Monday, September 26, 2011

Buat Teman Tersayang

Memandang langit yang gelap di langit, membuatkanku teringat kepada teman yang paling ku sayang. Lama dia menyepi... Dengan sikap menyepi itu, membuat aku sedikit terasa, adakah dia sudah benar-benar tidak akan ambil peduli tentang aku selepas aku memuutuskan untuk menolak tawaran menyambung pengajianku peringkat Ijazah di UniSZA?

Temanku tersayang,
Keputusanku ialah apa yang aku buat setelah kutimbang baik dan buruknya. Setelah aku mengikut gerak hati dan mampuku. Aku tidak mampu untuk turut serta berjuang bersama kalian. Apakah itu penyebabnya engkau menyepi? Marahkah engkau dengan keuptusanku? Bencikah engkau pada diriku teman?

Teman,
Aku punya alasan tersendiri, yang tak mampu kuungkapkan padamu buat masa ini. Mungkin bila tiba saat yang reda, bila tiba Subuh yang dingin, bila tiba senja yang cemerlang, akan kuungkai satu persatu alasanku. Bukan sekarang teman... Bukan...

Selama ini, suka duka kita kongsi bersama. Saat ini terasa sepi sekali. Aku cuba memujuk diri ini, suka duka tanggunganku sendiri. Temanku, maafkan aku andai selama ini cerita yang kukongsi denganmu membebankan fikiranmu, menyesakkan juwamu. Kumohon keampunan darimu teman. Dan kalau dengan menyepi ini kau rasakan hukum terbaik buatku, aku redha... Kerana nikmat persahabatan itu juga, datangnya dari DIA, DIA juga yang berhakmengambil kembali, dan aku akan cuba kuat, sekuatkuatnya untuk tabah jika persahabatan ini sudah berakhir.

Sakit rasanya andai sebuah persahabatan yang dibina dengan kasih sayang dan belas ihsan musnah dengan mudah. Selama kau mendiam, aku juga menyepi. Takut jika pesanan ringkas yang kuhantar, mengganggu waktu belajarmu di sana teman. Kita sama-sama diam. Tapi dalam diam, sudilah kau dengar panggilanku teman. Aku merindui gelak tangis kita bersama. Kau mengenaliku setiap inciku. Kau mendalamiku setiap tawa dan tangisku. Maafkanku teman, jika selama ini tangisku menyusahkanmu. Aku bukan teman yang terbaik buatmu.

Jika hilang persahabatan ini, rasanya lebih sakit dengan hilang sebuah cinta pada seorang lelaki... Teman, sesungguhnya, aku sangat menyayangi dirimu dan hanya pada-Nya, aku bergantung harap, supaya DIA menjaga engkau, duhai teman tercinta.... Namamu tak perlu kupaparkan cuma aku berharap agar DIA menggerakkan hatimu untuk membaca bingkisan ini. Maafkan aku andai coretan ini mengguris perasaanmu, mengganggu ketenanganmu teman. Jangan risau, aku akan berdiam berhenti mengganggumu teman... Salam sayang buatku untukmu temanku... ^_^

p/s: dalam keadaan tak berapa nak sihat, sempat lagi buat ayat-ayat puitis. okey, nak out dan tak tau bile nak menulis lagi kat blog. tc semua yang sudi baca! ^___^


Sunday, September 18, 2011

Yang Dinamakan Rezeki Itu Bukan Hanya Satu...

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Pernah dengar tak lagu nie? Lagu 'Doa Dhuha' by UNIC.

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Ok nie translation dari bahasa arabnye.. Saya sangat suke dengar lagu nie and saya ajar adik2 untuk hafal. Suke bile dengar Ayel yang nyanyi, sebab dengan pelat budak2 yang berumur 4 tahun. Sungguh comel! Ok, bukan sape yang comel jadi fokus untuk isi blog saya kali nie.. Tapi, yang saya nak fokuskan ialah R.E.J.E.K.I. Yeaahhh Itu dia ala-ala Indon!


Base on ape yang dah berlaku memang pahit nak ditelan. Betul, ape yang benar itu ialah suatu yang pahit untuk kita terima kebenarannya.. Dalam termenung panjang saya berfikir... Bukan semua yang kita nak tue Allah akan bagi, dan bukan semua yang kita nak tu yang terbaik untuk kita. Allah tak bagi ape yang kita nak sebab DIA tahu, ada rezeki lain yang sedang menunggu. Ada rezeki yang lebih baik untuk kita. Allah sendiri dah pujuk kita, supaya jangan sedih dengan apa yang kita tak dapat...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  {Surah Al-Baqarah: 216}

Ayat ni famous. Bukan saya tak pernah belajar, bukan saya tak pernah dengar, bukan saya tak pernah tahu kewujudan ayat nie dalam al-Quran. Alhamdulillah, tahu... Cuma ada masa diri ini khilaf dalam percaturan hidup. Terduduk senyap pabila ditimpa musibah. Terfikir apakah aku tidak berguna, apakah silapnya aku kerana tak dapat yang aku ingini, apa lemahnya aku berbanding kawan-kawan yang lain. Astaghfirullahal 'azzim... Ampunkan khilaf hatiku ya Allah... Sesungguhnya aku insan yang lemah, gantikan hatiku yang rosak dengan hati yang baru. Semoga dengan sekeping hati yang baru, aku bisa meneruskan hidup ini, lebih tabah menempuh segala  cubaan yang mewarnai kehidupanku.


Rezeki bukan hanya satu. Bukan hanya tempat belajar, buakn hanya tempat kerja, tapi banyak lagi yang kita tak sedar Allah dah pinjamkan pada kita rezekinya, tanpa perlu dibeli atau dibayar sesen pun. Rezeki sebuah keluarga yang baik, rezeki duit raya, rezeki pandai dalam pelajaran, rezeki kelebihan-kelebihan yang Allah pinjamkan, rezeki belajar. Banyak sebenarnya rezeki lain yang kita terlepas pandang. Yang kadang-kadang kita sampai pikir kenapa Allah kejam dengan kita tak bagi kita apa yang kita nak. Nauzubillah. (Part nie samelah macam tolak qada' dan qadar, banyak dalam lelagu or cite2 Indon.) 

Allah know the best for us. Dont worry, just stay at HIS line, and HE will give more and more than you want!
Haaaaaa Cube kenang balik, mase dapat nikmat mesti kite rase best, bile dapat dugaan kita nagis. Nangis itu benda tak leh elak lah even u is a girl or a boy coz tears appears in every single of human's body. Gunakan tangisan pada jalan yang betul, jangan salurkan tangisan untuk benda yang salah...

Ok, back to the topic, banyak lagi rezeki lain yang Allah janji nak bagi pada kita, jangan tutup pintu rezeki kita dengan tangisan penyesalan atau tangisan rasa ketidak bergunaan. Wake up dear! Wake up! Never let the syaitan to control you! Mase2 cengginilah setan memang suke dok pasang2 jarum kat kita. Back to Allah, you will feel safe. Bia Allah yang tentukan kehidupan kita, sebab DIA pencipta kita.. :)
*Nanti mase bace mathurat, jangan baca arabnye aje, hayati sekali maksudnya...*

Thursday, September 15, 2011

Ya Allah... Tabahkan Sekeping Hati Yang Lemah Ini....

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Hari nie, dengan takde angon takde ribut, Nad, ex-classmate saya kol tanye rayuan saya dapat mane dan dia informkan kat saya bahawa buah hatinya dapat kat UKM. Berderau darah saya! Terus saya bukak internet, nak tau keputusan rayuan. Mama setia berdiri kat sebelah saya. Bile dah masukkan ic no. sume, saya cakap kat mama, jangan harap ape-ape. Dan BETUL! Saya sekali lagi diuji dengan ketiadaan rezeki untuk sambung belajar buat masa ini, rayuan saya ditolak. Mula-mula saya terdiam, kaku, buntu... Lagi buat saya pening dan tertanya-tanya bila ramai kawan-kawan yang lain dapat ke UM, UIA, UKM... Masa tu memang saya sungguh-sungguh celaru... Teruk sangat ke keputusan saya? Saya punya rayaun tak sampai ke atau ada ape-ape masalah. Dokumen sokongan yang saya anta tak sampai ke?

Dan hari ini, saya menangis lebih banyak daripada tau keputusan UPU 1st intake dlu. Mungkin sebab saya terlalu berharap untuk dapat sambung jugak same2 dengan kawan2 yang dah 1st intake? Dan sejujurnya saya rasa sungguh-sungguh-sungguh pecah hati. Saya menangis dan duduk dalam bilik. Saya tak nak mama tengok saya menangis sebab saya tak nak dia nangis sebab saya, macam mana 1st intake dlu.. Dan mase saya nangis, saya cakap kat diri sendiri, jangan nangis untuk benda yang tak pernah jadi milik saya. Yelah, IPTA yang saya mhon nak masuk bukan pernah jadi milik saya, jadi kenapa saya nak menangis? Tapi...ucapan tersebut hanya sekadar menyedapkan hati namun tak mampu nak sedap mana pun... 


Ayah tak putus-putus suruh saya buat rayuan lagi tapi sesungguhnya, saya tak kuat untuk berharap dan menangis lagi untuk ke berapa kalinya lagi. Biarlah saya dengan keputusan saya, saya tak nak mohon rayun. Putus asakah saya? Saya sentiasa berdoa supaya saya tak tergolong dalam golongan manusia yang bodoh dan tak berilmu. Bukan dalam golongan yang pandai ilmu tapi jahil praktikal hukum. Bukan dalam golongan manusia yang lemah semangat. Sebab segala langkah saya terasa terhenti bila tau keputusan rayuan ditolak...

Saya punya impian sendiri. Saya sangat mencintai bidang perundangan. Sejak mula saya berkecimpung dalam bidang ini semasa Diploma saya. Tapi, mungkin belum sampai rezeki saya nak sambung belajar, biarlah saya berkhidmat dan berbakti, tolong keluarga tercinta... Saya berhajat jugak macam nak try mohon Jordan next year tapi bila memikirkan ayah yang kerja sorang, kene tanggung 6 orang anak yang nak belajar. Kesiankan ayah, sebab adik saya sekarang belajar kat UiTM, yuran murah, belanja barang-barang course dy pulak yang mahal. Dan banyak pulak masalahnye dia kat sana.

Saya sedar, saya anak sulung. Saya tak boleh ikut kepala saya sendiri. Dua tiga hari lepas, saya mencingak dengan mama, umur berapa ayah berhenti kerja. Mama kata 55 tahun. Ada 8 tahun lagi untuk aya kerja. Adik bongsu saya sekarang baru 2 tahun. Masa ayah umur 55 tahun, adik bongsu saya baru darjah 4. Adik-adik yang lain sekolah menengah, sekolah rendah dan universiti mase tue. Saya tahu, selama nie ayah yang membanting tulang kerja menyara keluarga. Dan saya berfikir masa tue, bebanan untuk menyara sekolah adik-adik juga terletak di bahu saya sebagai anak sulung. Adik-adik kene saya lepaskan dalam keadaan yang sempurna. Takkan nak biarkan ayah tanggung susah sorang-sorang. Selagi saya mampu, saya akan usaha sebaiknya bantu ayah, insya Allah. Saya tak nak adik-adik saya bodoh, ketinggalan dalam pelajaran. Saya nak mereka jadi insan yang cemerlang, bukan dapat markah pas-pas je. Saya nak jugak mereka berpaksikan al-Quran dan Sunnah bukan berkiblakan yang Barat. Insya Allah. 

Saya jugak nak bawak mama dan ayah saya ke Mekah. Saya kesiankan ayah, duitnya diperuntukkan untuk keperluan keluarga, simpan keluar tak pernah berhenti. Saya dah cakap dengan mama, kalau saya kerja nanti, mama kene buat buku Bank Tabung Haji. Nanti boleh pegi haji sama-sama... Insya Allah... Saya tak nak sedih-sedih lagi sebab saya tau, walaupun pahit kenyataannya saya harus terima. Saya kene bangun dan perjuangan saya tak pernah berhenti dengan tertolaknya rayuan upu. Ada hikmahnya, berjuta-juta orang pesan begitu pada saya namun biarlah saya yang berbisik kepada hati yang luka ini sendiri unuk bangun lebih maju..

Asyrafiah, bangunlah... Air mata takkan ubah apa-apa yang tertulis. Bangkitlah saat dirimu terus diuji Illahi dan jangan pernah menolak takdirnya. Insya Allah, sampai satu masa, akan DIA tunjukkan padamu betapa hikmah yang manis DIA berikan kepadamu sebagai ganti air matamu selama ini....





Tuesday, September 13, 2011

Mase Layan Lirik Lah Pulak...

Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

*okey, sekarang mood nak layan lagu nie. cam best je kalo one day, seorang husband menghadiahkan lagu yang sesuwit ini taw! hehehe*

Misi Mencari HARGA Buku

Salam ceria semua yang membaca ^__^

Wah3... Tersenyum lebar pulak kali nie. Sebab saya tengah dok google search senarai buku-buku daripada penulis yang saya sangat3 suke (wah! akid bebeno!) iaitu Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi & Siti Rosmizah.

Sangat minat! So that saya nak tulis senarai karya-karya Fatimah Syarha and her husband, Dr. Farhan Hadi. 

1- Seindah Mawar Berduri (RM29.80) Akan dibeli akan datang
2- Tautan Hati (RM29.90) Dah beli & baca
3- Denyut Kasih Medik (RM23.00) Dah beli & baca
4- Syabab Musafir (RM22.90) Akan dibeli akan datang
5- Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang (RM17.00) Akan dibeli akan datang
6- Pemilik Hatiku Setelah Allah dan Rasul (RM12.00) Dah beli & baca

Siti Rosmizah:

1- Andai Iu Takdirnya (RM19.90) Dah beli & baca
2- Cinta Kau dan Aku (RM19.90) Dah beli & baca
3- Lafazkan Kalimah Cintamu (RM26.90) Dah baca Akan dibeli akan datang
4- 7 Hari Mencintaiku (RM32.90) Akan dibeli akan datang

Wah3!!! Sangat teruja neh skang nak kire-kire novel ape yang nak dibeli untuk dibace mase kat umah (walhal banyak je keje len nak wat kan...) Setelah dicongak kira, dibundar dan dipuratakan, maka diisytiharkan bahawa saya perlu spend dalam RM129.50! Mak aihhhh Xde duet lag sampai beratus-ratus... +__+ Beli mane semampunya dulu... Kot2 xde bajet, beli lah mase book fair next year insya Allah. Oh book fair sile lah cepat tibe!!!! Leh borong buku & dapat diskaun! Yeay! Tang diskaun tu yang best sebab leh save bajet siket. Maklumlah, skang nak topup pon kene cukai... Aiseh.... Sangat menyusahkan semua lapisan masyaraktlah Pak Jib oiiiii... =,=" Siaplah hang ngan kroni2 hang, ceq da bley mengundi da tau! Haaaa siap lah Pak Jib!!!

Ok, dah banyak kot merepek... Reading gain your knowledge! Of course why not! Cubelah bace walaupun sikit. Makin banyak kita baca, makin kita rasa kita kekurangan ilmu, masih banyak kita tak tahu. Sebab tue ilmu tu tak pernah habis walaupun Allah bagi 7 lautan dakwat untuk ditulis segala ilmu yang ada... 


Dan salah satu kegilaan saya dari kecik ialah reading and writing!



Wassalam.. ^__~

Saturday, September 3, 2011

Sekarang...

Mase-mase Aidilfitri nie, ramai pulak yang status sedih-sedih. Bukan pasal sedih Ramdhan dah tinggalkan kita tapi sedih pasal CLASH. Alahai...xyah sedih sangatlah... Bersyukur okey bile clash! Pasal Allah lebih tau yang terbaik untuk kita. No need lah nak sedih-sedih tak tentu pasal, sebab meninggalkan atau ditinggalkan oleh buayefren korang atau pun gilefren korang. Cume satu yang kite semua kene ingat, setiap apa yang kita buat akan dapat pembalasannye tau! Kalau hari nie korang dengan berbesar hati tinggalkan orang yang sayangkan korang tanpe sebab, one day, orang yang korang sayang akan wat camtu gak pada kite.. Kalau hari nie korang kelepet ex korang kate nak clash pasal xserasi ke ape ke walhal korang ade spare tyre yang baru, dun qorry sebab Allah akan balas yang same gak cam korang buat. Kite tipu orang, orang akan tipu kite balik. As a simple word, KARMA. Haaaaa


Tibe2 teringat satu ayat yang sweet nak dikongsi.

"Orang yang kita sayang belum tentu sayangkan kita macam kita sayangkan dia, tapi, orang yang sayangkan kita dah pasti sayangkan kita tanpa syarat. Kan seronok kalau orang yang sayangkan kita tue ialah orang yang kita sayang."



Ayat nie memang best! Tapi ingat, tak yah nak sedih sangat-sangat untuk ape yang dah hilang yang bukan milik kita, okey Ingat, ape yang Allah dah aturkan lebih baik untuk kita dan sebenarnya perancangan TERBAIK yang kita selalu salah anggap. Cayelah, ramai yang clash akan tanye, "Apsal b wat sayang gini... Sayang sayang gile kat b tau!" Owh stop! No need pertikaikan ape yang dah terjadi but said to yourself camni, "Alhamdulillah, aku dipisahkan dari dia sebab Allah nak jaga iman aku dari hancur bile terus dengan dia."

Ye! Susah nak think positive but we can sebab kita ialah apa yang kita buat dan kita fikirkan! So kengkawan yang clash2 tue, selamat bergembire ok! Tak yah sedih2. Nie lah masa nak taqarrub lillah... ^_^




Raye 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Selamat Hari Raya... Semoga raya kali ini lebih bermakna dan membawa seribu satu kebaikan pada kita semua insya Allah... Tak banyak pun amek gambo sebab Mak Teh & family xde. Kalo x, maunye beratus-ratus stok gambo tahun nie..

Sesi bersalam-salaman dimulai oleh ayah & mama.

My Beloved Family
I with my beloved bro, Amer (Act tak lah beloved sangat pon. hahaha)