunnah baginda Rasulullah SAW.

2- Keberkatan ilmu sangat penting dalam kehidupan. Dalam cerita Siri Laksamana Sunan ni, ilmu yang diketengahkan adalah gabungan ilmu tauhid dan ilmu kependekaran. Apply dalam dunia kita, tak kira ilmu apa yang kita dalami, dalami dengan jujur dan ikhlas.

3- Jangan riak, ujub, takbur dengan kebolehan diri sendiri, sebab itu semua hanya pinjaman Allah. 

4- Jangan berdusta. Jika orang mendesak kita memberitahu satu perkara, tapi kita perlu sembunyikan perkara tersebut, maka berdiamlah lebih baik dari berdusta.

5- Ilmu yang paling susah untuk kita miliki ialah ilmu ikhlas, tawakal, bertenang dan jangan cepat marah. Apabila kita marah, kita adalah tunggangan syaitan, yang kita mungkin boleh melakukan hal-hal yang di luar batasan.

6- Ke mana pun kita pergi, apa pun yang kita buat, restu kedua ibu bapa sangatlah penting. Jangan perlekehkan mustajabnya doa ibu bapa. 

7- Perbanyakkan zikrullah untuk melatih diri bersabar dari amarah yang membakar.

8- Jangan terpedaya dengan keindahan dunia seperti arak, godaan wanita. Kelak sendiri yang binasa. Dunia bukanlah tempat untuk kita berehat, sedangkan syurgalah tempat rehat yang abadi.

9- Jagalah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana terbabas dalam pergaulan merupakan kunci fitnah. 

10- Hidup ini cuma sedetik, akhirat itulah negeri abadi. Siagalah beramal sekuat habis, agar bangkit diakhirat dengan senyuman yang terukir.

11- Bercintalah, dengan cara yang halal. Dan jangan sesekali menjadi hamba cinta manusia. Kejarlah cinta Allah, kelak kita juga akan dicintai.

12- Berbuat baiklah kepada orang yang telah berbuat jahat kepada kita. Kita tidak akan rugi, malah itu juga salah satu metod dakwah Nabi SAW.

13- Lebih baik tersalah ampun, daripada tersalah hukum. Ayat cuma sebaris tapi cukup tajam menikam. Perlu diaplikasikan dalam setiap lapisan masyarakat, sama ada dalam keluarga kecil, organisasi sekolah, organisasi apa-apa pun. Selidik dengan lebih mendalam untuk mendapatkan bukti. Pastikan bukti dan saksi yang ada bukanlah bukti dan saksi yang boleh 'dibeli'. 

Sungguh, saya jatuh hati dengan karya bersiri yang ini. Karya bersiri mengenai Laksamana Sunan ini, genre klasik + moden. Saya teringin berada zaman melayu yang dahulu, yang mana manusia menuturkan bahasa yang lembut, beradab. Jauh lebih baik daripada bahasa-bahasa zaman sekarang. Pertama kali bookfair kali ini, saya spend RM300++ membeli buku. Saya tak terkejut, tapi saya rasa jauh lebih puas memiliki buku, daripada bershopping baju *walaupun dua-dua saya buat*

Tidak ada manusia yang dicipta sempurna. Justeru, manusia sekitar kitalah yang akan melengkapkan hidup kita, memberikan seribu satu pengajaran. Kita akan belajar pelbagai benda dengan manusia yang pelbagai ragam di sekitar kita. Bersabarlah, kerana sabar itu indah akhirnya. Membuahkan kebahagiaan. 

Senang bercakap, senang menulis, senang menasihati orang tapi percayalah, sukar untuk kita laksanakan. Berusahalah melakukan kebaikan selagi masih berkesempatan. Jangan pernah berhenti belajar dengan alam, dengan manusia, kerana sekolah kehidupan tidak pernah menjanjikan tamatnya tempoh belajar melainkan sampainya ajal menjemput.

Sekian dahulu sampai sini.
Wassalam.
















Awan, andai dapat kucapai, maka saktilah hamba.



Thursday, March 13, 2014

Journey as A Final Year Student.

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Fuh! Fuh! Fuh! Sapu-sapu sikit blog yang dah lame tak diconteng. Conteng dengan pelbagai warna kehidupan. Sebab, jadual yang pack *yeke* dan jugak ketiadaan internet nak berblog 24jam. 

Macam-macam perkara yang saya lalui sepanjang sem ni. Berada di tahun akhir, semester kedua terakhir sangat mencabar. Baru degree. Belum lagi Master, Ph.D, brlum lagi jai lawyer, belum lagi jadi seorang isteri, ibu yang berkerjaya. Ok, ni bukan gatal. Tapi ini berfikir ke hadapan. Ngeh3

Minggu ini, minggu study week bagi student KUIS. I'm one of 'em tapi dengan hati yang senang, tak start lagi study. Study belom start, blogging boleh? Haha Ok, ketepikan lima saat soal belajar. Sekarang, saya nak fokus menconteng.

Saya nak throwback apa yang berlaku sepanjang sem ni. Masa masuk sem, macam biaselah. Busy amek jadual. Assignment dan presentation itu makanan lazim student lah. Memandangkan saya berada dalam sem 7, kerja semakin mencabar. Sem 7, bukan setakat rasa best dressing white-and-black, tapi dah didedahkan serba sedikit mengenai how to be a lawyer. Belajar membentuk sebuah pasukan, pemfailan, sebutan kes, penghujahan, perbicaraan penuh. Sem ni ialah sem yang banyak kali tido lambat *bagi saya yang memang tdo awal* dan ada masa sampai tak tido malam menyiapkan kerja-kerja. Mengeluh? Bukan. Menyesal ambil jurusan perundangan? Jauh sekali. Waktu sampai masa untuk tidur lambat atau tak tidur langsung, saya ingatkan diri saya, ini baru kerja kecil. Belum jadi lawyer. Belum berkahwin dan berkerjaya. Jadi, saya cabar diri saya untuk menyelesaikan kerja-kerja saya dengan sehabis baik. Tidur, lain-lain kali boleh. Kualiti kerja yang paling penting. Tapi, sampai masa ngantuk, saya tdo je. Tak peduli dah kiri kanan.

Saya juga tak lupa untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi kerjasama dengan saya sepanjang sem nie. Tq banyak-banyak pada Abg Fahmi, pegawai Mahkamah Rendah Syariah Klang yang banyak bagi info untuk saya prepare sesi perbicaraan penuh kes "Perkahwinan Bawah Umur". Kepada teammate, Tetuan Nadrah & Co.; Hatem, Ayied dan Fizah, tq korang untuk full cooperation. Alhamdulillah, saya dan Fizah antara yang dapat anugerah best mooter dari sir. Thank you sir! Seterusnya, kepada Thahar sebab tolong cut video untuk presentation subjek keterangan. Terima kasih membantu. Puan Bie puji, kami punya presentation adalah presentation yang terbaik. Kepada ahli Tetuan Imtiyaz & Associates, Hashlinsyah, Hariz, Khursyiah, Fizah, Muhsinah; terima kasih korang. Saya banyak belajar dari mereka mengenai selok-belok pengurusan kepeguaman.


Mid-term? Alhamdulillah. Allah masih sudi berikan yang baik-baik pada saya yang pemalas nie. Thesis, berulang-ulang hamdalah pada Yang Esa sebab sangat memudahkan saya. Tajuk tesis saya ialah mengenai Kecuaian Guru di Malaysia: Satu Kajian Menurut Undang-Undang. Lebih banyak sumber rujukan dalam English, dan alhamdulillah, saya sahut cabaran saya kepada diri saya, untuk menterjemahkan sumber rujukan tersebut untuk digunapakai dalam tesis saya. Alhamdulillah, saya dah berjaya settlekan bab 1 dan bab 2 walaupun dalam kepadatan masa yang ada. Saya nak kongsikan pada kawan-kawan, saya sangat gembira sebab Allah mempermudahkan kerja saya. Dan paling saya suka bila Sir cakap, "Awak salah sikit-sikit je ni. Bahagian teknikal." Maksudnya, saya tak perlu untuk buat pembetulan yang perlu dihantar kepada Sir, untuk Sir semak kali kedua. Kesalahan teknikal yang saya buat tu, kira macam Sir suruh adjust sendirilah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Saya sangat tak jangka, sebegini mudah Allah permudahkan urusan saya.

Haritu, Ustaz Syuhadak ada panggil saya untuk berikan sikit motivasi kepada adik-adik sem 3. Terkejutnya saya bila Ustaz suruh saya, sebab saya rasa, ramai lagi yang hebat-hebat. Saya berterima kasih kepada Ust Syuhadak sebab bagi saya peluang untuk berkongsi tips untuk hadapi exam, walaupun sebenarnya raaaaaamai lagi yang hebat-hebat dari saya. Saya rasa, nak kongsikan juga di sini. Nak berjaya dalam exam senang je. Sesiapa pun boleh. Serius! Yang susahnya ialah menjaga keberkatan ilmu yang kita ada. Bukan mudah tapi tak mustahil. Antaranya, jaga adab dengan guru, jangan kutuk-kutuk guru, masuk lebih awal dari guru *pernah jugak saya lambat hehe* cakap dengan guru penuh sopan, muliakan buku, hormat parent, jangan sakitkan hati parent, mintak mereka doakan kita. Dengan kawan-kawan pun jaga hubungan. Jangan meniru masa exam, walau sesusah manapun soalan, sebab di situ punca keberkatan ilmu. Kalau pernah meniru, minta maaflah dengan guru.

Kita nak berjaya, bukan semata-mata usaha kita yang buat kita berjaya tau! Jangan lupa diri. Amalkanlah perkara-perkara sunat, contohnya puasa sunat, solat sunat dhuha, tahajud. Realitinya, kita sanggup bangun pukul 3, 4 pagi untuk stay up. Kenapa tak luangkan 5-10 minit untuk bertemu dengan-Nya? Mohon keberkatan dari-Nya? Kenapa kita kedekut masa yang DIA pinjamkan pada kita? Kadang kita mungkin rasa, "aku takde mase lah nak tahajud, aku baru nak start study." Anda boleh jamin ke, apa yang anda study tu kompem ingat?? Sebab itulah gunanya, dahulukan solat sunat, mohon Allah permudahkan. Kerana Allah itulah yang mengizinkan untuk kita ingat atau lupa ilmu-Nya.


Lagi...ape ye? Macam panjangggggg je menconteng nie.. Haha Sampai sinilah dulu. Nanti kalau rajin, nak conteng lagi. All da best kawan-kawan. Exam juga medan dakwah. Kerana result dan ilmu yang kita ada, kita akan gunakan sebagai senjata untuk menawan dunia!


Thanks readers for reading my nothing view.
Semoga dapat bagi kita sedikit manfaat..
Wassalam..

Lots of love,

>  

Friday, January 10, 2014

Bahang Final Year!

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt semua!

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak update this beloved blog. Konon-konon mase kelas, sangat2 busy. Bile balik rumah pun, ada cerita nak tulis tapi baru start sebaris dua dah malasssssss sangat nak sambung next sentence. So, how? Haha

Ok, kali ni nak berkongsi pengalaman sebagai final-year-degree student. Final year ialah masa yang saya rasa majoriti akan tunggu. Tertunggu-tunggu dan tak sabar untuk menamatkannya. Serious, I'm one of them! Kita tak boleh nak lompat2 sem, dari sem 1, tiba2 kita lompat ke final year. U cant ok! Never dream for that! Haha. 

Sem 7, Jadual alhamdulillah, takde la apdat sangat. Macam banyak lah jugak mase kosong. Dan kali ni, hari Jumaat takde kelas! Hari Khamis pulak, kelas habis dalam pukul 1.30 gitu.Yehhuuuuuuu! Bolehlah balik dengan hati yang gembira (gembiralah sangat, banyak kerje tunggu). Sebenarnya, walaupun banyak masa kosong, tapi tetap rasa macam jadual sangat pack, sebabnya masa kosong tu lah memang akan digunakan untuk discussion. Nak pulak sem nie, ada dua subjek law, memang lecturer nak kami bekerjasama dengan lelaki, sebagai latihan awal menghadapi dunia realiti nanti. Subjek tersebut ialah Amalan Guaman Syarie I. Nama firma kitorang, Tetuan Imtiyaz & Associates. Team group saya ada 6 orang, saya, Muhsinah, Khursyiah, Hafizah, Hariz Shah & Hashlinsyah. Satu lagi subjek, Tatacara Mal. Yang ni pulak, nama firm group kami, Tetuan Nadrah & Co. Teammate saya ialah Hatem, Syahid dan Fizah.

Tetuan Imtiyaz & Associates.

Bekerjasama dengan lelaki ni ada pro dan kontra. Pro-nya, banyak idea yang di luar jangkaan yang boleh kita dapat. Cooperation yang bagus, tolarate (yeke?? hahaha) dan yang paling penting, bila group dengan lelaki, masa discussion takkan kacau masa tidur saya. Tu yang paling penting! Haha Sebabnya, kalau sesama perempuan, kan sesame dok ostel, boleh buat discussion malam-malam, sampai larut malam. Sampai larut malam tu yg xbest, sebab masa tidur dah kene tolak! Haha Balik-balik tidur.

Pastu, sem nie belajar Undang-Undang Keterangan (Sivil) Puan Bie ajar. Best sangat! Sebab subjek memang best dan Puan Bie pun sangat kelakar. Subjek nie kan, dy lebih macam keterangan orang dalam mahkamah. Kalau rajin tengok CSI, Conan, hah! Elok sangatlah cerita-cerita gitu tau! Sem lepas, saya amek tort. Tak tau la kenapa, tapi memang tergerak sangat hati nak tengok cerita I Hear Your Voice. Cite Korea. Saya secara jujurnya, takde layan yang layan gile cite Korea nie. Ikut cerita lah. Tapi, lepas tengok cerita nie, saya terus gigih mencari cerita Korea tapi yang prinsip crita dy ala lawyer-lawyer gtu. Takpon pasal Prosecutor. And saya jumpa satu cerita nie, Incarnation of Money. Serious, suka sangattttt! Dia part love-love takdelah heavy gile cam cerita-cerita cinta yang memang tema dy pasal love. Crita tema love nie sy malas siket nak layan secara jujurnya. Sebab cite-cite gitu cam menyumbang kepada feeling sorang2. Hahaha.

Subjek yang agama pula ada 2, siyasah & qanun dustur. Dua-dua ni macam lebih kurang la content dy. Pasal perlembagaan dan politik menurut Islam. Cemana application pada Malaysia. Adakah Malaysia ni ikut politik & perlembagaan Islam ke ikut Barat. Gitulah subjeknya. Biaselah, dah last-last nie, belajar lah teori-teori yang akan kami hadapi secara realiti selepas ini. 

Last but not least, my beloved thesis. Thesis saya alhamdulillah, seperti yang saya minta, dapatlah dengan Sir Mohd Farok bin Mat Nor. Saya bersyukur sangat, tajuk yang saya dapat masih dalam lingkungan yang saya nak, iaitu civil law. Tajuk je dalam Bahasa Melayu, bahan-bahan rujukan yang dalam BM, 4 buku sahaja. Yang lain-lain, BI. Dan Allah bagi saya peluang untuk saya cabar diri saya, untuk siapkan tesis dalam bahasa melayu yang sumber rujukan memang majo English. Tajuk tesis saya, "Kecuaian Guru di Sekolah: Satu Kajian Menurut Undang-Undang." Ada kawan saya komen, tajuk ko senang. Saya senyum. Tajuk macam senang, nak cari bahan kena gigih. Kena jangan cepat putus asa, kena kuat semangat. Terima kasih pada Nyrah & Syida terutamanya, menjadi tourist-guide saya sepanjang di UIA. Banyak-banyak library yang saya pergi, UIA lah paling thumbs up! Cakap je buku apa, mesti ada. Bestnyeeeelah kalo gtu. Tapi, kawan2 yg dah g UM cakap, UM lagi best. Saya xtau sebab tak pernah g lagi.

Kesimpulannya, menjadi final-year-student, semangat kena doublekan. Lagi bagus kalau triplekan, even kita masih single (eh???) Yelah, ada jugak kawan-kawan yang dah bergelar mummy, daddy, still struggle dalam batch saya, I do respect all of them. How they can manage their times perfectly in my eyes because they didnt just as a student, but they also as a parent, as a spouse. They have to do extra works than me. I dont know if I can be as good as 'em if I in their shoes. That's why, Allah said in Koran in al-Baqarah, verse 286:
"Allah akan menguji seorang manusia itu mengikut kemampuannya."

Kat sini jugak saya nak ucapkan tahniah buat kawan-kawan sekelas masa Diploma yang dah bertunang dan bakal bertunang. Happy for uols girls! Bie, Aini, Syera dan bakal menyusul Jumaat depan nie, Atul. Congrate3 korang. Boleh pulak diorang plan dalam masa dekat-dekat nak buat kenduri. Korang jangan wey. Bukan semua orang Selangor. Sorang Kelantan, Johor, Pinang.. Phewwww Jalan-jalan satu Malaysialah jawabnye~

Sbenarnya, nak share dengan korang2 tentang talk yang ada kat KUIS, yang saya follow. Tapi, buku tu tertinggal dekat asrama. Insya Allah lain kali ye saya share.

Sampai sini dulu. Ketemu lagi lain kali.
thanks for reading this nothing. ^_~
Wassalam.