Wednesday, January 26, 2011

For The Rest of My Life

Salam.... 
Lame rasenye tak jengah blog nie... Maaf ye blog....

Hari nie hari yang cukup kelam kabut bagi saya... Jari nie ade Kursus Amalan Guaman (KAG)... Talk tue sangat bagus tapi saya yang tak ambil sepenuh benefit yang disediakan... Hilang concentrate di sebalik cita-cita yang menggunung tinggi... Dah lah dua2 session tue, DSPI A takde langsung calon nak tanye pape soalan.... Hurm... Maaflah Ustazah Sarah... Saya jadik hilang mood nak tanye soalan bile talk 'overtime'... Over late sangat... Kalau ikut tentatif, pjul 12.30 dijangka habis... Yelah kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.... Saya...orang yang sangat tidak suka kalau tak punctual... Kelas kalau habis lambat dari waktu kelas pun, mesti dah tak boleh nak fokus sebabnye saya dah set ape yang nak buat lepas dari waktu kelas tue... 

Er...sebenarnya...saya kejar nak dengar taklimat untuk student2 yang berminat ke Jordan... Tue yang buat saya jadi takde mood nak tanye2 soalan... And bagi saya, penceramah yang first tadi erm....kurang mampu utk wat kite boleh fokus... Setiap orang ade kelebihan dan kelemahan kan? Mungkin ada yang boleh catch-up dengan cara pembentangan dia but not me.. Tersangatlah tiade mood untuk hari nie sepanjang KAG & kelas mirath sebagai kesimpulannya.... Tak suke lah hilang fokus!!!!!

Hilang fokus sebabnye....J O R D A N... Rusum yang tinggi membuatkan ramai kawan2 tarik diri.... Sedih.... But I still on my stand... Saya nak cube jugak mane tau ade rezeki nak sambung ke sana.... Dan saya taknak sambung 'sendiri' ke sana... Untuk starting je kena sediakan duit sendiri jugak... banyak yang saya kena fikir.... Tapi...tuelah... Saya nekad nak smabung fiqh ke sane....

Erm...takde moodlah pulak nk tulis2 lagi...
Salam...





Saturday, January 22, 2011

Semangat Yang Tiba-Tiba Datang

Salam....

Final exam sudah mamper bak kate orang-orang Ind0n... Hihi... Sebab siap dah dapat jadual final exam first draft... cayalah!!!! Budak2 law sem 6 this sem TUKANG BUKAK PINTU DEWAN EXAM dan juge kamilah yang TUKANG TUTUP PINTU EXAM... mentang2 lah sem akhir.... Huhuhu... Tapi takpe lah... Sem akhir... Ada masa nak habiskan masa dengan kengkawan tersayang... 

Nie nak tulis cket first draft nye kt sini...

7/2/11: 9am-12pm: PBI6122 (English)
10/2/11: 9am-12pm: ALL6113 (Arabic)
21/2/11: 2.30pm-5.30pm: SFD6103 (Nizham)
23/2/11: 9am-12pm: SUJ6103 (Law)
25/2/11: 2.45pm-5.45pm: SFR6103 (Mirath)

Memang MANTOP..... Tengah2 saya online facebook, tiba2, semangat untuk sambung belajar di Jordan datang dengan mendadak... Ya!!! Saya nak sambung pelajaran saya di sana.... Dan jika Allah izinkan....saya ingin menyambung degree saya di sana dengan 'dia'... Kalaulah dia baca apa yang saya tulis nie.... Mudah-mudahan Allah gerakkan hatinya untuk membaca luahan hati ini.... Kerana hanya 'dia' yang tahu siapakah 'dia' yang saya maksudkan....

Sambung di Jordan... Dengan pengkhususan fiqh atau syariah... Universiti Yarmouk atau Mu'tah menjadi sasaran... Jika diizinkan, biarlah aku belajar di Yarmouk... Kat sana memang pengkhususan fiqh... 4 tahun kat sana? Saya dah sedia untuk berada di sana 4 tahun... Demi ilmu, Islam, cita-cita, dan juga keluarga.... Gambaran kawan-kawan yang menyambung pengajian mereka di luar negara membakar semangat saya untuk sambung di negara orang.... Kita kena berani.... Teringat dengan ketidak'welcom'an student law k sana sesekali menggugat iman... 

Ya Allah.... Apakah Kau izinkan aku untuk tiba di sana menggali ilmu-Mu ya Rabb.... Kau kuatkanlah aku untuk terus menghabiskan sesi pengajianku di KUIS yang hanya berbaki tidak sampai sebulan... Terkadang aku merasakan racun malas itu sangat kuat.... Kucuba untuk bermujahadah dalam menggapai cita yang hanayy tinggal setapak dua.... Ya Allah.... Kau hantarkan 'dia' sebagai penguat semangatku, terima kasih ya Allah.... Yang kuharapkan, moga segalanya akan segera dimulakan dengan hubungan yang halal di sisi-Mu.... Amiin... Mudah-mudahan Kau makbulkan setiap permintaan hamba-Mu yang hina ini ya Rabbi....

Bertunang Tanpa Sedar????

Assalamualaikum wbt....
Ops!!! Nak share entri nie.... From I Luv Islam

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Ok, ini di'copy' fresh dari I Luv Islam... Skang nak show pendapat laen dari satu blog nie....


And saya pun diserang confuse... Lalu saya bertanyakan kepada beberapa orang ustazah untuk mendapatkan kepastian... Jadi, seorang ustazah, iaitu Ustazah Hasanah secara suka relanya membantu saya memberikan pandangan beliau, sekaligus menghuraikan lebih lanjut.

Nie ape yang Ustazah Hasanah cakap pulak:

1. Mana ada dalam KONSEP TUNANG nie sebarang rukun? DIPERLUKAN CINCIN sebagai tanda utnuk mengelakkan fitnah...
2. Islam kan tak halang sebarang adat selagin tak bertentangan Islam, sekaligus ISLAM TAK MENOLAK ADAT BERTUNANG YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU.
3. Perlunya untuk keluarga tahu status hubungan anak gadis mereka untuk tidak membelakangkan keluarga. maklumlah, kalau kita belakangkan keluarga, takut akan jadi masalah lain pula dalam proses membina rumahtangga...

Terima kasih ustazah atas input yang sudi ustazah kongsikan...

Moga entry kali ini lebih bermanfaat buat kita faham dengan lebih mendalam perkara2 yang tidak termasuk dalam silibus pembelajaran masing2...
Wassalam...

Aku Masih Dara

Salam semua....

Saya baru....(tak lah baru sangat) habis tengok cerita Aku Masih Dara... Terima kasih kepada [penyumbang cerita, Nadhratun Naim.... Hehehe... Best memang best but...ala2 cerita Syurga Cinta... Cuma dalam cerita nie, lelaki yang tarik pempuan jadi baek...


Bile renungkan balik...aah...memang betul... Berapa ramai perempuan sekarang yang masih mampu mengekalkan daranya... Kita insya Allah mungkin terpelihara... Tapi kawan2 yang lain? Zaman sekarang nie....susah nak tentukan perempuan yang maish dara 'pure' punye sebabnye ubat untuk menimbulkan selaput dara pun dah ada... Haish...dara palsu lah tu jawabnya...

Kesal dengan kepantasan teknologi yang serba mampu menciptakan serba-serbi dengan segera... Mee instant ada.... Perencah nasi goreng instant ada... dara instant tue yang tak boleh blah.... Ya Allah... Ape nak jadi zaman sekarang? Percayalah, dengan adanya 'dara instant' nie, MUNGKIN menyebabkan SEBILANGAN BESAR para gadis tidak takut untuk menyerahkan dara mereka kepada lelaki2 buaya. Sebabnye, nanti nak kawen, pakailah ubat 'dara instant' kan? Hurm.... Tau pulak kalau nak kawen kena pakai dara instant... maksudnya, dia masih memikirkan soal maruah walaupun sudah tergadai... Sama-sama kita muhasabah balik...

Berbalik pada cerita nie saya nak komen sikit....  Cerita dah bagus... Memang bagus bagi saya CUMA babak2 perempuan yang TERLAMPAU SEKSI agak menyakitkan mata... Mungkin, pihak producer nak tunjukkan, nie lah realiti dunia zaman sekarang... Dunia para gadis pulak camne keadaan mereka kat disko tue... Dikelilingi pil-pil, botol2 air haram dan juga lelaki2 yang bernafsukan syaitan....


Realiti...realiti jugak... Tapi, seharusnya...pihak producer tapis sikit babak2 seksi.... bagi pendapat saya, secara tak langsung, menjatuhkan maruah gadis2 lain yang beragama Islam... memang kita tau, ramai sekarang nie yang Islam atas IC... Walhal, orang Islam yang terlibat dengan kes2 masalah akhlak nie ramai... Malu untuk mengakui tapi inilah hakikat.... Part yang dalam rumah pakai baju seksi pun....tak sepatutnya dipertontonkan secara jelas, sebab secara jelas, mencalar imej individu2 tertentu...

Apa-apa pun, secara terbukanya, saya memang sangat suke dengan kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Metrowealth sebab jalan cerita dia sangat menarik...
Keep up ur good work but please less controversy...
=)

Thursday, January 20, 2011

~~Sudah Semakin Busy~~

Salam....
Lama rasanya tak menulis kat sini....
Erm...maaflah ye blog ku sayang....

Sebenarnya, semalam saya tak tau kenapa hati saya rase sangat tidak tenang.... Asyik rasa nak menangiiisss je... Sampai saya dah penat menangis.... Saya pulak semalam on the way balik rumah.... Memang rumahlah tempat yang menenangkan saya.... Saya dapat jumpa adik-adik tersayang.... Dapat dengar gelak ketawa mereka....

Saya menangis sambil berdoa.... Sebenarnya, apakah kekacauan yang menyebabkan hati saya tak tenang... Saya cuba muhasabah diri balik.... Apa yang dah saya buat? Bagaimana dengan penjagaan kualiti solat saya? Solat alhamdulillah namun kualitinya macam mana? Mungkin ada benda-benda kecil yang saya terlepas pandang....

Saya kemudian mencapai al-Quran dan terus mengulang hafalan surah an-Nur supaya tidak lupa... Kan berdosa kalau dah hafal tapi lupa. Lagi berdosa kalau tak amalkan... Astaghfirullahl'aziim.... Mungkin itu kesilapan saya.... Lantas aku membuka terus kepada muka surat 440, iaitu hati kepada al-Quran... Lama ku merenung kepada surah itu.... Sudah jarang benar dibaca.... Khamis malam Jumaat pun tak baca.... Mungkin sebab tue lah Allah turunkan keresahan yang menggila kepadaku... Ya Allah.... Aku memohon ampun pada-Mu ya Rabb... Lalu, kuteruskan pembacaanku kepada setiap ayat... Terasa sayu mengenangkan kesilapanku... Kemudian, aku tiba pada perkataan 'mubiin' di dalam surah ini... Sedari waktu persekolahanku, aku mengamalkan membaca hajat yang kupinta dengan berhenti sebentar selepas tiba di perkataan 'mubiin' ini... Aku mohon beberapa hajat dengan linangan air mata... Sebak aku memikirkannya.... Aku sangat berharap agar hajatku diperkenankan Yang Esa....

Erm....Mungkin cukuplah sekadar ini sesi muhasabah... Moga akan bersambung di lain masa... Namun muhasabah itu perlu sentiasa pada diri.... 

Sekarang nak cerita pulak pasal ke'busy'an yang mengekang.... Huhhu.... Assignment? Tak yah ceritalah... Memang sangat banyak... Walaupun dah nak abeh sem... Contohnye assignment Mirath and Arab by PERSON.... Sebenarnya, kerja by person nie taklah seronok sangat sebabnye... Kena wat sensorang... Hihihi... Tapi nak wat camne kan... Alhamdulillah thesis sudh siap... Sekurang-kurangnya mampu mengurangkan bebanan tekanan perasaan yang melanda... Dan juga tekanan masa yang menghimpit... Kra kalau ikut dalam perancangan, memang sekarang nie masa nak siapkan assignment dan siapkan segala nota-nota yang berkaitan sebelum tibanya finalexam... Memang sem nie dah plan kena habiskan baca buku SEMUA  sebelum fina exam... Final kali nie start 7 Feb sampai 25 Feb.... Coz Law lah yang agak sengsara.... Hahaha sebabnye, kitorang start awal p0n habeh exm lambat jugak....
Huuuuu...

Takpe3... Tu belajang cerita... Sekarang punya cerita ialah menyiapakan segala tugasan ikut perancangan yang di list kan...

Wassalam...
Selamat berjuang sahabat-sahabtku yang lain...

Sunday, January 16, 2011

Lame Gak Da Tak Post

Hehehe
Salam....

Lame gak da x post...
Maklumlah, macam2 program and ada sedikit sebab yang membuatkan saya terpaksa mem'private'kan blog saya dalam short term... And sekarang, bile saya rase dah clear, saya dah xprivatekan...

Alhamdulillah, saya dah berjaya menghantar thesis saya untuk dijilidkan dan akan dihantar kepada Ustazah Huda tak lame lagi, insya Allah....

Semalam saya pergi jenjalan kat PD ngan Bie, Fad, Syue, Pah n Dayah... Tapi, xnak upload gegamba dah sebab agak private.. memang syok walaupun muke semakin gelap dibakar mentari... cewahhh ayat....

Huhu and rase nye takde ape lagi nak tulis,..
Penat manage blog and banyak keje len yang agak2 tertunggak...

Wassalam...

Sunday, January 9, 2011

~~Erm~~

Petang tadi, borak2 ngan Kak Noor, sambil dy cerita pasal baby dy yang sekarang 5 bulan dah pandai merangkak!! Sangat cepat... kak Noor nie dy tua sthun umurnya, asalnya sama sem dengan ktorg tapi disebabkan dia ada masalah kesihatan, seterusnya berkahwin dan melahirkan bayinya, telah mendesaknya untuk menangguh satu semester dan kiranya dia lambat habis satu sem lah dari saya... 

Borak punya borak, terkeluarlah cerita dia menjaga anak, keadaan rumahnya dan juga pembahagian masanya sebagai pelajar, ibu dan isteri... memang mencabar.... Hai...saya pun tercabar jugak bile sume pakat2 nikah awal and dah ada anak neh... Hahahaha

Dalam entri kali nie jugak, saya nak mintak maaf sangta2 pada adik Liena sebab saya sekarang sangatlah sibuk dan jarang dah berpeluang untuk sembang-sembang dengan dia... Mintak maaf ye adik.... =)

Tadi jugak, sy chatting dekat sejam jugaklah dengan senior sekolah rendah saya... Macam2 yang kami cerita... Dia pelik sebab saya ingat dan kenal dia lagi... Erm, itu sebenarnye perkara biase... Saya memang ingat lah budak2 skolah saya sebab tak berapa ramai sangat kot...walaupun ada jugak yang saya tak ingat... Bile die cerita balik, dia kate saya ngan dia selalu bergaduh time skolah rendah and dy kate nak ktorg berbaek skang nie... Saya ase nak gelak je sebab nye ye lah...cite zaman budak2, sekarang nie xde lah saya dendam dengan sape2 pun... Dah besar...dah matang.... Kalau dulu yelah...Sikit2 gaduh, nak-nak pulak saya nie memang jenis kaki gaduh... Hahahaha

Erm...saya ditimpa satu penyakit hati.... Saya teringatkan seseorang.... Seseorang yang dah lamaaaaaaaaaaa sangat saya ingat.... Tapi saya tak menaruh harapan yang begitu tinggi kepadanya sebab saya tahu, dia sekarang bukan calang2 orang.... Mesti ramai gileeeeeeeeeeeeeee pempuan yang suke kat dia.... And mungkin dia pandang saya sebagai kawan biase, yelah junior sekolah.... Saya pun tak berani nak hukum orang... Sebab saya sendiri pernah tengok, sowang dak course saya nie, elok bersongkok tapi mulut and perangai.... Wallahu a'lam.... Saya kadang2 rase susaaahhhhh sangat agaknye kan nak jumpe lelaki yang baik... Memang saya pun tak berapa baik tapi sekurang-kurangnya, ada tak suami saya tue nanti perangainya ala-ala saya?

Takut tau kalau dapat suami yang kurang menjaga thiqahnya, kemungkinan besar akan merubah isterinya sekali gus.... Allah....aku rasa tidak terduga dengan ujian-Mu....

Kawan saya pernah tanye saya, "Ko plan nak kawen bile?", saya jawab, "Entahlah, lagi cepat lagi bagus. Tapi untuk masa terdekat nie mustahillah kot...Calon xde aku pon xready lagi...". Kawan saya jawab, "Alah asy.... kalau dah sampai joodoh bukannye kire ko ready ke tak, kawen jugak jawapnye..." Nak kawen memang seronok sebab mase tue lah menghalalkan kita kepada yang selama nie diharamkan sementara kita belum bernikah.... Tapi berapa ramai yang juga 'seronok' dengan tugas yang bakal dipikul? 

Plan saya?? Kalau saya ditakdirkan dapat sambung belajar ke Jordan, saya kalau boleh biarlah nikah dulu sebelum pergi... Ada juga yang boleh jaga saya dengan halal mase saya belajar nanti... Kalau saya di Malaysia, saya nak kawen umo 23 tahun... Hehehe saya rase umo cenggituh ok lah kot dah kalau nak nikah... Kan3!!! ;p

Sekarang? Oh, sekarang plan saya nak fokus belajar dulu.....
=)