Friday, July 19, 2013

Poligami Bukan Isu Semudah ABC

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan reaaders! Terasa Ramadhan kali nie sangat cepat berlalu. Macam tak sedar, dah nak dekat pertengahan Ramadhan. Ini bukan sebab kejar hari raya or sebab cuti raya just 3 hari *especially KUIS'ian sobs sobs sobs* Bulan Ramdhan terasa berkatnya... Macam terdetik je dalam hati, Allah bagi... Ya Allah, malunya dengan Engkau, tak pernah berkira membagi rezeki, manakala aku sentiasa berkira saat beribadah. Betapa hinanya aku sebagai hamba-Mu... Ya Allah, andai Ramadhan mendatang tak sempat aku merasa, maka aku mohon, Kau terimalah amalan Ramadhanku kali ini. Kau cantikkanlah kitab catatanku...

Penat gelak masa kuliah tort semalam. Yes, belajar tort sangat seronok sebab kita terjun ke dalam pelbagai masalah masyarakat sejagat tapi bukanlah boleh pandang sebelah mata. Biasalah, namanya pun law... Nama pun belajar, takde benda yang senang, course ape sekali pun. Yang penting kita minat. Yang penting, kita tau matlamat kita belajar. And, masa dekat-dekat nak habis masa semalam, Sir Farok, our beloved Tort's lecturer forever and after bukak cerita. Berkaitan isu paling hangat sekarang, membabitkan Mahkamah Syariah, membabitkan poligami, membabitkan hati dan perasaan especially perempuan. Emosi sikitlah bile bab-bab perempuan nie. Not too emotional laa tapi terasa jugak kepedihan yang sedang dilalui oleh Dayana, isteri Asyraf Muslim. *ewah, macam aku pulak bini dia*

Kronologi yang saya tahu tentang berita poligami Asyraf Muslim ialah beliau telah buat permohonan untuk poligami. Yes, dalam Islam memang takde disyaratkan, sebelum berpoligami kene dapat kebenaran mahkamah. Daripada bulan 4 katanya failkan kes. And sekarang bulan berape dah kan... Satu lagi benda yang masyarakat kene tahu, memang urusan membabitkan mahkamah, bukan semalam daftar, hari ni bicara, esok settle semua tuntutan yang anda nak. Not too easy like that. Orang lain pun line up berapa tahun untuk tunggu kes diorang dibicarakan. Then, suddenly dia (Asyraf Muslim) tarik balik tuntutan permohonan poligami SEBABNYA dia dah berkahwin di Thailand bersama isteri keduanya. Dan dia dikenakan untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8000. That is law, and please make it professional. Janganlah berurusan macam budak-budak. This is my opinion.

Pasal poligami, kita jangan ingat Mahkamah langsung takkan bagi izin pada si lelaki untuk poligami ATAU PUN si lelaki rase mesti xlepas nak kawen lagi KALAU ISTERI YANG SEDIA ADA tak bagi izin. Ingat, Mahkamah akan soal siasat suami dan isteri. Misalnya, mahkamah akan tanya gaji si lelaki, berapa bajet yang dia berikan untuk isteri, anak-anak atau ibu bapa (kalau ada). Mahkamah jugak akan tanya si isteri, macam mana layanan suami, sikap suami pada dia, cukup ke nafkah yang dia bagi. Ke start ada short-short semenjak ada jumpa 'orang baru'. Ni bukan bagi tips orang berpoligami tapi bagitau prosedur yang mahkamah akan jalankan pada orang yang mohon poligami.

Sebenarnya, ada je kes permohonan poligami nie, isteri memang bagi izin pada suami seikhlas hati, dan bagitau tentang keizinannya pada mahkamah, MALANGNYA mahkamah yang tak benarkan si suami berpoligami, atas sebab ekonomi suami tak kukuh untuk pasang 'kabel'. Ada jugak si suami yang kaya tapi tetap tak dapat izin mahkamah, sebab dia tak mampu berlaku adil. Ada kes yang isteri memang tak bagi izin untuk suami berpoligami tapi mahkamah benarkan, sebab mahkamah nampak si suami mampun berlaku adil. So, alang-alang dah sampai mahkamah, why not tunggu lah keputusan mahkamah...

Saya selaku perempuan memang rasa sedih sangat bila baca laporan tentang Asyraf Muslim ni. Saya nampak dia baik, cukup pakej tapi yelah.. Manusia memang tak sempurna. Lagi sedih bila dia ikut cara belakang untuk poligami. Ada ura-ura cakap dia berpoligami sebab isterinya belum mengandung. SABARLAH... Bukan dia sorang yang diuji macam tu. Tak ada ke dalam sirah para anbiya', yang lambat dikurniakan anak? Kisah Nabi Zakaria, ternukil dalam al-Quran, sehingga putih rambutnya, baginda tak jemu memohon pada-Nya supaya ada pewaris keturunannya. Allah know the best time to full fill ur need. Allah give what u need, but not what u want...

Dan saya tengok sendiri video klip pasal poligami Asyraf Muslim. Saya dapat dengar, suara si ayah itu sedih, sebak, menahan rasa... Itu baru si ayah, bapa kepada orang yang mengalami, ape lagi bagi orang yang mengalami. Lagi sebak baca puisi yang dikarang oleh Noor Dayana. Bacalah kat sini... Den yang jenis wanita besi pun sebak-sebak jugak. Masih bertahan tak titiskan air mata.

Sedih bila tengok gambar nie, dipadankan dengan puisi beliau.
Masa bercinta, dunia memang dirasa tercipta hanya untuk berdua. Bila badai singgah sekejap, macam-macam endingnya. Berbalik pada matlamat asal perkahwinan. Kahwin bukan semata-mata nak anak je. Teringat masa saya di Syria dulu, saya terjumpa pasangan suami isteri yang memang sudah tua. Orang Malaysia, dalam lingkungan 50 lebih ke 60 gitu lah. Si suami minta tolong kami guiode isterinya sebab belajar di Jami' yang sama, Jami' Abu Nour. Kami ingatkan mereka datang untuk honeymoon lah, sebab tengok dari usia mereka. Kalau dah anak pun, mungkin dah besar-besar. Pandai jaga diri. Dan makcik tu bukak cerita sebab kami tanya, anak-anak makcik buat apa sekarang? Dengan muka yang tersenyum, dia menjelaskan bahawa dia tidak ada anak. Dia jugak cerita, masanya dihabiskan untuk berbakti sepenuh hati pada suami. Suaminya dilayan seperti raja. Makan pakainya dijaga sempurna. Dan paling penting, pakcik tadi tak pernah cakap "ABANG NAK KAWEN LAGI". Walhal, si suami itu pengarah TNB kat Melaka kalau saya tak salah. Si isteri pernah tanya, adakah suaminya akan cari isteri lain? Makcik tu cakap, "Pakcik ko cakap, dia taknak makcik tanya soalan yang memang menyakitkan hati sendiri". Terdiam aku fikir... Itulah matlamat perkahwinan. Bukan semata-mata nak zuriat. Kadang Allah tak bagi zuriat sebab Allah bagi kita banyak rezeki lain.

Tak nak ulas panjang *walhal berjela-jela dah tulis* tentang poligami. Kalau nak faham poligami itu sebenarnya, pendapat yang saya rasa tenang hati untuk menerima, saya sarankan anda-anda cari novel Sebarkan Cinta-Mu by Fatimah Syarha. Padat dengan info. Wanita, jagalah hati anda, sayangilah agama anda, persiapkanlah diri anda menghadapi sebarang kemungkinan dalam perkahwinan. Bukan kita meminta yang bukan-bukan, sekadar peringatan mempersiapkan diri. Jangan rasa dirimu disisihkan dari keadilan agama dan keadilan undang-undang, tuntutlah hakmu dengan cara yang betul supaya agamamu tidak rosak.

Wassalam..
With love,

 
*jangan mudah cakap uhibbuki fillah atau uhibbuka fillah pada orang yang berlawanan gender dengan anda. risau disalah tafsir. hati-hati dalam jaga hati. mujurlah aku jenis hati batu.*

Friday, June 28, 2013

New Journey!!!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt..

Beloggggggggggggggg! Sesungguhnya saya rasa rinduuuuuuu sangat nak menconteng di blog. Dah berapa kali, masa saya cari maklumkat kat cc atau library, saya dah bukak bahagian blog. Then, baru nak tulis word ASSALAMUALAIKUM, I need to get off from blog. Sebab saya rasa, ada kerja yang ;lebih penting untuk aya settlekan, daripada blogging. But seriously, I do miss my blog. Lame tak bercerita. Ada kawan yang tanye, "Eh, ko dah tak memasak ke cuti hari tu? Biasa rajin post dekat blog." Haha Memasak tu bukan musim okey~ Memasak go on macam biasa, cuma nak post kat blog tu bertangguh... Gamba dah amek tapi tak masukj-masuk lagi. Haihhhh malas laaa. Ada jugak orang tegur, "Lame tak tulis blog?" Saya cuma boleh menjawab, saya busy. Yup, walaupun saya tak sebusy kawan-kawan yang ada meeting program etc, tapi saya rasa kat KUIS hidup saya pack. Bolehlah nak dikatakan bernafas hanya masa tidur. Hahaha

Okay, btw entry yang tertunggak ialah saya nak perkenalkan barisan lecturer-lecturer saya sem nie. One thing ynag saya boleh comment untuk sem nie, sem nie sem baru bermula nak busy-sebusy-busynya. Satu benda penting, even sesibuk mana pun saya, ianya takkan menyekat masa saya nak balik rumah. I dont care ada program ape pun, when I say I wanna be at home, I'll. Full stop. 

Sem nie dah masuk minggu ketiga. Entry nie mungkin dah macam lewat siket but I dont care. Sem nie ialah sem paling tinggi credit hour yang saya amek, 19 credit hour. Kalau ada budak2 IPTA baca my postage nie, mesti diorang gelakkan, sebab diorang punye credit hour 20 above. Never mind, we are in different shoes~  

First, subjek arab, Ustaz Syukri yang aja. Ustaz yang sempoi, tapi setiap minit adalah berharga bagi beliau. Punctual. Dan dia suka ingatkan kami, jangan stress dalam kelas bahasa Arab. Saya tak stress, tapi kadang-kadang termengantuk tu yang buat saya stress. 

Second, subjek Entrepreneurship. Subjek nie sebenarnya ok-ok sahaja, tapi kene cop depan-depan la kalau nak clear dengar suara lecturer sebab microphone sentiasa problem. Subjek nie diajar oleh Puan Suhaila. Lembut orangnye. Ayat beliau yang paling saya nak gelak kuat-kuat ialah, "Kenapa awak taknak duduk depan, wak? Saya bukannya makan orang, wak. Saya nie lagi kecik dari awak-awak semua." Hahaha Biasalah Puan... Tempat besar, masing-masing ada tempat pebret masing-masing... Hehe

Third, subjek Dirasah Nasiah. Ustaz Shuhadak yang ngaja. Macam biasa, selalulah ketawa walaupun beliau buat lawak perli. Makin besar kami, makin banyaklah kene perli, sebab al-'ilm fis sutur, wa la fis sudur.. Tu yang tak habis-habis kena perli. Tapi best. Baca kitab arab lamaaaaaa. Mughni Mughtaj. Sekarang starting belajar bab nikah. Ustaz dia suka test kami punya pengetahuan, yang sememangnya kami tak berapa tau. Benda-benda yang kami tak berapa tau tu lah yang disuruhnya jadikan kerja rumah. Tapi baguslah, menambah ilmu, bukan semata-mata penuhi 'kerja rumah'.

Forth, subjek Metod. This subject more to the practical, teach and guide us, how to built up a quality thesis. Thesis secara jujurnya benda yang paling aku suka. Sebab apa? Tesis ialah kita mengkaji sesuatu tajuk dengan lebih mendalam. Lebih seronok bila itu tajuk yang kita suka. Dan saya pulak memang sangat suka menulis. So, tesis nie memang kene lah dengan jiwa saya pendek kata. Puan Zanariah yang ajar. Tak sabar nak tunggu feedback Puan tentang tajuk-tajuk yang kami usulkan untuk buat tesis olok-olok kami *sem nie je, sem depan, real thesis*

Fifth, Hifzul Quran by my new mentor, Ustaz Hairulfazli Mat Som. Best. Kelaka. Tegas dalam kelakar. Ok, benda yang paling penat nak gelak sampai hari nie, when our first class, kitorang dah tutup quran dah sebab dah nak end of class. Then, ustaz cakap, saya nak bagi doa pada kamu nie biar senang kamu nak menghafal. Aku dan adalah jugak kawan-kawan yang lain dah siap-siap keluar pen dan pensil nak tulis doa tu. Then, ustaz cakap, "Ok, ini doanya. Allah humma PAKSA" Masa aku dengar Ustaz tu cakap PAKSA, serius aku blur. Aku try revise balik, ape mende word arab, kata dasar PAKSA nie? Ape maksudnya? Rupa-rupanya, PAKSA in MALAY VERSION. Harghhhhhhhhhhhhhhh. Stress tiga saat~

Sixth, Undang-Undang Harta. Puan Maffuza yang aja. Sem nie seram siket, sebabnya Puan main soal-soal kuliah beliau yang lepas-lepas. Maksudnya, kuliah waktu minggu kedua, beliau revise apa yang dah belajar masa kuliah pertama. Hah, menggelabah lah aku. Tu lah akibat orang pemalas...

Seventh, Undang-Undang Tanah. Best. Panas dengan kes-kes dan isu-isu tanah. Yang sebelum nie, aku ingat subjek tanah nie is a dull subject. Serius, dull-subject actually killed me silently. Bile dull, malas nak belajar, tak fokus. Taklah aku nak cakap aku rajin. Pemalas jugak. Rileks sokmo dah macam aku puilak lecturer nak relax-relax. Haha

Last, Undang-Undang Tort. Alhamdulillah sangat-sangat sebab Allah izinkan aku untuk duduk dalam kelas tort. Best sangat, walaupun kena buat extra work and we need to attend extra lectured. Tapi bagi aku, setakat nie alhamdulillah tak jadi masalah. Study is my priority here. Tapi, taklah sampai mengatasi prioriti kehambaan saya pada Allah. Itu tak mungkinlah. Sir Farok yang ajar. Serius, penat gelak sebab Sir selalu buat lawak. But when he comes to teach us, he is serious. Tapi, tak lame lah seius beliau. Haha But, one thing that made me toooooooo respect to him, sebab nota-nota beliau masa DEGREE, masih tersusun RAPI, dengan tulisan yang SUPER DUPER KEMAS. Malu weyhhhh. AKu yang perempuan pun tulisan bajet taraf-taraf Profesor Madya. Dalam kelas Sir, setiap patah beliau, we need to record in our books. Satu lagi, kalau kau loyar buruk dengan Sir, kau tunggulah loyar buruk Sir balas. Hahaha

Sem nie dapat duduk dengan Amang, my coursemate, Sabahian. Dua lagi adik-adik, amek Quran Sunnah and sorang lagi perguruan. Mereka semua baik-baik sahaja, alhamdulillah. Adik-adik kan... Hahahaha 

Sem nie, aku dah mula rasa BAHANG nak sangat jadi FINAL YEAR STUDENT. Actually, I'm not in final year but becoming for next sem insya Allah... I'm not a star student sebab ramai lagi yang SUPER DUPER hebat dari saya especially my respectful friend, namanya dirahsiakan sebab kami dah ada perjanjian. Tapi, memang saya rasa sem nie, betul-betul banyak kerja yang kene kami buat. Tapi apa pun, walau susah macam mana pun, walau penat macam mana pun, life need go on. Satu prinsip dalam hidup yang kita kena ingat, walau kita buat apa pun, atau dalam bidang apa pun, 

"KALAU KITA BETUL-BETUL NAKKAN SESUATU, KITA TAK KISAH SESUSAH MANA CABARAN YANG KITA KENA TEMPUH, KITA AKAN HADAPI WALAUPUN KADANG-KADANG HATI TAK KUAT. KITA AKAN SEDIA UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA *as long as tak bertentangan dengan Islam lah* UNTUK KITA DAPATKAN APA YANG KITA NAK. SEBAB APA YANG KITA NAK MESTILAH SOMETHING THE BEST FOR OURSELVES. FOR SURE, THE BEST THINGS NEED HIGHEST RISK AND SACRIFICES." 

Kau nak maintain dalam deanlist ke, kau nak terlibat dalam organisasi ke, kau nak someone ke, tetap ini prinsipnya. Sebab Dr Fadzilah Kamsah ada menyebutkan, orang yang banyak bagi dalih dan banyak cakap tak boleh, tipis peluang untuk berjaya. Dan kalau dia berjaya pun, mungkin lalu jalan belakang. Peringatan untuk diri sendiri supaya jangan banyak mengeluh bila dapat kerja. Umur makin naik, tugasan makin naik, semoga tak kurang tinggi naiknya iman kita sebagai pembimbing dalam kehidupan.

Last but not least, thanks for reading this nothing postage. Sekadar contengan dari sudut orang yang munasabah *refer to the tort.wink wink* Appreciate u for reading this nothing and for visit me here. Sorry if toooo much typo. Nie blog, macam malas nak double check ejaan or ape2 yang berkenaan lah. Hihi. Take care readers. Night.
Wassalam.

*jerebu sekarang nie, jaga diri... jangan lupe pakai mask. :)*  -terima kasih sudi mengingatkan. i appreciate your advice! ^__^

 

Monday, May 20, 2013

Ini Cerita Tentang PLKN~!!!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt readers.

Terima kasih sudi bertandang. Sudi bukak link. Sudi menjengah. Berhabuk lamanya blog nie. Tahun nielah yang saya rasa, paling pemalas nak tulis blog. Dulu masa diploma saaaaaaangatlah rajin. Orang dok sibuk taip thesis, aku dok taip blog. Haha

Kali nie, tiba-tiba rindu pada Tuaran. Rindu pada Kota Kinabalu. Rindu suasana PLKN. Yup, dekat Kem KK Tuaran aku kena menjalani PLKN. Dah lah dormate aku sakat-sakat, aku mesti dapat PLKN kat Sabah. Makbul doa korang. Betapa masa aku tau dapat dekat Sabah, aku nangis. Sampai mama cakap, mama nak tukarkan aku kat kem area2 KL. Aku cakap, takpelah. Mesti ada hikmahnya ke sana. Sebab apa aku nangis dapat ke Sabah? Akus sering dimomokkan kisah murtad dari Sabah. Kisah Kristian dan macam-macam. Aku takut iman aku tak kuat. Jadi aku menangis, aku mengadu pada Allah. Aku mintak sangat biar tempat yang DIA bagi pada akum, ialah tempat yang sangat menjaga agama aku. Alhamdulillah, tangisan aku berbayar. ^__^

Apa yang seronok dekat sana? Dekat sana aku dapat kawan non-muslim. Kawan non-muslim aku yang first aku kenal, Stacy. Kecik, comel je orangnya. Kristian from Sabah. Baik, peramah. Lega sikit aku. Kawan kedua, Kikie. Haha Dia gangster jugak nie. Kaki clubbing. Tapi, dia pelik kat aku. Sebab dia kata, kenapa aku tak takut dengan dia, sebab semua orang takut dengan dia. Aku cakap, tak ada alasan aku nak takut dengan dia. Start tu, kitorang kamcing. Sekarang, lost contact..

Ada beberapa pengalaman yang aku suka nak share kat sini. Pengalaman first time aku pegang Bible. Baca isi dalam Bible. Macam mana saya boleh baca? Masa tu, kitoranga da gotong-royong hari Ahad. Hari Ahad, pelatih2 wanita yang Kristian, yang mazhab Roman Catholic pergi ke gereja. Yang mazhab SDA (Seven Day Advantist) & Protestant hari Sabtu. So, kebetulan hari Ahad tu, lepas siap gotong-royong, kitorang pun lepak-lepak kat asrama. Saya godek loker sorang budak Kristian, tapi bukan untuk mencuri harta dia atau apa. Sekadar nak baca kitab mereka.

Nie saya share, masa first saya nak baca kitab tu, saya amek wudhuk. Saya nangis, takut saya murtad. Nauzubillah. Yelah, selama nie aku paling la tak amik tau pasal agama lain. Sekadar dengar pencerahan dalam usrah. Menggigil tangan masa bukak Bible. Lepas tu...baca... Lepas tu..GELAK. Serius aku gelak baca. Sebab, cerita dalam Bible jelas bercanggah dengan al-Quran. Alhamdulillah, Allah masih sudi meminjamkan kekuatan dalam mengimani-Nya hingga saat ini. Dan aku sangat harap, agar aku engkau dan sesiapa sahaja yang membaca ini, semoga ALlh mengakhiri usia kita dengan menguatkan bibir kita menyebut nama-Nya.. Insya Allah...

Kedua, agenda kami mengajak yang non-Muslim naik ke surau. Dakwah awal kepada Islam. Introduce mereka pada Islam. Komandan kamilah yang cabar. Katanya pelatih kali ini lembap. Tak ada seorang pun yang berani bawa non-Muslim naik ke surau. Tak macam sbatch2 terdahulu. Ok, aku adalah orang yang agak pantang dicabar. Dan masa tu, aku diberi mandat sebagai Ketua Pelatih Muslimah. Maknanya, aku diberi tanggungjawab untuk jaga pelatih2 Muslimah dalam bab-bab kerohanian. Aku merancang dengan Ustazah Hayati dan geng-geng aku sendiri. Yang sama-sama membantu aku dalam menjaga kerohanian kawan-kawan yang lain. Atikah Shahrom, Ummu Aiman, Atiqah Charlie, Haryati Juning, Syafiqah Abdullah. Nie lah kawan-kawan yang sentiasa ada untuk jatuh bangun aku, sama-sama berganding bahu untuk menyiram dan menyuburkan keislaman, sama ada dalam jiwa muslim atau non-Muslim.

Kami ajak mereka naik ke surau. Kami ajak mereka dengar zikir. Kami ajak mereka dengar ceramah. Banyak pengalaman yang seronok. Kami berjaya mendekati seorang gadis Kristian, sangat kuat kepercayaanya pada Kristian. Dengar cerita dari kawan-kawan yang rapat dengannya (saya gelarkan dia M) M nie, dia punya kedalaman pengetahuan tentang agama dia, sama taraf boleh ganti Sister dah. Sister yang dekat gereja. Kalau tak faham, istilahnya cenggini. Dah nak sama taraf dengan Ustazah-Ustazah gitulah dia. Orang tanya hukum, dia boleh jawab. Gtulah. Kami rasa seronok sebab dapat ajak dia naik surau. *kau ingat senang nak pujuk yang orang2 kuat nie pergi rumah ibadat agama lain* Saya ingatl, M pernah cakap, betapa dia rasa bersalah pada keluarga kalau dia masuk Islam. Betapa dia rasa bersalah kepada keluarga kalau dia naik surau. Tapi, dia kata suka naik surau. Tenang.

Saya ingat, kerana projek kami ini, kami-kami digelar 'manusia bahaya' kerana mempunyai agenda 'memurtadkan' pelatih-pelatih non-Muslim. Sehingga aku ingat, aku sampai dikawal rakan-rakan yang lain, bagi menghindari jurulatih yang non-Muslim tu. Yang cop kami manusia berbahaya. Pada aku, kenapa nak takut kalau di jalan yang benar? Aku tetap bawa mereka naik. Aku gembira bila Stacy cakap, dia hafal al-Fatihah. Dia baca depan aku. Dia kata, dia suka belajar pasal Islam. Masa tu umur aku 18 tahun. Dan sekarang aku rasa betapa bodohnya aku kerana aku tak keep-in-touch dengan mereka. Aku tak manfaatkan mereka untuk menjadi saham akhirat aku. Bodohnya aku. Rugi.

Pernah aku cakap dengan kawan-kawan aku yang Kristian, "Perempuan-perempuan Kristian cantik-cantikkan?" *sebab tengok kawan-kawan yang Sabahan (Kristian) dan jugak pelakon-pelakon,haha* Dan si kawan membalas, "Ko tau, saya lagi suka tengok muka-muka Muslim. Muka kamu semua bercahaya. Cantik sangat." Allahu akbar.

Rindu, masa naik bukit, jauh ke atas sikit. Nampak Kinabalu walaupun dari jauh.
Rindu, masa masuk hutan.
Rindu, masa bagi arahan untuk Muslimat naik ke surau bila masuk waktu solat.
Rindu, masa orang sibuk berkawad, aku curi-curi makan ais krim *dengan Fatin. Hahaha*

Rindu, masa jenjalan kat Sabah, area Kota Kinabalu. Datang tempat sejuk.
Rindu, masa berlasak-lasak di PLKN.
Dan aku...rindukan Kota Kinabalu, tempat aku 'bermain' dengan banyak perkara.


Group Wirawati Alpha. Ihsan dari group fb PLKN.
Wira Alpha.

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh, hati saya rindu... *tears*

Thanks for reading.
Wassalam.

 

Tuesday, April 23, 2013

Dan Aku Dihambat Rindu...

Bismillahirrahmanirahiim
Assalamualaikum readers!

Rinduuuuuuuuuunye dekat blog! Macam-macam cerita nak update sebenarnya tapi dek kerana kekangan masa *ayat tak payah nak thesis sangat kannnn*

Ok, seriously cuti kali nie cuti yang best walaupun saya tak terikat dengan sebarang kontrak kerja. Every weekend, start daripada dua minggu yang lepas, saya dok sakan attend wedding kawan-kawan. Yelah, orang jemput makan, moh le kite meraikan diorang kan?

Tahniah pada Hazimah & Faiz, kawan-kawan KUIS. Yang saya rapat dengan Hazimah, bekas jiran masa diploma. Pasangan kedua, Kak Anisa Nordin  pasangan. Yang nie dulu beliau guru saya. Tapi masa habis dip, saya kerja kat sekolah rendah saya sekejap, then dia kata, panggil "Kak" je, jangan berustazah-ustazah.
Tapi satu hal yang saya sedih, gamba dengan bestiest2 corrupt pasal laptop hang. Ok, ini je gambar yang ada, tapi nie masa wedding Kak Nisah lah.

To 'em.

Kak Nisah, I and Nuna.

Terjumpa jiran lama *yg baju merah*


Then, 19hb haritu, birthday Ayah. Tak wish dalam fb sebab laptop yang short. Tapi, kek tetap tak dilupakan.
Kek birthday jama': Qila + Ayah.

19hb bukan setakat kejutan birthday untuk ayah, tapi kejutan untuk Amir. Kitorang *means my family* gerak dari Klang, untuk tengok Amir pertandingan Tilawah Quran peringkat Negeri. Tapi kitorang tengok dari jauh *atas nasihat saya, sebab saya dulu tak boleh kalau family tengok saya masa bertanding, mesti saya kalah, sebab bila family ade, cam menggedik sikit lahhhhhh.haha!*

Lepas tengok Amir, ingat nak direct balik Klang, sebab esoknya Ajiq pulak lawan Marhaban. Tapi Amir buat muka sedih kitorang dah nak balik. Dia nak kitorang temankan dia g tengok schoolmate dia kat pertandingan nasyid. Mama pun bertolak ansur penuhi permintaan Amir. Aku yang malas nak turun pun macam terpaksa jugaklah kan... Haha. By the way, 4 group je pun yang nasyid. Dan yang paling aku terpukau, bila sampai sekolah Amir yang buat persembahan. Amir beria-ia cakap, "Kak, sedih lagu sekolah Amir bawak..." Pastu saya buat muka tak puas hati, "Kalau kakak tak nangis, siaplah. Maknenye tak sedih la tu." Hahahaha. Bunyi je sedih, tapi hati aku masih gagah dengar lagu tu. Aku terpukau gile sebab sekolah Amir, diorang buat nasyid dalam bahasa Arab, dan sebutan bahasa arab diorang sangat sedap. Yelah, budak2 tahfiz kan dah di'train' baca Quran, so makhraj macam takde problem. 

Masa tengok diorang buat persembahan, masa nie saya rasa macam nak menangis. Bukan sebab dengar lagu nasyid ke ape, tapi sebab saya rindu...rindu sangat zaman sekolah... Rindu zaman sekolah rendah, masa saya sentiasa jadi jaguh pidato dan syarahan. Ada jugak masuk tilawah, tapi memang tak pernah menang, sebab saya tak reti bace quran ikut lagu-lagunya *masa tue lah* Rindu zaman sekolah menengah, saya ceburkan bidang dalam berpantun dan tilawah. Rindu masa sekolah menengah, tengok penasyid sekolah suara memang sedap gile bernasyid. Rindu masa kena penuhkan dewan tengok orang nasyid. Rindulah pendek cerita. Fuhhhh. Tahan je air mata dari jatuh.

Saya ingat, saya mula diasah mama untuk belajar cakap depan orang ramai masa saya 6 tahun. Saya ingat, masa majlis penyampaian hadiah, saya kena baca sifir dengan nyanyi lagu *dangdut weh mase tu.. ingat lagi, lagu Amelina. ko jangan main-main* Bermula lepas tu, saya sering naik pentas untuk buat performance yang berkaitan dengan talk *dan kesannya saya sangat suka bercakap sampai sekarang. haha* Sebab tu, saya akan bagi free talk pada adik-adik saya, bila diorang kata tak mau aktif. Alih-alih zaman IPT nie, kurang aktif benda2 gitue. Rindu nak lepas gian, tapi mungkin sendiri tak pandai cari peluang. 

Dan keputusannya, Amir ahamdulillah second place. Ajiq pun marhaban 2nd place jugak.. Saya secara suci hatinya kagum dengan adik-adik lelaki saya. Macam Amir dengan Abang, diorang sangat advance bab-bab tilawah Quran. Cukup dua tiga kali orang ajar lagu bayati, nahwand, razz and so on, dorang cepat pick up dan boleh apply pada mana-mana ayat Quran. Kena kat aku, mesti aku nangis, sebab aku jenis hafal lagu dan ayat, buakn hafal lagu dan apply pada ayat.

Oklah, sampai sini dulu membebel. Lepas gian blogging. Lepas gian membebel. Lepas rindu yang sarat pada zaman kegemilangan dolu-dolu.
Tanx reading this nothing.
Wassalam.

Sunday, March 17, 2013

Dan Final Exam Datang Meminangku....

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Bila final exam datang meminangku, aku tidak punya alasan untuk menolaknya, sama ada cara baik atau pun cara kasar. Walaupun dalam hati berderau bila tiba tarikh kami berkahwin nanti.

Oh final exam.

Tahukah engkau betapa aku mencintai buku-bukuku? Mengapa engkau juga yang mahu meminangku? Namun aku redha dengan pinanganmu wahai final exam...

Menghabiskan study week di rumahm sebab asrama takde orang. Harga makanan dekat cafe pulak aku rasa macam nak mintak biar aku je yang jadi tukang masak kat ctu, senang. Makan free. Dan mase study week pulak, kaki aku sakit tanpa diketahui sebab musababnya. Adakah terkejut kerana terima pinangan dari final exam? Oh, kaki. Janganlah kau nak over.

Dengan tak prepare ape-apa untuk final exam, aku rasa macam WARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH betul ke ESOK final? Orang dok sebok update final around the corner, aku pulak relax, lepak-lepak konon hebat. Ya Allah, teruknya aku... 

Semoga ilmu yang aku belajar selama ini berkat. Lekatnya di hati, bukan di atas kertas semata-mata.

Duduk rumah best. Mane tak best, lapo je ade makanan. Nak makan ubat, ada 'nenurse' yang tolong amik ubat, amik air, bukakkan ubat, tuang ubat. She is my nenurse! Hehe

Nenurse @ Nuna yang baik hati~

Mama pulak konon-konon jadi warden asrama suruh aku study. Takde makne nye lah aku. Asyik lah tidur je~ *habislah, esok da start final.*

Ok, cukup setakat nie. Kang kalau aku melalut lebih panjang, habis lah aku. Orang lain dah habis study, aku baru nak mula. Gila betul!!! 

Untuk kawan-kawan semua, mohon ampun salah dan silap untuk semua salah dan silap saya pada kalian secara sedar atau tak sedar. Mohon halalkan ilmu yang kalian ajar pada saya. Semoga ia berkat kepada kita semua. Mohon dihalalkan segala-galanya lah senang cerita. Dan untuk kawan-kawan juga, saya maafkan segala salah silap anda, dan saya juga halalkan apa yang sepatutnya kepada anda. 

Kita exam buat betul-betul tau! Make sure 5 flat! Tapi pointer nie bukan untuk kita. Untuk masyarakat kita, untuk agama kita, untuk negara kita. Untuk kita tampar kaum non-muslim, bahawa orang Islam itu tidak bodoh, tidak mampu mereka tundukkan dengan senjata-senjata mereka. Dan kitalah, yang akan bangkit untuk mengislamkan lebih ramai lagi kaum non-Muslim. Itu misi kita. 5 flat bukan untuk kepentingan kita, tapi untuk misi dakwah! Insya Allah biiznillah! 

Wassalam.. ^__^

Sunday, March 3, 2013

Berdialoglah Dengan Tuhanmu...

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Saya berharap untuk mencoret perkara yang ringkas dan padat.

Kita dikurniakan Allah SWT masa suka dan juga masa berduka. Ramaiiiiii, saya ulang ramai sangat antara kita yang lebih ingat, lebih kenal Allah SWT masa susah, daripada masa senang. Saya juga begitu, kerana saya juga manusia.

Kita ingat Allah masa kita sakit, masa kita disakiti, masa kita kesempitan, masa kita nak exam, masa kita susah. Berapa ramai yang ingat Allah masa sihat, masa ceria, masa cemerlang, masa dilimpahkan nikmat? Bukan tidak ada, tetapi jumlah kecil.

Adakah masa yang khusus untuk berdialog dengan Allah? Teringat saya ketika berada dalam Forum Cinta Mahasiswa rasanya yang disampaikan oleh Dr. Rubiah. Beliau memanggil dua orang wakil, seorang siswa dan seorang lagi siswi. Beliau bertanya, bilakah masanya kamu rasa link dengan Allah? Dan kedua-dua mereka menjawab, ketika solat. Beliau berkata, SALAH dan jawapan itu SANGAT SALAH. Kerana mungkin sahaja kita lupa firman-Nya di dalam surah al-Qaaf, ayat ke-16:

 وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ 
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” 

Berdialoglah dengan Tuhanmu Yang Esa tanpa membataskan waktu. Tanpa perlu ada masa yang khusus. Berdialoglah dengan apa cara sekalipun kerana Tuhanmu Yang Maha Agung itu mengerti apa pun bahasa yang kamu gunakan. Kongsilah dengan Dia setiap duka dan bahagia.

Bacalah Quran dengan cara bertadabbur (membaca makna bagi setiap ayat yang kita baca). Cubalah, kerana biasanya di tengah-tengah ayat yang kita baca, ada perkara yang Allah tegur kepada kita, ada perkara yang Allah janjikan kepada kita, ada perkara yang Allah pujuk lara kita. Ingat, Tuhanmu itu Maha Setia, mengatasi segala kesetiaan manusia.

Tengah shopping pun boleh berdoa. Doalah dalam hati, kerana Allah Maha Mengerti. 


Satu perumpamaan yang simple. Dua situasi yang berbeza. Pertama, anda ada seorang kawan baik. Selalu bersusah senang dengan anda. Satu hari kawan baik anda menceritakan bahawa dia dalam masalah kewangan dan meminta bantuan anda. Seorang lagi, kawan yang jarang contact dengan anda, tibe-tibe mintak pinjam duit RM1,000. Anda rasa, kawan yang mana satu anda akan bantu? Mesti anda akan rase pada kawan yang jarang contatc tu macam nie, "Eh apehal pulak masa susah jumpa aku? Sebelum nie ko ke mana?" Tapi, dengan kawan baik anda, jika dia mohon bantuan RM1,000, anda dengan senang hati menghulur bantuan. Malah, mungkin anda akan beri lebih dari amaun yang diminta.

Begitu juga dengan Allah. Teringat seorang guru saya pernah mengingatkan, kalau kita nie punyalah malas nak berdoa dekat Allah, tiba-tiba bila kita dapat musibah, baru doa dari nama kita paling banyak naik kelangit, risau Allah tak kenal doa itu. Nak ke kita, doa kita tu dicampak kembali ke muka kita? Renungkanlah...

Berdoalah untuk setiap perkara yang kita lakukan. Pelajaran, kesihatan, rezeki, kesejahteraan kedua ibu bapa, hubungan baik sesama manusia, penindasan, jodoh dan macam-macam perkara lagi.

Ok, sekian sahaja coretan sebelum tidur.
Wassalam.

Friday, March 1, 2013

Last Week yang Best!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt.

Ape khabar readers? May Allah bless u walau siapa pun anda yang membaca. Thanks for visit. ^_^

Cerita minggu lepas, baru nak update minggu nie. Ape lah punya lambat, kan? Bukan ape. Kalau kat KUIS, jenuh la pulak nak terpacak kat cc ke library ke tulis blog. 

Ok, bermula hari Jumaat, jumaat lepas adalah hari terakhir mid-term exam, subjek Istinbat Ayat al-Ahkam. Eh, betul ke tak name subjek nie~ @.@ Habis je mid-term, kelam kabut lah saya balik, siap-siap untuk pergi date bersama my roomate. Ok, nothing special pun. Setakat jalan-jalan cuci mata. Tapi, sangatlah mustahil kalau keluar window shopping semata-mata. Mesti ada 'ole-ole' yang di bawa pulang. Ole-ole wajib ialah big apple!

On the next day, saya join progam free, KUIS taja 40 students untuk pergi dengar talk 'Solat & Selawat Bersama Ustaz Don.' I'm seriously happy on this day! Sangat banyak input yang saya dapat. Let me share apa yang saya ingat ye.

-Apa peristiwa yang menyebabkan kita solat ada berdiri tegak, ruku', sujud dan lain-lain pergerakan? Sewaktu Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa baginda isra' dan mikraj, ketika baginda tiba di langit, baginda lihat para malaikat ada yang sedang berdiri tegak sahaja, ada malaikat yang sedang ruku' sahaja, dan ada malaikat yang sujud sahaja. Lalu baginda berkata, "Alangkah seronoknya jika aku boleh berbuat seperti yang dilakukan malaikat." Maka Allah memerintahkan, kaifiyyat (cara-cara) bersolat adalah seperti apa yang kita lakukan hari ini.
-Apabila Allah & Nabi Muhammad SAW panggil, maka kita wajib menyahut.
-Kenapa kita sujud dua kali, sedangkan pergerakan lain semuanya sekali? Ketika baginda tiba di tempat di mana malaikat semua sedang sujud, baginda memberi salam kepada para malaikat. Para malaikat bangun seketika untuk menjawab salam baginda dan kembali sujud. 
-Siapa orang yang mula-mula solat Subuh? Nabi Adam. Ingat tak kisah Nabi Adam A.S. di buang dari syurga, turun di dunia. Baginda diturunkan ketika malam hari. Baginda merasa sangat takut kerana sepanjang di syurga, baginda tidak pernah tahu apa itu kegelapan. Di syurga, hanya ada cahaya yang terang dan cantik. Dan berlalulah malam, baginda Adam A.S. melihat jalur putih di kaki langit (fajar) dan berasa sangat gembira, lalu mendirikan solat sebanyak dua rakaat sebagai tanda bersyukur terlepas daripada dua musibah, iaitu musibah kegelapan dan musibah dosa yang dilakukan. *untuk sejarah solat fardhu yang lain insya Allah akan saya update kemudian*

Kemudian, habis je program, terus menjelajah ke ekspo buku Islami yang ada. Dapatlah borong lebih kurang sepuluh buku dengan harga RM55 sahaja! berbaloi-baloi kot!!! Kalau total up harga sebenar, near to RM200, tapi saya berjaya menjimatkan duit. Terima kasih Ya Allah, banyak rezeki yang Kau beri. Dapat dengar ilmu secara percuma, boleh borong buku lagi. Lpeas borong buku, siap pak cik bas drop kan kami kat pasar Bandar Baru Bangi lag sebab ada yang mintak pergi pasar, tapi pasar yang dekat KUIS je lah. Dah orang nak bawak pergi tempat lain, takde hal lah. Follow je!


Saya dan mereka.
And hari Ahad lepas, ari yang saya nanti-nantikan. Guess why? Sebab saya akan ke Broga Hill! Brogaaaaaaaaa, Aku Datang!!! Siap excited. Taklah excited sangat sebenarnya. Biasa-biasa je. Pergi ke Broga untuk memenuhi silibus kokurikulum. Ada dua aktiviti, camping dan hiking. Bagi saya, saya memang tak suka camping. Leceh. Saya suka join aktiviti yang lasak, tak suka aktiviti perempuan melayu terakhir *apakah statement nie* Then, saya pun pilihlah hiking. Sebab apa? Sebab saya suka.

Sepanjang hiking, saya belajar dengan alam. Belajar realiti kehidupan. Banyak yang saya dapat walaupun takde sebarang kuliah atau talk. Belajar bukan terbatas dalam lingkungan dengar kuliah semata-mata ok? Saya belajar, untuk berjaya itu memang bukan mudah. Untuk mencapai tahap selesa itu bukan sesenang yang disangka. Walaupun dah beberapa kali hiking, tetap penat sebab tak biasa. Mungkin kita semput, letih lelah masa nak hiking. Sakit kaki, lenguh. Apa lagi? Macam-macam yang kita rasa. 

Kita paksa diri kita untuk terus naik atas Broga, walaupun kita rasa nafas memang dah semput habis lah. Macam tu juga dengan kehidupan. Kita paksa kaki kita melangkah ke hadapan, kita kuatkan semangat untuk terus bertapak melangkah, walaupun jalan yang kita lalu penuh rintangan. 

Di tengah pendakian, bila coach kata siapa nak surrender boleh tunggu. Bila coach kata perjalanan masih jauh, sapa yang tak nak naik boleh tunggu. Saya terfikir, saya macam pilih untuk surrender. Tapi terus saya tolak ke tepi, kerana saya nak teruskan perjuangan saya sampai ke atas. Ada misi dakwah yang sedang saya bawa. Memang masa hiking, saya lebih selesa mengenakan tudung bulat daripada tudung paku *pinjam word Ustaz Saifullah.* Sebab bila kita hiking, dah confirm kita akan jumpa macam-macam orang dalam perjalanan kita. Lelaki yang mengusik-usik, wanita Islam yang tidak menutup aurat, non-Muslim. Jadi saya pegang, manalah tahu dengan akhlak dan pakaian kita mampu menjadi dakwah dalam diam pada mereka. Siapa tahu, satu hari yang non-Muslim itu terbuka hati memeluk Islam. Siapa tahu, wanita yang tidak menutup aurat atau kurang sempurna penutupannya sedar, menutup aurat tak mengurangkan walau sedikit pun tenaga untuk hiking, malah memelihara mereka. Dan kita yang melihat mereka-mereka begini, doakan mereka dalam hati. Bukankah doa yang tidak diketahui itu lebih makbul? ^__^

Dan semasa memilih untuk surrender, sahabat-sahabat bertanya keadaan saya, ok ke untuk teruskan. Saya cakap insya Allah, boleh. Di samping kawan-kawan yang menghulur tangan dan berjalan bergandingan semasa kesusahan. paling saya tak boleh lupa, bila nakk turun Broga. Wallahi, nie first time saya rasa gayat gila masa nak turun. Masa tu, macam-macam dekat kepala. 'Kalau aku jatuh, matilah aku jawabnya.' Tapi, ada seorang kawan menghulur tangan bila dia nampak saya macam tak berganjak, mungkin dia faham saya gayat. Terima kasih kawan! Sambil tu, cuba pujuk diri, boleh turun sendiri. Tak jatuh... Sampai satu tempat yang curam, saya menggelungsur untuk turun *gayat punya pasal* Tapi bila dah turun, memang nikmatnya tak terkata.

Sepanjang perjalanan mendaki Broga, ada masa kita semput, ada masa kita takut, ada masa kita jatuh. Same goes to our life. Itu juga kisah kehidupan. Dalam kehidupan, bukan setiap masa adalah masa untuk kita ketawa, untuk kita senyum, untuk kita gembira. Ada masa kita disakiti, ada masa kita kesedihan, ada masa kita kecewa, ada masa kita rasa diri kita tak berguna. Semua tue natural of life. Satu je pesan saya pada diri sama ada tengah hiking atau dalam hidup, kita jangan mudah melatah bila dicuit situasi-situasi macm nie. Tetapkan prinsip kita. Hadapi segala cabaran dengan gaya hidup orang yang bertuhan. Sebab apa saya cakap macam ie? Datanglah apa dugaan sekalipun, kalau pergantungan kita hanya pada Yang Esa, maka pergantungan kita tak pernah sia-sia. Allah SWT yang akan datang membela. 

Berdakwahlah walau di mana saja kita berada kerana dakwah itu cinta. ^_~
Teringat pulak Ustaz Don cerita masa kem Solat dan Selawat tu, kisah 'Aisyah R.A. difitnah. 'Aisyah yang hanya berjalan berdua dengan seorang lelaki tetapi difitnah melakukan sesuatu yang buruk. Dan Nabi pun turut rasa tempiasnya. Apa tidaknya, sepanjang beberapa bulan yang berlalu, *maaf saya tak ingat berapa lama* Nabi hanya menjenguk 'Aisyah hanya untuk memastikan yang 'Aisyah sihat. Langsung tidak bertanya khabar, tidak bercerita, bergurau senda, walhal itulah isteri yang paling Baginda SAW sayang. Sepanjang beberapa bulan Nabi tidak bertegur sapa dengan 'Aisyah, sepanjang itulah wahyu tidak turun. Dan baginda tak tau, adakah 'Aisyah bersalah atau tidak. Satu hari, baginda mengumpulkan 'Aisyah, Abu Bakar, dan kedua ibu bapa 'Aisyah untuk mempertimbangkan sama ada baginda akan menceraikan 'Aisyah ataupun tidak. Tau Nabi cakap apa dekat 'Aisyah? "Wahai 'Aisyah, jika kamu orang yang benar, tenanglah kamu. Allah akan membersihkan nama kamu. Tapi, jika kamu orang yang bersalah, maka bertaubatlah 'Aisyah." 'Aisyah memujuk ibu bapanya supaya terangkan kepada Nabi, yang dia tidak bersalah. Namun, kedua ibu bapa 'Aisyah tak mampu untuk melakukannya. Hinggalah 'Aisyah sendiri yang bercakap kepada Nabi bahawa dia tidak bersalah. Dan kemudian, menggeletarlah badan Nabi dan berpeluh-peluh baginda ketika wahyu turun. Terus Nabi mendapatkan 'Aisyah dan berkata, "Wahai 'Aisyah, sesungguhnya Allah telah membersihkan nama kamu."

See? Ustaz Don kata, Allah kalau nak uji kita, memang uji sungguh-sungguh. Sampai kita rasa nak give up dalam hidup. Lagi Ustaz Don kata, kalau orang memburukkan kita atau memberi fitnah, tak payah layan. Serahkan dia pada Allah SWT. Biar Allah yang bersihkan nama kita, cepat atau lambat. Ustaz Don kaitkan dengan kes Syeikh Nuruddin al-Banjari.

Eh, macam dah terpanjang sangat catitan nie. Dan semasa hiking jugak, saya teringat masa kami di Syria, duk memanjat Makam Arba'in. First time memang penat. Balik je menggeletar lutut. Tapi, bila dah dua tiga kali naik Makam Arba'in, takder rasa penat sangat. Penat macam berjalan biasa. Tu lah, bak kata pepatah, Alah bisa tegal biasa. 

Dan saya sangat gembira, saya, Wizana, Afiqah, Kak Teah, Kak Zu, Nani dan Adha merupakan orang-orang yang terawal sampai di bawah. ^__^

Thanks for reading. 
Wassalam.