Tuesday, November 8, 2011

Penulisan

Assalamualaikum wbt... 

Kembali mencoret sedikit sebelum berangkat pulang ke KUIS. Alahai, ayat cam nak balik dari Mekkah je. Best nye kalau betul-betul dapat balik dari sana kan... Mungkin belum masanya lagi... 

Semalam, mase satu family pegi jalan-jalan kat Shah Alam, adik ketiga saya tanya, "Kak, kamu kan penah masuk pertandingan menulis yang masuk paper mase sekolah dulu kan?" Saya tersenyum, "Aah, kenape? Jeles lah tue..." Amir tanya saya, "Kamu tulis tentang ape ye dulu?" Saya pun jawab, "Pasal bahan bacaan.Lebih kurang pasal membaca lah... kamu tak minat ke menulis-nulis nie ,Mer?" "Bukan tak minat, kadang tak tau nak buat ayat bombastik." Saya senyum lagi, "Menulis tue ape yang kita fikirkan, apa yang kita perhatikan sekeliling kita. Sebnelum nak buat penulisan yang best, kita kene banyak membaca. Membaca banyak isu. Tau banyak fakta. Dalam masa yang sama, kalau kita pernah baca tentang satu fakta tue, bila kita buat esei yang ala-ala bahan yang kita pernah baca, kan senang sikit idea nak keluar. Lagipun, ayat bombastik senang nak keluar bila kita banyak membaca."

Panjang pulak lah syarahan saya kat dia. Hahaha Naseblah... Dah saya memang suke bercerita kan...

Kesimpulannya, menulis perlukan pembacaan dan membaca menghasilkan penulisan. Waaaa cam sedap pulak ayat ni. Jangan tiru tau! ^__~



Monday, November 7, 2011

School of Life

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

First of all, Salam Hari Raya Qurban buat semua penganut agama Islam. Semoga 'ibarh daripada cerita yang dirakamkan Allah dalam kalam-Nya mampu kita serapkan ke dalam hati yang paling dalam... Insya Allah...

Sekarang, dah masuk fasa baru. Dah memulakan langkah ke alam seterusnya bidang pengajian. Kat tempat yang sama. Suasana yang berbeza. Rasanya, agak tertekan sikit suasana baru. Peraturan terasa macam menyerabutkan. Orientasi tak menyuntik semangat. Aku kah yang ego atau memang khilaf dari mereka? Menjadi salah seorang daripada barisan 'ex-senior' bukanlah satu tiket nak berlagak. Tapi bila bagi pandangan, kami bercakap dengan yang atasan dengan cara terhormat, tapi kami pulak dimaki. Walhal kami tak pernah buat masalah disiplin datang lewat ke, attire tak ikut ke... Tetap kami gak kene. Huhu Tahan je lah. Nak-nak pulak, ada lagi balance 3 hari explorace bagai untuk minggu orientasi... Alahai... Sungguh tak suke! 

Ok, malas nak panjang cerita yang memang tak berapa nak suka.

Masuk new phase nie, terasa kurang bersemangat. Sebab ape ye? Bukan pasal tengok list subjek. Bile tengok list subjek, saya rasa cepatlah mula kelas! Baru rasa kaw-kaw betul amek syariah law, bile tengok every sem amek 2 paper law! Harus lebih gigih dan berusaha berganda-ganda dari diploma. Mohon kawan-kawan doakan saya semoga dilapangkan dada dari apa yang tak sepatutnya bersarang.

Saya sangat minat dalam bidang penulisan. Bagi saya, bidang penulisan tempat kita mengolah apa yang kita baca, apa yang bersarang dalam kotak fikiran kita. Lebih suka pada penulisan ilmiah daripada cerita. Tapi dulu lagi suka tulis cerita dari bahan ilmiah. Hihihi Korang penah tak tengok kat syarat-syarat pertandingan menulis,  mesti akan dia highlight kan mendalah nie, *DILARANG SAMA SEKALI MENYENTUH HAL SENSITIVITI SEPERTI BANGSA, AGAMA DAN KAUM.* Kadang-kadang masa nak start menulis pun saya dok pk 5, 6 kali. Sejauh manakah tafsiran sensitiviti kat sini? 

Saya sendiri pernah baca, orang Melayu nie paling pantang diusik dengan maruah bangsanya, dia mudah naik angin. Betul! itu realitinya. Dan kadang-kadang saya sendiri bila telah membuat satu tulisan, saya akan baca berulang-ulang kali. Ada tak tulisan saya nie menyentuh apa-apa sensitiviti? Dan adakah bila saya menulis mengenai sesuatu sensitiviti, adakah saya akan dipenjarakan, sebab setahu saya, perkara tu tidak bercanggah dengan peruntukan bawah Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan. Mintak betulkan kalau saya silap.

Kadang nak tulis pasal politik, saya secara jujurnya memang pantang dengan politik sekarang. Saya memang tak suka lah sikap politik ORANG MELAYU. Kita tak sedar, kita sekarang berparti atas dasar politik Melayu, bukan politik Islam. Saya jugak ada parti pilihan saya tapi tak perlulah sampai satu tahap nak kene berlaga, saling bermakian, saling rasa KAU yang sentiasa betul. Kalau BN tuduh PAS merapu-rapu, then PAS pun balas bende yang merepek-repek, tak ke kita nie same je semuanya?? Kau macam dia, dia macam kau. Ingat, realitinya sekarang, bila kita ikut mana-mana parti sekarang, kita sorang buat silap, satu parti kene bahan. So? Fikir-fikirlah wahai part Melayu... Bila nak jadi PARTI ISLAM? Nama tak payah parti Islam pun takpe bagi saya yang penting MISI nya Islam...

Teringat masa orientasi, engok slide show dari Ustaz Safuan. Beza zaman sahabiyyah dan zaman kita sekarang. Zaman pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi, tak ada sorang pun yang berpecah. Zaman sekarang? Engkau, engkau... Aku, aku.... Anak kecik dok besepah dalam longkang. Mak ayah hilang kewarasan bunuh zuriat sendiri akibat emo. Hurm... Teringin nak rasa dunia yang aman damai... Tanpa pergaduhan, tanpa perpecahan, tanpa kata-kata nista dan dusta.... Bilakah masa sekarang akan mampu jadi seperti zaman kegemilangan para sahabat dan para ulama'?

Muhasabah diri seketika. Kitalah yang perlu berubah kalau nak zaman akan datang berubah.


Esok dah balik KUIS, pasnie tak tau bile nak update lagi. Mohon doa semua. Wassalam..


Sunday, October 30, 2011

Proses Mengemas Barang

Salam semua...

Dari malam tadi sampai lah la ni dok mengemas barang nak balik. *mengemas lah sangat kan... haha* Saya jugak untuk pertama kali menonton cerita Master Chef. Tak yah ada astro pon xpe yang penting ada internet nak download...

Saya tengok secara online. *Alamak, skema lah pulak ayat.* Kalo sesape yang rase nak tgok boleh klik sini. Tanx kepada mediaprima tv. Banyak cite best leh donlod... 

Sebenarnya mula-mula takde lah nak tengok sangat kan, cuma sejak suka nak cuba resepi-resepi baru, so saya saje-saje lah tengok, sambilan pulak nak mengemas bebarang nak balik ke KUIS esok *walhal bile cite nie on je, tangan tibe-tibe off pulak...hahaha*

Best! Tapi... taknak suami chef. Kang banyak songeh plak nak komplen-komplen bagai soh masak ala-ala chef... Haihhh. Tapi cerita nie dia ajar betul-betul soft skill sebagai chef. Saya tengok masa dorang dapat cili, then suruh masak berasaskan cili, dorang terror gile!!! Paling suka dengan Felix! Seriously humble gile, even dia non-muslim. Saya rasa sume juri pun suke dengan skill dy walaupun ada yang try duga-duga dia, "Awak rasa masakan awak ni mampu melayakkan awak terus di sini ke?" Dia jawab, "Saya hanya mencuba tapi saya mencuba yang terbaik." And he is the first along this time! 

Selain saya boleh tau sikit-sikit pasal soft skill memasak, saya juga belajar tentang keyakinan. Yup! Jangan over confident, jangan tak confident langsung. Confident tue penting untuk kekuatan kita terus melangkah kehadapan dan sentiasa berwaspada dengan segala cabaran sepanjang kita berjuang. Tak kesah lah, kat Master Chef ke ape ke... Saya lebih fokus kegunaannya pada masa depan.

Ok, nak sambung buat apa yang patut sementara tengak donlod crite Master Chef nie. Master Chef tengok sampai Episod 4, Putri Yang Ditukar sampai Episod 19. Akan sambung tengok bile balik rumah... 
Tataaaaa. Salam..

p/s: mase tengok Master Chef, rase kalo saya yang kat sini, pengsan tak bangun-bangun lah... haha memang bukan bidang saya lah memasak kreatif-kreatif nie. biasa-biasa je boleh la... takde ke nak buat pertandingan telur goreng tercantik ke...nasi tergebu ke... wahahahahahahahahaha =p


Friday, October 28, 2011

Grad Free!!

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Mula-mula sekali nak ucapkan setinggi-tinggi syukur buat-Nya kerana kasih sayang-Nya tak pernah jauh dari saya... Alhamdulillah... Masih diberikan nikmat iman dan Islam. Nikmat yang takde pada selain Islam, namun sekalung doa buat teman-teman yang bukan Islam, semoga Allah memberikanmu cahaya kebenaran sebelum maut menjemputmu. Sayang... Ya, saya sayang dengan teman-teman saya yang non-muslim... Pernah satu hari saya menangis melihat kawan-kawan Christian gembira nak pegi church. Saya cuma cakap dalam hati, semoga mereka diberikan hidayah. Kan kalau non-Muslim, Allah dah janjikan untuk jadikan mereka sebagai kayu pembakar bagi kawah neraka yang membahang... Sebab tu saya nangis. Kesian dengan mereka. Kawan non-muslim ni saya kenal masa PLKN kat Sabah...

Ok, itu baru intro pade entry kali nie, *rase-rasenye intro macam out of topic pulak...haha* Petang tadi saya dapat berita dari Iera, dia kata dia pegi KUIS and pihak pentadbiran cakap, yuran untuk pelajar-pelajar yang CGPA 3.5 above ialah FREEE!!! Ya Allah, alhamdulillah sangat2! Dah lah pagi tadi mase bayar registration fees yang berharga RM1,000 *eh macam beli ikan pulak* dah start garu kepale... Aish... Ni belum campur yuran, belum lagi yuran RM170 untuk konvo bagai... Mane nak carik duet... =,=" Mase dapat berita petang tadi, lega sangat-sangat. Sekurang-kurangnya, saya tak payah lah bebankan mama ayah untuk bayar wet konvo.

KUIS memanglah mahal, sebab dia IPTS. Memang jauh mahal dari IPTA. Sebenarnya, IPTA ngan IPTS nie sama je yurannye kalo nak ikut, cuma IPTA dapat subsidi daripada kerajaan banyak. So, jangan ingat belajar dok goyang kaki je ye... Yang IPTA neh... Banyak duit rakyat Malaysia nie yang disumbang untuk korang. kalau yuran dah murah, setakat nak enjoy je kat U bek xyah. Bek bagi peluang pada orang yang betul-betul nak blaja... Kalo IPTS, memang rasa dah sakitnya macam mana. Nak bayar yuran sakit, itu ini mahal. Kalo cam KUIS, subsidi nye berape percent je dari MAIS... Same gak, kalo dok IPTS, dah tau bayar mahal, nak pulak wat loan, ko dok huha huha tak belaja bebetol, bek cabut g carik keje lah daripada menyusahkan parent korang bayar yuran sem korang, atau lebih parah menyusahkan korang sendiri kang nak membayo balik wet pnjmn kome tu...


And tadi jugak, saya ada tengok satu video klip tentang cara solat orang Yahudi dan orang Islam. Nak tengok? Klik sini. Nak komen ape? You may... Cuma komen saya tentang video klip nie, mungkin ini cara solat orang Yahudi masa dorang adalah Bani Israil. Bani Israil nie adalah satu kaum pada zaman nabi Musa a.s. yang diselamatkan daripada kekejaman Firaun. Asalnya kaum yang berdiri di atas jalan yang lurus, dimuliakan dan dikurniakan nikmat yang melimpah-ruah... Sehingga mereka menjadi golongan yang tidak bersyukur dan kejam. Kekejaman mereka kita boleh tau sendiri kan, apa yang dunia media dah tunjukkan? Tu pun baru sikit.

Rase nye sampai sini dulu nak tulis. Barang tak pack lagiiiiiiiiiiiiii. Malas nyeeeeeeeeeeeeeeee ~.~


Wednesday, October 26, 2011

Masing-Masing Punya Sejarah

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Semua orang ada sejarah masing-masing kan? And I'm not excused from that. Dan tadi, saya dapat berita tentang sesuatu yang berkaitan dengan sejarah saya. Dan saya juga tadi belek balik buku sejarah saya, I'd named it by "It's All About Me". Around 84 chapters there before everything was ended... Hajat nak baca semua macam malas... Baru baca berapa belas chapter dah penat. Takde ape yang menarik untuk dibaca. Cuma terkadang tersenyum, sebab geli hati dengan diri sendiri. Macam-macam yang saya coretkan di situ. Semuanya tinggal sejarah. Untuk mengulang sejarah, ia bukan sebuah sejarah yang baik untuk diulang, apa tah lagi diingat.

Contengan sejarah semalam, setelah lebih kurang 3 bulan lebih kutinggalkan catatan sejarah itu, baru kubuka kini. Kenapa baru nak buka? Sebab sebelum nie, tak kuat nak mengulang kaji sejarah yang pernah dicipta. Asal nak bukak je, tangan ketaq. Bukan kata tangan je, satu badanlah ketaq. Hahaha. Tapi tadi, saya kagum dengan kekuatan yang diberi Illahi. Seluruh sendi tidak bergetar, tak muncul rasa takut, sedih, kecewa, ingin menangis, hancur hati. Alhamdulillah.... Inilah kekuatan yang KAU pinjamkan padaku ya Rabb...

Mata hanya membaca catatan-catatan itu. Berlatar belakangkan lagu Rapuh by Opick. Memang pas dengan situasi dalam sejarah tersebut. Ya, kali ini hati ini kuat berdiri dengan izin DIA dan dengan sokongan keluarga juga teman-teman tersayang...

Tadi bersembang dengan teman tersayang juga. Giliran dia pula meluahkan rasa yang lama dipendam... Alangkah besarnya kasih sayang Allah, bila hatinya dijengah hidayah Yang Maha Penyayang... Dia memerlukan kekuatan untuk melaksanakan apa yang Allah detikkan dalam hatinya... Dan sedikit kata-kata kuucapkan padanya...

"Jangan patah balik.. Takde khidupan yang perlu kita patah balik... Salah atau betul still benda yang dah berlaku.. Nothing to be change with the past dear... Move on! Sume org ada buat slh dan hanya diri kita je yg tau, mana slhnye kita... Dan berazamlah tgglkn bnd2 yg kita tau slh... Mohon kekuatan dari DIA... Hanya pada DIA tempat kita bergantung.. Kalau kita kuat sekarang, tak semestinya sesaat lagi akan tetap kuat kan? Dan macam tu jugak untuk seterusnya... Move on, look foward. Cukup toleh sekejap ke belakang sebagai pedoman, bukn membetulkan apa yang dah berlaku dear..."

Amboi, saya kalo dapat peluang bercakap, memang tak sangka ayat-ayat bombastik leh keluar... Hahaha. Sekadar renungan bersama. Sebagai manusia kita kena ingat, ada masa kat atas, dan ada masa kita kat bawah. Kita dan manusia lain diciptakan untuk saling melengkapkan, tak kisah lah dalam babak sebagai kawan, atau ahli keluarga atau suami isteri... Connection itu yang membantu kita menguatkan kita masa kita rapuh dan lelah.. Tapi hujung dan pangkal, awal dan akhirnya, tetap paksi pada Yang Esa. Mohon dan mohon hanya pada DIA kerana DIA sentiasa ada untuk kita, walau kita sering leka dan lena...



Semoga yang baik mampu memberi manfaat, insya Allah...
Wassalam...



Tuesday, October 25, 2011

Sudah Hampir Gerbang Permulaan

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...

31/10/11 insya Allah perjalanan sebagai seorang mahasiswi akan kusandar lagi. Kali ini, pikulannya kupasti lebih berat... mampukah aku menaiktarafkan standar kualiti pemahamanku terhadap pengajianku ini? Dengar cerita dari kawan-kawan yang IPTA, semua kata susah-susah. Belajar... Takde bidang yang senang. Sume susah, nak kan pemahaman, tumpuan yang tajam, dan minda yang cerdas untuk memproses maklumat.

Risau jugak sebenarnya. Packing pun belom. Bayar entrance fees pun belum... Medical check-up je dah...

Risau jugak nak buat pinjaman mana untuk degree nie. Bila tengok hutang diploma, rase macam nak tercabut nyawa.... =( Tapi, itu je jalan yang aku ada. Loan- Len lah kalau my dad bakal pengganti Pak Jib ke... Ada harapan lah berpoket tebal. Tapi, takyah tebal-tebal sangat. Kang blaja tah ke mane, duet tah ke mana. Apa-apa pun, duit still sangat perlu untuk sambug belajar. Bahkan, keperluan duit nie dah disenaraikan dalam syair pendek oleh.... Alamak, tak ingat pulak nama dia sape. Tapi dalam syair tu sebut 6 keperluan untuk belajar, dan duit salah satu darinya.

Kali ini, aku bukan melangkah ke alam degree dengan bangga nak bagitau sekampung, I am becoming degree holder. Tapi, ini langkah seterusku menggapai cita-cita dan cintaku demi Islam agama yang kucinta. Demi mencapai matlamat yang terlukis dalam segaris rajah di minda sejak sekian lama. Cuma lukisan tu berubah mengikut corak yang ditentukan Rabbi...

Mudah-mudahan perjalananku ini mampu kuteruskan hingga ke akhirnya. Bukan setakat PhD holder, tapi sampai ke akhir hayatku, insya Allah akan ku aplikasikan apa yang aku pelajari selama ini.
Wassalam...



p/s: fokus sekarang, belajar, belajar, belajar, keluarga, kerjaya, belajar... kawen? erk... masuk gak dalam matlamat cuma masa dan 'dia' bergantung pada keizinannya. ok, xmoh pk sal kawen dulu. fokus3 blaja!! dan ingin jugak kutanam sekukuh-kukuhnya dalam hati yang lemah nie, never let ur heart kill ur self silently!

Sunday, October 23, 2011

Kesebalan yang Menebal Kali Nie...

Salam 'alaik...

Baru balik dari kampung, kenduri nenek nak pegi haji. Nenek belah mak je yang ade skang. Mbah Idok name gelarannye. Hehehe Wan, Aki, Mbah Lanang dah takde. Sume dah pergi bertemu Illahi. paling sedih bila arwah abah pun dah pegi... *Ok, abah is my pakcik, bukan ayah saye ye...* Sempat jugak singgah sekolah, SBPI Sabak Bernam. Rasa macam tak layak sekolah situ kan sebab saya bukannya hebat cam kengkawan yang lain. Jumpe Ustaz Ahmadi then sempat borak-borak.

Perasaan? Takde perasaan sangat secara jujurnya. Balik kampung just nak amik udara and jumpa kazen-kazen yang ;lame dah tak jumpe. Rindu kat dorang! Paling lame tak jumpe yang nie lah, dok sibuk sangat keje... Haha.


Love eating nasi ambeng together... Nie gamba kami-kami masa makan nasik ambeng.



Benci balik kampung sebab perangai orang kampung yang suka nak megah gah *aku ingat orang bandar yang kaya raye je nak belagak-lagak menunjuk-nunjuk nie* Sume dok pakat tanye ape aku tengah buat sekarang. Then, dengan jujurnya aku cakap, baru nak masuk degree. Then, tanye lagi. Blaja kat mane? Aku cakap kat KUIS. Then. mula lah dorang cakap-cakap camnie:

"Lah baru nak masuk degree ke? Anak makcik dah degree dah sekarang, umo nye bawah ko setahun. Sebab anak mak cik amek matrik kan... Kire nanti dia habis dulu dari ko lah..."

"Asyik-asyik amek course tu. Kenapa tak masuk je yang U kat Terengganu ritu?"

"Lambat lah kamu dari kawan-kawan yang lain. Kawan-kawan semua dah tinggal berapa sem nak habis belajar.."

Mase dengar komen-komen cenggini, rase cam nak ramas mulut sorang-sorang. Memang agak hilang sabar lah dengan perangai bermulut puaka *sorry, this vocab us not available in any dictionary* Memang rasa nak menangis. Seyes memang tak kuat. Tapi tak cerita pun dekat mama ke ayah ke... Sampailah tadi pagi masa sampai kat rumah mama tanye, "Acik *** ada tanya kakak ye pasal belajar?" Then, aku macam tak nak ingat dah lah ayat-ayat puaka yang dah dicakap oleh mereka. Aku buat-buat tanya "Acik tu yang mana satu?" *walhal aku tau mak cik mane yang mama cakap*. Then mama kate, "Dengan dorang nie tak yah bendul sangat nak cakap naru masuk degree. Dorang takkan faham punya. Cakap lah nak masuk sem 3 degree... Alah, diorang takkan faham apa-apa... Rezeki masing-masing kan..." *Eh aah kan! Apsal lah aku tak terfikir nak cakap camtu? Memang aku masuk sem 3 pun sebab lompat sem, pasal dah Diploma dari situ... Adoi...   -,-"* Tapi, terubat dengar mama cakap camtu....

Ada salah satu ayat nie kuar dari mulut orang yang aku h0rmat, tibetibe aku rase macam taknak jejak kaki lagi ke situ. Jangan nak banding-bandingkan aku ngan orang lain. Dah bukan kemampuan aku nak sambung dalam bidang Science... Kalo nak ikut, ok. Memang aku dapat tawaran Matrik kat Negeri Sembilan, tapi aku yang tak nak sebab aku slow siket bab-bab Science nie... Aku pilih ke KUIS. Mase degree pulak, aku alhamdulillah dapat ke UniSZA, aku jugak yang tak nak sebab cinta aku terlalu mendalam pada Syariah Law. So, hina sangat ke kalo aku amek course yang aku pilih skang? Even mama ngan ayah aku sendiri pun tak pernah pertikaikan ape yang aku amek skang, so kenapa orang-orang lua plak nak sebok ngan jalan yang aku piluh? Duit yuran, entrance fee sume aku tak penah merayu-rayu kat orang len mintak bayarkan melainkan pada parent aku. *Tak merayu pun pada parent sendiri* Annoying betul manusia-manusia camnie...

So sorry, entry kali nie memang hati sebal gile ngan perangai-perangai manusia camnie. Aku pun cite lah kat best fren aku tu dia kata, "Ala tak yah sedih-sedih. Lambat ke cepat bukan jalan pengakhiran berjaya, yang penting menuntut ilmu." Thanks frend! Seyes, sayang sangat ngan ko! Tapi memang dah menitik air mata masa  mesej dia ngan baca yang dia reply.

Itulah yang membuatkan aku malas nak balik kampung, dengar orang dok sibuk-sibuk gossip sal aku *walhal aku bukan artis pon*. Dan aku balik kampung betul-betul nak jumpe kazen-kazen aku je... Bile masing-masing dah besar, jarang nak kumpul sesame. Jarang nak cite-cite gelak-gelak macam dulu... Rindu masa kecik-kecik....