Monday, September 26, 2011

Buat Teman Tersayang

Memandang langit yang gelap di langit, membuatkanku teringat kepada teman yang paling ku sayang. Lama dia menyepi... Dengan sikap menyepi itu, membuat aku sedikit terasa, adakah dia sudah benar-benar tidak akan ambil peduli tentang aku selepas aku memuutuskan untuk menolak tawaran menyambung pengajianku peringkat Ijazah di UniSZA?

Temanku tersayang,
Keputusanku ialah apa yang aku buat setelah kutimbang baik dan buruknya. Setelah aku mengikut gerak hati dan mampuku. Aku tidak mampu untuk turut serta berjuang bersama kalian. Apakah itu penyebabnya engkau menyepi? Marahkah engkau dengan keuptusanku? Bencikah engkau pada diriku teman?

Teman,
Aku punya alasan tersendiri, yang tak mampu kuungkapkan padamu buat masa ini. Mungkin bila tiba saat yang reda, bila tiba Subuh yang dingin, bila tiba senja yang cemerlang, akan kuungkai satu persatu alasanku. Bukan sekarang teman... Bukan...

Selama ini, suka duka kita kongsi bersama. Saat ini terasa sepi sekali. Aku cuba memujuk diri ini, suka duka tanggunganku sendiri. Temanku, maafkan aku andai selama ini cerita yang kukongsi denganmu membebankan fikiranmu, menyesakkan juwamu. Kumohon keampunan darimu teman. Dan kalau dengan menyepi ini kau rasakan hukum terbaik buatku, aku redha... Kerana nikmat persahabatan itu juga, datangnya dari DIA, DIA juga yang berhakmengambil kembali, dan aku akan cuba kuat, sekuatkuatnya untuk tabah jika persahabatan ini sudah berakhir.

Sakit rasanya andai sebuah persahabatan yang dibina dengan kasih sayang dan belas ihsan musnah dengan mudah. Selama kau mendiam, aku juga menyepi. Takut jika pesanan ringkas yang kuhantar, mengganggu waktu belajarmu di sana teman. Kita sama-sama diam. Tapi dalam diam, sudilah kau dengar panggilanku teman. Aku merindui gelak tangis kita bersama. Kau mengenaliku setiap inciku. Kau mendalamiku setiap tawa dan tangisku. Maafkanku teman, jika selama ini tangisku menyusahkanmu. Aku bukan teman yang terbaik buatmu.

Jika hilang persahabatan ini, rasanya lebih sakit dengan hilang sebuah cinta pada seorang lelaki... Teman, sesungguhnya, aku sangat menyayangi dirimu dan hanya pada-Nya, aku bergantung harap, supaya DIA menjaga engkau, duhai teman tercinta.... Namamu tak perlu kupaparkan cuma aku berharap agar DIA menggerakkan hatimu untuk membaca bingkisan ini. Maafkan aku andai coretan ini mengguris perasaanmu, mengganggu ketenanganmu teman. Jangan risau, aku akan berdiam berhenti mengganggumu teman... Salam sayang buatku untukmu temanku... ^_^

p/s: dalam keadaan tak berapa nak sihat, sempat lagi buat ayat-ayat puitis. okey, nak out dan tak tau bile nak menulis lagi kat blog. tc semua yang sudi baca! ^___^


No comments:

Post a Comment