Sunday, October 30, 2011

Proses Mengemas Barang

Salam semua...

Dari malam tadi sampai lah la ni dok mengemas barang nak balik. *mengemas lah sangat kan... haha* Saya jugak untuk pertama kali menonton cerita Master Chef. Tak yah ada astro pon xpe yang penting ada internet nak download...

Saya tengok secara online. *Alamak, skema lah pulak ayat.* Kalo sesape yang rase nak tgok boleh klik sini. Tanx kepada mediaprima tv. Banyak cite best leh donlod... 

Sebenarnya mula-mula takde lah nak tengok sangat kan, cuma sejak suka nak cuba resepi-resepi baru, so saya saje-saje lah tengok, sambilan pulak nak mengemas bebarang nak balik ke KUIS esok *walhal bile cite nie on je, tangan tibe-tibe off pulak...hahaha*

Best! Tapi... taknak suami chef. Kang banyak songeh plak nak komplen-komplen bagai soh masak ala-ala chef... Haihhh. Tapi cerita nie dia ajar betul-betul soft skill sebagai chef. Saya tengok masa dorang dapat cili, then suruh masak berasaskan cili, dorang terror gile!!! Paling suka dengan Felix! Seriously humble gile, even dia non-muslim. Saya rasa sume juri pun suke dengan skill dy walaupun ada yang try duga-duga dia, "Awak rasa masakan awak ni mampu melayakkan awak terus di sini ke?" Dia jawab, "Saya hanya mencuba tapi saya mencuba yang terbaik." And he is the first along this time! 

Selain saya boleh tau sikit-sikit pasal soft skill memasak, saya juga belajar tentang keyakinan. Yup! Jangan over confident, jangan tak confident langsung. Confident tue penting untuk kekuatan kita terus melangkah kehadapan dan sentiasa berwaspada dengan segala cabaran sepanjang kita berjuang. Tak kesah lah, kat Master Chef ke ape ke... Saya lebih fokus kegunaannya pada masa depan.

Ok, nak sambung buat apa yang patut sementara tengak donlod crite Master Chef nie. Master Chef tengok sampai Episod 4, Putri Yang Ditukar sampai Episod 19. Akan sambung tengok bile balik rumah... 
Tataaaaa. Salam..

p/s: mase tengok Master Chef, rase kalo saya yang kat sini, pengsan tak bangun-bangun lah... haha memang bukan bidang saya lah memasak kreatif-kreatif nie. biasa-biasa je boleh la... takde ke nak buat pertandingan telur goreng tercantik ke...nasi tergebu ke... wahahahahahahahahaha =p


Friday, October 28, 2011

Grad Free!!

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Mula-mula sekali nak ucapkan setinggi-tinggi syukur buat-Nya kerana kasih sayang-Nya tak pernah jauh dari saya... Alhamdulillah... Masih diberikan nikmat iman dan Islam. Nikmat yang takde pada selain Islam, namun sekalung doa buat teman-teman yang bukan Islam, semoga Allah memberikanmu cahaya kebenaran sebelum maut menjemputmu. Sayang... Ya, saya sayang dengan teman-teman saya yang non-muslim... Pernah satu hari saya menangis melihat kawan-kawan Christian gembira nak pegi church. Saya cuma cakap dalam hati, semoga mereka diberikan hidayah. Kan kalau non-Muslim, Allah dah janjikan untuk jadikan mereka sebagai kayu pembakar bagi kawah neraka yang membahang... Sebab tu saya nangis. Kesian dengan mereka. Kawan non-muslim ni saya kenal masa PLKN kat Sabah...

Ok, itu baru intro pade entry kali nie, *rase-rasenye intro macam out of topic pulak...haha* Petang tadi saya dapat berita dari Iera, dia kata dia pegi KUIS and pihak pentadbiran cakap, yuran untuk pelajar-pelajar yang CGPA 3.5 above ialah FREEE!!! Ya Allah, alhamdulillah sangat2! Dah lah pagi tadi mase bayar registration fees yang berharga RM1,000 *eh macam beli ikan pulak* dah start garu kepale... Aish... Ni belum campur yuran, belum lagi yuran RM170 untuk konvo bagai... Mane nak carik duet... =,=" Mase dapat berita petang tadi, lega sangat-sangat. Sekurang-kurangnya, saya tak payah lah bebankan mama ayah untuk bayar wet konvo.

KUIS memanglah mahal, sebab dia IPTS. Memang jauh mahal dari IPTA. Sebenarnya, IPTA ngan IPTS nie sama je yurannye kalo nak ikut, cuma IPTA dapat subsidi daripada kerajaan banyak. So, jangan ingat belajar dok goyang kaki je ye... Yang IPTA neh... Banyak duit rakyat Malaysia nie yang disumbang untuk korang. kalau yuran dah murah, setakat nak enjoy je kat U bek xyah. Bek bagi peluang pada orang yang betul-betul nak blaja... Kalo IPTS, memang rasa dah sakitnya macam mana. Nak bayar yuran sakit, itu ini mahal. Kalo cam KUIS, subsidi nye berape percent je dari MAIS... Same gak, kalo dok IPTS, dah tau bayar mahal, nak pulak wat loan, ko dok huha huha tak belaja bebetol, bek cabut g carik keje lah daripada menyusahkan parent korang bayar yuran sem korang, atau lebih parah menyusahkan korang sendiri kang nak membayo balik wet pnjmn kome tu...


And tadi jugak, saya ada tengok satu video klip tentang cara solat orang Yahudi dan orang Islam. Nak tengok? Klik sini. Nak komen ape? You may... Cuma komen saya tentang video klip nie, mungkin ini cara solat orang Yahudi masa dorang adalah Bani Israil. Bani Israil nie adalah satu kaum pada zaman nabi Musa a.s. yang diselamatkan daripada kekejaman Firaun. Asalnya kaum yang berdiri di atas jalan yang lurus, dimuliakan dan dikurniakan nikmat yang melimpah-ruah... Sehingga mereka menjadi golongan yang tidak bersyukur dan kejam. Kekejaman mereka kita boleh tau sendiri kan, apa yang dunia media dah tunjukkan? Tu pun baru sikit.

Rase nye sampai sini dulu nak tulis. Barang tak pack lagiiiiiiiiiiiiii. Malas nyeeeeeeeeeeeeeeee ~.~


Wednesday, October 26, 2011

Masing-Masing Punya Sejarah

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Semua orang ada sejarah masing-masing kan? And I'm not excused from that. Dan tadi, saya dapat berita tentang sesuatu yang berkaitan dengan sejarah saya. Dan saya juga tadi belek balik buku sejarah saya, I'd named it by "It's All About Me". Around 84 chapters there before everything was ended... Hajat nak baca semua macam malas... Baru baca berapa belas chapter dah penat. Takde ape yang menarik untuk dibaca. Cuma terkadang tersenyum, sebab geli hati dengan diri sendiri. Macam-macam yang saya coretkan di situ. Semuanya tinggal sejarah. Untuk mengulang sejarah, ia bukan sebuah sejarah yang baik untuk diulang, apa tah lagi diingat.

Contengan sejarah semalam, setelah lebih kurang 3 bulan lebih kutinggalkan catatan sejarah itu, baru kubuka kini. Kenapa baru nak buka? Sebab sebelum nie, tak kuat nak mengulang kaji sejarah yang pernah dicipta. Asal nak bukak je, tangan ketaq. Bukan kata tangan je, satu badanlah ketaq. Hahaha. Tapi tadi, saya kagum dengan kekuatan yang diberi Illahi. Seluruh sendi tidak bergetar, tak muncul rasa takut, sedih, kecewa, ingin menangis, hancur hati. Alhamdulillah.... Inilah kekuatan yang KAU pinjamkan padaku ya Rabb...

Mata hanya membaca catatan-catatan itu. Berlatar belakangkan lagu Rapuh by Opick. Memang pas dengan situasi dalam sejarah tersebut. Ya, kali ini hati ini kuat berdiri dengan izin DIA dan dengan sokongan keluarga juga teman-teman tersayang...

Tadi bersembang dengan teman tersayang juga. Giliran dia pula meluahkan rasa yang lama dipendam... Alangkah besarnya kasih sayang Allah, bila hatinya dijengah hidayah Yang Maha Penyayang... Dia memerlukan kekuatan untuk melaksanakan apa yang Allah detikkan dalam hatinya... Dan sedikit kata-kata kuucapkan padanya...

"Jangan patah balik.. Takde khidupan yang perlu kita patah balik... Salah atau betul still benda yang dah berlaku.. Nothing to be change with the past dear... Move on! Sume org ada buat slh dan hanya diri kita je yg tau, mana slhnye kita... Dan berazamlah tgglkn bnd2 yg kita tau slh... Mohon kekuatan dari DIA... Hanya pada DIA tempat kita bergantung.. Kalau kita kuat sekarang, tak semestinya sesaat lagi akan tetap kuat kan? Dan macam tu jugak untuk seterusnya... Move on, look foward. Cukup toleh sekejap ke belakang sebagai pedoman, bukn membetulkan apa yang dah berlaku dear..."

Amboi, saya kalo dapat peluang bercakap, memang tak sangka ayat-ayat bombastik leh keluar... Hahaha. Sekadar renungan bersama. Sebagai manusia kita kena ingat, ada masa kat atas, dan ada masa kita kat bawah. Kita dan manusia lain diciptakan untuk saling melengkapkan, tak kisah lah dalam babak sebagai kawan, atau ahli keluarga atau suami isteri... Connection itu yang membantu kita menguatkan kita masa kita rapuh dan lelah.. Tapi hujung dan pangkal, awal dan akhirnya, tetap paksi pada Yang Esa. Mohon dan mohon hanya pada DIA kerana DIA sentiasa ada untuk kita, walau kita sering leka dan lena...



Semoga yang baik mampu memberi manfaat, insya Allah...
Wassalam...



Tuesday, October 25, 2011

Sudah Hampir Gerbang Permulaan

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...

31/10/11 insya Allah perjalanan sebagai seorang mahasiswi akan kusandar lagi. Kali ini, pikulannya kupasti lebih berat... mampukah aku menaiktarafkan standar kualiti pemahamanku terhadap pengajianku ini? Dengar cerita dari kawan-kawan yang IPTA, semua kata susah-susah. Belajar... Takde bidang yang senang. Sume susah, nak kan pemahaman, tumpuan yang tajam, dan minda yang cerdas untuk memproses maklumat.

Risau jugak sebenarnya. Packing pun belom. Bayar entrance fees pun belum... Medical check-up je dah...

Risau jugak nak buat pinjaman mana untuk degree nie. Bila tengok hutang diploma, rase macam nak tercabut nyawa.... =( Tapi, itu je jalan yang aku ada. Loan- Len lah kalau my dad bakal pengganti Pak Jib ke... Ada harapan lah berpoket tebal. Tapi, takyah tebal-tebal sangat. Kang blaja tah ke mane, duet tah ke mana. Apa-apa pun, duit still sangat perlu untuk sambug belajar. Bahkan, keperluan duit nie dah disenaraikan dalam syair pendek oleh.... Alamak, tak ingat pulak nama dia sape. Tapi dalam syair tu sebut 6 keperluan untuk belajar, dan duit salah satu darinya.

Kali ini, aku bukan melangkah ke alam degree dengan bangga nak bagitau sekampung, I am becoming degree holder. Tapi, ini langkah seterusku menggapai cita-cita dan cintaku demi Islam agama yang kucinta. Demi mencapai matlamat yang terlukis dalam segaris rajah di minda sejak sekian lama. Cuma lukisan tu berubah mengikut corak yang ditentukan Rabbi...

Mudah-mudahan perjalananku ini mampu kuteruskan hingga ke akhirnya. Bukan setakat PhD holder, tapi sampai ke akhir hayatku, insya Allah akan ku aplikasikan apa yang aku pelajari selama ini.
Wassalam...



p/s: fokus sekarang, belajar, belajar, belajar, keluarga, kerjaya, belajar... kawen? erk... masuk gak dalam matlamat cuma masa dan 'dia' bergantung pada keizinannya. ok, xmoh pk sal kawen dulu. fokus3 blaja!! dan ingin jugak kutanam sekukuh-kukuhnya dalam hati yang lemah nie, never let ur heart kill ur self silently!

Sunday, October 23, 2011

Kesebalan yang Menebal Kali Nie...

Salam 'alaik...

Baru balik dari kampung, kenduri nenek nak pegi haji. Nenek belah mak je yang ade skang. Mbah Idok name gelarannye. Hehehe Wan, Aki, Mbah Lanang dah takde. Sume dah pergi bertemu Illahi. paling sedih bila arwah abah pun dah pegi... *Ok, abah is my pakcik, bukan ayah saye ye...* Sempat jugak singgah sekolah, SBPI Sabak Bernam. Rasa macam tak layak sekolah situ kan sebab saya bukannya hebat cam kengkawan yang lain. Jumpe Ustaz Ahmadi then sempat borak-borak.

Perasaan? Takde perasaan sangat secara jujurnya. Balik kampung just nak amik udara and jumpa kazen-kazen yang ;lame dah tak jumpe. Rindu kat dorang! Paling lame tak jumpe yang nie lah, dok sibuk sangat keje... Haha.


Love eating nasi ambeng together... Nie gamba kami-kami masa makan nasik ambeng.



Benci balik kampung sebab perangai orang kampung yang suka nak megah gah *aku ingat orang bandar yang kaya raye je nak belagak-lagak menunjuk-nunjuk nie* Sume dok pakat tanye ape aku tengah buat sekarang. Then, dengan jujurnya aku cakap, baru nak masuk degree. Then, tanye lagi. Blaja kat mane? Aku cakap kat KUIS. Then. mula lah dorang cakap-cakap camnie:

"Lah baru nak masuk degree ke? Anak makcik dah degree dah sekarang, umo nye bawah ko setahun. Sebab anak mak cik amek matrik kan... Kire nanti dia habis dulu dari ko lah..."

"Asyik-asyik amek course tu. Kenapa tak masuk je yang U kat Terengganu ritu?"

"Lambat lah kamu dari kawan-kawan yang lain. Kawan-kawan semua dah tinggal berapa sem nak habis belajar.."

Mase dengar komen-komen cenggini, rase cam nak ramas mulut sorang-sorang. Memang agak hilang sabar lah dengan perangai bermulut puaka *sorry, this vocab us not available in any dictionary* Memang rasa nak menangis. Seyes memang tak kuat. Tapi tak cerita pun dekat mama ke ayah ke... Sampailah tadi pagi masa sampai kat rumah mama tanye, "Acik *** ada tanya kakak ye pasal belajar?" Then, aku macam tak nak ingat dah lah ayat-ayat puaka yang dah dicakap oleh mereka. Aku buat-buat tanya "Acik tu yang mana satu?" *walhal aku tau mak cik mane yang mama cakap*. Then mama kate, "Dengan dorang nie tak yah bendul sangat nak cakap naru masuk degree. Dorang takkan faham punya. Cakap lah nak masuk sem 3 degree... Alah, diorang takkan faham apa-apa... Rezeki masing-masing kan..." *Eh aah kan! Apsal lah aku tak terfikir nak cakap camtu? Memang aku masuk sem 3 pun sebab lompat sem, pasal dah Diploma dari situ... Adoi...   -,-"* Tapi, terubat dengar mama cakap camtu....

Ada salah satu ayat nie kuar dari mulut orang yang aku h0rmat, tibetibe aku rase macam taknak jejak kaki lagi ke situ. Jangan nak banding-bandingkan aku ngan orang lain. Dah bukan kemampuan aku nak sambung dalam bidang Science... Kalo nak ikut, ok. Memang aku dapat tawaran Matrik kat Negeri Sembilan, tapi aku yang tak nak sebab aku slow siket bab-bab Science nie... Aku pilih ke KUIS. Mase degree pulak, aku alhamdulillah dapat ke UniSZA, aku jugak yang tak nak sebab cinta aku terlalu mendalam pada Syariah Law. So, hina sangat ke kalo aku amek course yang aku pilih skang? Even mama ngan ayah aku sendiri pun tak pernah pertikaikan ape yang aku amek skang, so kenapa orang-orang lua plak nak sebok ngan jalan yang aku piluh? Duit yuran, entrance fee sume aku tak penah merayu-rayu kat orang len mintak bayarkan melainkan pada parent aku. *Tak merayu pun pada parent sendiri* Annoying betul manusia-manusia camnie...

So sorry, entry kali nie memang hati sebal gile ngan perangai-perangai manusia camnie. Aku pun cite lah kat best fren aku tu dia kata, "Ala tak yah sedih-sedih. Lambat ke cepat bukan jalan pengakhiran berjaya, yang penting menuntut ilmu." Thanks frend! Seyes, sayang sangat ngan ko! Tapi memang dah menitik air mata masa  mesej dia ngan baca yang dia reply.

Itulah yang membuatkan aku malas nak balik kampung, dengar orang dok sibuk-sibuk gossip sal aku *walhal aku bukan artis pon*. Dan aku balik kampung betul-betul nak jumpe kazen-kazen aku je... Bile masing-masing dah besar, jarang nak kumpul sesame. Jarang nak cite-cite gelak-gelak macam dulu... Rindu masa kecik-kecik....

Friday, October 21, 2011

Merepek Sekejap

Salamun 'alaik semua!

31 Oktober nie insya Allah akan melangkah ke alam baru, akan sambung pelajaran ke peringkat Degree, insya Allah... Kawan-kawan lain mase SBPI dlu dah berbondong-bondong nak abeh degree, saya baru nak step on degree kan? By the way, I accept all that HE fated to me.. Just redha and feel easy-going with what that i've todays and the day foward... Saya yang taknak pilih Matriks sebab saya memang boleh gile kalo saya teruskan dalam bidang yang saya tak mampu. Ramai jugak yang kate, "Alah, tak cuba dah mengaku kalah." So sorry, nie bukan mase untuk cube ke atau mengaku kalah, itu semacam memperjudikan masa depan sendiri sedangkan itu masa depan kita. Baik buruk kita yang tentukan, kan? Kalau kita rasa mampu untuk go on with THE ONLY CHOICE, go on. Tapi prinsip saya, selagi mana kita ADA PELUANG UNTUK MEMILIH, pilihlah berdasarkan kemampuan kita for the sake of ours, not others.

Okey, dah termembebel lah pulak. Entry kali nie, saya nak bagitau betapa saya sangat-sangat sedang mencari cerita Detective Jepun, selain Detective Conan, Shibatora Keiji & Tokyo Dog. Most of these stories is JAPANESE! Rinduuuuuu nak belaja Jepun *tue lah dulu mase kelas Jepun, konon-konon bosan lah kan... subjek tak masuk SPM..* Sebenarnya, pengetahuan bahasa tue sangat penting. Lagi banyak bahasa yang kita tau, lagi luaslah medium kita untuk berkomunikasi dengan pelbagai kaum dan juga semakin tinggi peluang kita berdakwah kepada kaum-kaum dari pelbagai negara yang berbeza. Saya tak terer sangat dalam Bahasa Jepun, tapi minat untuk belajar balik tu tetap ada walaupun tak tinggi sangat. Through off cerita-cerita Japan yang saya tengok, as long ada subtitle, it helped me a lot to get improve in this languange. Insya Allah, saya jugak bercita-cita nak memperdalamkan penguasaan bahasa asing satu hari nanti, insya Allah...

Demam Jepun dah melanda diri, so I really adore dengan Shun Oguri & Koike Teppei. Sebab watak dorang sebagai Detective.


Shun Oguri




Koike Teppei


Isn't both of them are kawai desuka? Terutamanya si Koike Teppei neh. Walaupun nama agak berbelit nak sebut, tapi lakonan dy memang kelakar. Shun Oguri memang sesuai lakon jadi detektif yang muke nak tegang je @ takde perasaan... Hihi Ape pun, sangat sukekan cerita detektif Jepun @ sayalah peminat J-pop! Haha Saya tak leh masuk sangat nak tengok drama Korea nie, Japanese tottemo hijo ni no yona! Gomennasai kalau salah eh....

Ok, sampai sini dulu merepek. Wanna continue my work! Salam.. ^__~

Thursday, October 20, 2011

Hebat Sangatkah Kita??

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt to all readers!
Thanks for reading this entry.

For this time, i would like to comment about a story, a drama actually that I follow to watch it. Even if I'd missed to watch at television, I will watch it via internet. Haha macam semput pualk nak cakap BI. That's my weakness, not very well in English. Cukup-cukup makan aje... Ok, then, sambung cerita tadi. Sekarang saya tengah addicted lah dengan cerita Putri Yang Ditukar. Serious! Saya sangat suke kan cerita nie.

Serba sikit tentang cerita nie *even tak habis tayang lagi kat tv*. Dia ceritakan tentang Wisnu, seorang lelaki yang berdendam dengan orang kaya, Prabu Wijaya. *sebena nye, mase 1st time dengar name Prabu Wijaya macam nak gelak, becoz it's look alike Kerabu... hihi jangan marah ye...*. Wisnu nie dendam kat Prabu sebabnye Prabu dah wat dia ngan best fren dia, Ikhsan accident. Prabu nie jugak dah pisahkan dua cinta sejati, iaitu Ikhsan & Aini, Aini tu sekarang jadi isteri nombor 2 Prabu Wijaya. Prabu jugak yang bunuh Ikhsan sebab dia taknak Aini tu terungat-ingat langsung kat ex dia tu. ikhsan pun kahwin lah dengan perempuan lain, nama nya Utari. Disebabkan dendam Wisnu pada Prabu, dia dah tukar anak Prabu dengan anak Ikhsan *sebab director sruh bini masing-masing bersalin kat tempat yang same lah pulak kan...*. Dia dendam bila dia tahu, yang kemalangan antara dia dengan Ikhsan mase nak larikan Aini dari kene kahwin dengan Prabu dlu, adalah kemalangan yang dirancang oleh Prabu Wijaya. Dan konon-kononnya, di Wisnu ni nak kasik pengajaran pada Pak Prabu, betapa dia akan menyesal satu hari nanti bila dia tau, anak yang dia besarkan, anak si Ikhsan, dan dia akan memusuhi anak dia sendiri *sebab kan dah dijaga dengan Ikhsan* and dia takkan tahu yang anak mereka dah ditykar oleh si Wisnu.

Bagi saya, dalam cerita nie, yang paling jahat ialah WISNU, bukan Prabu Wijaya. Even Prabu nie dah merancang nak bunuh orang, tapi lagi kejam si Wisnu nie pasal dia dah pisahkan kasih sayang antara anak dan bapak. Dan suka mewujudkan rasa bermusuh dalam diri *teremo sudaaa*. Tue yang tak eloknya. Dah lah miskin, jahat pulak tue. Ini lagi rugu dari manusia kaya yang jahat. At least, kalo kaya dan jahat, dia ada lagi kelebihan lain - kaya. Kalau orang miskin jahat??? Tak ke useless??

Tau tak kita, betapa tak baiknya kita simpan dendam pada orang, sebab dengan wujudnya dendam, kita sendiri yang takkan tenang dengan perasaan tua. Biasanya orang dendam sebab dia tak puas hati dengan apa yang someone dah buat pada dia dalam masa lalunya. Means, macam waktu kecik ke, atau dulu mase jadi best fren ke atau jugak dulu mase jadi couple ke... And so on... Yang pernah berkaitan dengan kite lah maksudnya...

Buat apa kita nak simpan dendam atau kita nak dengki, sedangkan orang yang kita dendam atau kita dengki itu go on with their life happily ever after. Memang, kita nie manusia biasa, tak sampai tahap nabi. Mungkin susah nak maafkan kesalahan orang atau perbuatan orang, nak-nak lagi bila ia meninggalkan kesan dalam kehidupan kita, such as kita buta ke cacat ke tempang ke... Sebab itu Islam nie indah. DIA dah tunjuk contoh  kat kite supaya belajar, dari kekasih-Nya. Ditohmah, hampir dibunuh, menjadi buruan, dicerca, dimaki... Ada Nabi balas balik?? Tak kan... Malah, Nabi akan jadi manusia lebih baik kepada orang yang bersikap buruk pada dia.

Revenge will give nothing to us.

Tiba-tiba teringat cerita tentang macam mana Nabi menyuap bubur kepada seorang wanita buta yang tua dari kalangan non-muslim. Perempuan nie, sambil Nabi suap, dia cerca Nabi. Dia cerita pada orang yang tengah suap dia tu, Nabi nie tak guna and macam-macam cercaan. Tapi, dia tak pernah tahu, bahawa orang yang suap dia selama nie ialah manusia yang dia dok kutuk selama nie. Sampailah satu masa, Nabi wafat, dan pekerjaan menyuap itu disambung oleh Saidina Abu Bakar. Bila mask je makanan tue ke mulu perempuan tua tu, dia ludah balik. Dia kata, "Kamu bukanlah orang yang selalu menyuapku.." Saidina Abu Bakar terkejut, dia kata, "Bagaimana kamu tahu bahawa aku bukan orang yang selalu menyuapmu?" Perempuan tu jawab, "Cara suapan yang berbeza. Orang yang biasa menyuapku, akan melumatkan nasi itusebelum aku telan, kerana aku tidak berupaya mengunyah." Saidina Abu Bakar pun menerangkan, "Benar, aku bukan orang yang selalu. Orang itu telah meninggal dunia." Perempuan tua itu terkejut dan bertanya, "Siapakah dia yang selalu menyuapku itu?" Saidina Abu Bakar pun menerangkan, itulah Rasulullah SAW. Lagilah perempuan tue terkejut. Manusia yang dihina, dicerca selama nie, itulah yang sudi menyuapkannya makanan. Dan dengan sikap yang Nabi dah tunjukkan, maka terbukalah hati wanita itu untuk menerima Islam sebagai agama anutannya. See?

Tunjuk contoh baik, orang akan sayang, orang akan hormat. Balaslah perbuatan jahat dengan seribu kebaikan.
Wassalam... ^__^