Sunday, May 20, 2012

Kuliah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt..

Praise to Almighty Allah because at last, saya berjaya jugak mengahbiskan tempoh kerja selama sebulan setengah di kilang Samsung. Bermacam-macam kerja yang saya buat. Gaji sebelah pagi RM50, sebelah malam RM52. Ingat, ada orang senang-senang nak kasik 50 hengget tu kalo kau dok tercegat macam patung cendana? Memang takkan ada. Nak dunia akhirat, perlu ada usaha. Bukan kerja semata-mata duit, tapi saya cuba menyelami kerjaya ayah saya selama nie.


Saya kerja sebagai kuli. Dengar pon macam low class kan. Serius penah masa awal-awal saya kerja, saya agak sombong cakap dalam hati, "Actually, I'm not deserve to be here. Step on here and do anything as a servant." Memang kerja kuli, kerja orang bawahan, tapi diri satu saya dapat memotivasikan diri. Orang takkan ada kat atas kalau tak pernah jadi orang bawah. As like my father. Before this, he just as a production operator, step by step be a supervisor, then chief of supervisor after that alhamdulillah as an officer. Ramai orang cakap kat saya, "Alah ayah Siti kan gaji dah besar. Siti tak kerja pun tak ape." And I just smile. Orang memang pandang officer gaji macam tinggi, orang tak tau ape tanggungan yang ayah perlu langsaikan dengan gaji yang ada. Malas nak komen banyak, saya cakap kerja sebab nak belajar berdikari.

Sepanjang bekerja nie, banyak sangat yang saya perhatikan. Macam mana perjalanan hidup pekerja kilang yang beragama Islam. Adakah semata-mata kerja untuk dunia atau kerja tu dijadikan satu wasilah untuk dapat saham di akhirat? Macam saya, kerja yang saya pegang ialah conduct 2 mesin, IK Machine Auto, ID Machine.  Siap check diode guna mesin IK, saya kena balut diode yang terkumpul sebanyak 3000kg then kene tarik gune troli truck kat tempat simpan diode yang dikhaskan. Mulanya, sorang akak Indon nie yang buat. Lagi kecik dari saya tapi gile boleh tarik dlm12 000kg per day diode2 tu. Mulanya, saya pun tak boleh. Saya cakap tak larat dan tak tau nak handle troli truck. Tapi saya cuba belajar, and akhirnya saya berjaya tarik at least 9000kg per day. 


At first, saya sendiri tak percaya. Gile ke aku boleh buat macam nie? Sehari 9000kg diode aku tarik. I'm a girl. Kalo lelaki tu tak kesah sangat lah kan. Bukan nak cakap, aku boleh jadi Badang abad 20 tapi the most important point, mind set. Jangan jadi manja dan mengada-ngada. Jangan jadi manusia yang tak boleh berdikari, sentiasa nak hidup dilindungi orang, dibantu orang lain. Cant to depend on yourself. Yes, we cant do everything lonely but we did not do everything with everyone, right? Bagi saya, selagi mana kita boleh buat sendiri, selesaikan masalah sendiri, please settle it by yourself guys. 

Ada jugak isu kat kilang tu, biaselah ramai gak budak yang part time, especially budak2 yang gap cuti sem nye agak panjang cam saya an budak2 lepasan SPM. Ada satu isu ini, memang agak membakar jiwa saya jugak. Ada sorang budak perempuan ni, adik saya kata dia anak cikgu sekolah rendah dulu *btw aku pon tak ingat sangat cikgu tu. May be aku tak belajar dengan dia kot.* Anak dia kerja seklai kat tempat tue. Sembang punya sembang, aku tau lah result SPM dy. Then dia kata nak amek course nursing dekat UiTM. Lepas keputusan UPU kuar, dia bagitau aku dengan muka hampanya dia tak berjaya dapat U. Aku just cakap, sabar je lah. Ada rezki kat mana2 tue *tapi dalam hati aku nak gelak sebenarnya. sebab biaselah UPU nie orang yang result tinggi pun belum tentu lepas dapat U.* One day, that girl told me, dia dapat UiTM tapi guna orang dalam. Masuk sama standard dengan budak2 first intake. Itu satu hal.

Lepas tu dia dapat course campak je lah sebab awal2 lagi 'orang dalam' bagitau, dia mungkin tak leh bawak  course nursing. Course yang dia pun blaja dalam BI gak. Dia kata dia tak minat BI. Nie lagi satu masalah budak sekarang. BI tak minat letak tepi. Hello, aku pun tak hebat BI tapi kita tau bahasa tu sebagai 2nd languange untuk communicate, belajar lah slow2. Aku slow talk ngan dia, nape dia tak try college len yang tawarkan nursing. Yelah, banyak kan kolej len. Dia kata, mak dia tak nak kolej swasta. Tak standard, sijil dia takde harga. Part nie paling aku bengang gile. Amboi, selama aku diploma sampai degree duk kolej swasta, alhamdulillah aku tak tergolong dalam manusia yang kelas bawahan pun. So, aku share satu cerita dengan dia.

Aku nak masuk degree, aku hanya mohon bidang syariah law je. Aku tak mohon bidang lain sebab aku aim aku memang fokus pada syariah law. IPTA tak dapat, rayuan dapat tapi sebab guna orang dalam. Aku cakap kat dia camni, "Kalau nak kejar nama UNIVERSITI, nak kejar MURAH, memang kite dah lama masuk U yang kita dapat. Tapi kita rasa macam pengemis kalau kita masuk U guna orang dalam, bukan guna result kita sendiri." Aku tak tau dia terasa ke dia takde perasaan ke tapi aku bengang bila orang pertikaikan KOLEJ ni macam sampah. Kau ingat dok UNIVERSITI standard sangat lah? Kalau tak belajar, dok U hebat mane pun, same gak. Belajar bukan bergantung TEMPAT yang kita nak belajar tapi bergantung dengan EFFORT kita untuk gali ilmu, faham dan  amalkan. Aku macam nak bagi free talk aje kat mak dia. Berdabel-dabel bengang dengan statement camtu. Banyak je kawan seangkatan aku yang sambung Degree kat KUIS sekarang bukannye orang yang low class, tapi tergolong dalam golongan excellent student mase diploma dulu. tapi semua bergantung pada rezeki.


Adik aku pun bising, masuk guna orang dalam memang menyusahkan orang lain yang sepatutnya lebih layak dari kau masuk kat U tu. Dan teringin aku nak tau, pointer budak tu habis diploma kang. Standar tak dengan gelaran U yang dia kejar sangat.

Common. Ilmu bukan ada kat U aje tau. Kolej kat Malaysia semua diiktiraf, KUIS antara yang the best bagi aku walapun aku angin jugak dengan yuran asrama yang menggila. Kalau dapat U, tapi tak study, kau kerja asyik nak ponteng kelas, exam nak lulus je memang hancurlah. Tu je key dia. Belajar kat mana-mana pun sama, yang penting masa study, kau fokus, Grab ilmu sedalam-dalamnya. Jaga adab dengan lecturer. Paling pentin, jaga aurat kau, batas pergaulan, dan hubungan dengan Allah kene smooth. tak kisah belajar kat mana pun, Allah akan bagi ganjaran setimpal dengan usaha kita, bukan standard kita.

Panjang betol aku celoteh nie. Meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pandangan sesetengah manusia yang terlampau KEJAR STANDARD sampai LUPA KEJAR KUALITI. Last but not least, saya nak ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH buat kawan2 seperjuangan, kawan2 sekelas yang result masing2 alhamdulillah gempak-gempak. Ain, Atul, Ejat, Mariam, Kak Wa, Nisah, Hashlinsyah, Hariz. Kita dah usaha, Allah balas sebagaimana kita usaha. Dean list, alhamdulillah guys. Tu hadiah penat lelah pada diri sendiri dan paling special, untuk kedua ibu bapa. Terima kasih ya Allah untuk segala nikmat yang Kau pinjamkan pada diri ini. Semoga aku tergolong dalam manusia yang tau bersyukur, tak lupa diri dan tak kedekut ilmu. 


p/s: Berdebar-debar nak bukak sem baru. Ada subjek undang-undang kontrak dengan undang-undang keluarga I. ^__~

Sunday, April 29, 2012

Masak



Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Hari nie tak kerja. Malas. Hehe. Walaupun gaji dorang bayar lebih sikit hari nie, tapi memang malas and takde mood nak kerja rini. Sebab kat rumah hari nie, semua orang ada. Adik-adik kat asrama balik. 

Sebab Ape ye saya beria-ia nak kerja dulu? Haaa sebab saya nak pergi book fair kat PWTC start dari Jumaat hari tu sampai Selasa depan. Malangnya, bukan rezeki saya nak pergi book fair kali nie. Gaji pun takde lagi. Ayah dah offer bagi pinjam dulu duit dia, nanti dapat gaji saya bayar balik tapi saya taknak. Sebab saya nak rasa dengan duit hasil kerja saya sendiri. Memang lah kalo pinjam wet ayah pun tolak wet saya jugak tapi ntah. Saya memang bajet nak pegi bile dah dapat gaji. So, xde gaji xde lah jalan. Wuwuwuuuu

One more, saya kerja sebab saya nak cuba masak macam-macam. Hehehe Masak? Kerja? Ape kaitannye? Yelah, kalau saya dah kerja, senang saya nak beli apa-apa barang untuk saya masak guna duit saya sendiri. Kalau nak mintak dekat ayah, kesian pulak. Nanti bajet ayah lari. Sebab, yang saya nak try masak bukannye bende cam biase2. Saya suka tengok masterchef, suka try makan yang saya agak cam best, tu lah pasal lidah rase macam nak makan sendiri ape yang saya suka tu, dari air tangan sendiri. Ewah! Walhal masak pun tak lah pro sangat kan. Test masak guna resepi, lepas lah. Kikikiki

Saya suka search resepi yang saya suka makan. Tak pon, saya tanya sendiri dengan orang yang jual tu, ape bahan-bahan yang dia letak. Saya suka hot and roll. Cheese dia alamak! Memang cair dalam mulut saya! Serius sedap! So hari tu, mase saya beli lagi sekali, saya tanya yang tukang masak. Apa bahan-bahannya. Sporting lah dia bagitau. Thanks so much! Dapat gaji insya Allah den jalankan projek menaikkan lemak badan. Hahaha

Saya kagum dengan Ustazah Hasnah, lecturer saya yang ikut rombongan masa ke Syria. Dia nampak simple, cool. Walhal, memasak memang superb! Kalah tukang masak kot! Baju anak-anak dia jahit sendiri. Memang saya tabik! Saya tanya diri saya balik. Skill ape yang saya dah ada? Alamak.... memang tepuk dahi lah kalo beria nak kawen tapi xde pape skill kan? Yang paling penting skill yang perlu ada pada seorang perempuan sebelum melangkah ke alam rumahtangga bagi pendapat saya, skill masak, menjahit, mendidik anak. Yang lain-lain tu sampingan lah. Ada skill lain memang bagus. 

Ok, malas nak tulis pepanjang. 
Thanks for reading.
Salam. ^__^

Wednesday, April 25, 2012

My Part Time

Bsimillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt semua.

Ape khabar? Rindulah kat blog. Lame gile xupdate blog. Busy keje lah al-konon-kononnya. Tapi bukan busy semata2, penat. Tu lebih tepat. Balik kerja, kalo rjen online kjap, then tutup. Nak rest. Nak masa untuk pulihkan tenaga.

Saya kerja ape sekarang? Kalo saya cakap, mesti ramai xcaye, sebab saya yang ciwek nie berjaya step on and stand till today and hope till the date the we'd plan to resign. We? Ok, saya dengan adik second saya. Kitorang keje kilang Samsung, tempat ayah keje. Senang siket kalo keje dengan adik saya setempat. Shift malam kitorang adalah geng *walaupon bukanlah geng ke sana sini kan.. haha*

Actually, bukan senang tau keje kilang. Serious! Ok, nie saya nak kongsi pengalaman saya. Yang nak kate saya bajet bagus ke, semua benda nak cerita ke, do i care? Haha biaselah manusia nie, suka menghakimi orang, even xde tauliah sah pun nak menghukum orang, tapi itu lah dunia. But i dont mind pun. Up to you guys!

First day saya kerja, memang xtahan. Rase macam nak patah kaki, sebab this is my 1st experience keje kilang, 11 jam keje tanpa henti! Sampai rumah saya stress, xtahan, tutup pintu, nangis, tido. Tak makan pun malam tu. Serius penat gile. 2nd day, saya bangun tidur mind set, kerja ok2 je.. Jangan stress2. Tapi serious, memang masa saya keje tu, sakit kaki, saya baca mathurat, baca zikir2 biar saya dalam keadaan terkawal, diberi kekuatan untuk bertahan, rasa kesakitan untuk mencari duit even seringgit sehari. Saya ada 4x rehat sehari tapi tehat semua dalam 15minit. Bayangkan, rehat 15minit x 4 kali = 1jam. Kerja dari 7.50 pagi sampai 8.00 malam (kalau shift pagi). Haaa mane tak menggigilnye kaki den yang tak pernah-pernah seumur hidup berdiri bertahan 11 jam. caya lah! Saya masuk silat pun ujian dia tak pernah suh berdiri 11 jam. Fuh~!

Masa shift pagi, ada rehat pukul 10 pagi, saya gagahkan diri, meluangkan masa untuk date dengan Allah sekejap, dhuha sekejap. Tak lame pun solat, 5minit je tapi saya take time 10 minit sebab dengan kaki penat, naik atas surau untuk rest. Dan saya dapat rasa betapa besarnya hikmah solat untuk orang Islam. Setia pergerakannya, memang betul-betul merehatkan. Ruku', sujud. Terasa nak menangis solat sebab rase nikmat berehat walau sekejap. Solat biasa, saya tunaikan macam biasa waktu kilang bagi rest. Biar pun terpaksa berkejar untuk solat, sedangkan waktu tu ramai yang tak solat *khusus untuk orang Islam* saya rela. Sebab saya rasa, saya kerja ni setakat suka-suka, solat itu wajib. Jangan sebab penat kerja, alasan nak excuse solat. Sorry, saya paling pantang orang meremehkan solat n bab2 aurat nie. Bukan nak promote gua bagus beb, tapi itulah prinsip saya. 

Pakaian pulak, mujur xde masalah. Saya pakai tudung dengan baju labuh, tapi kena sarung gak baju kerja. Tak kisah yang penting saya masih dapat pakai pakaian labuh, berstokin, bertudung, berstongan tanpa halangan dan sekatan. Tapi itulah kebebasan yang sebenar bagi saya. Saya berhak mempertahankan aurat saya.

Keje malam pulak best. Keje same je tapi boleh pasang lagu, mp3 and so on buat halwa telinga. Ape lagi, inilah masa tebaik! Hahaha Siang-siang tak boleh sebab KOREA sangat kejam. Kejam gile ok, ko tengah keje jangan harap boleh SEMBANG dengan kawan sebelah, just boleh bagi isyarat je. Yang boleh, just JERIT, bagitau mesin rosak. Kalau ko sembang mase kerja, alamatnye ko dengarlah si korea menjerit sebelah telinga kau! Rase macam nak amek 1 kilo cotton bud, sumbad kat telinga bia tak dengar si korea memekik. So, ini lebih mengukuhkan pendirian aku untuk tak suka pada korea. Layan cerita ke ape ke.. Memang i boikot lah korea2 nie. So, mamat2 korea yang berangan-angan nak isi borang jadi calon suami I, sila lupekan! Memang awal2 borang kau aku reject! *ok,perasaan selama sepuluh jam*

Keje malam ada rehat, pukul 3 pagi. Masa tu kan waktu paling elok solat sunat kan? Tapi kali malam memang saya tak sempat nak solat sunat *alasan malas semata2* tapi serius memang masa tu penat gile. Rehat just 10 minit. Saya amek mase 10 minit nak solat, solat sunat. Kerja jadi hukum wajib ke sunat dalam hal ni? Haaaaaaa fikir3. 

Ape yang saya dapat sepanjang tiga minggu saya kerja, saya dapat rasa kesakitan seorang ayah, memikul beban cari duit, menyara seisi rumah, dengan belanja saya, adik2, belanja rumah, hutang mcm2. Pedih. Penat. Semua saya rasa. Ayah mesti rasa lebih dari tu. Saya kerja cukup setakat 6minggu, then nak resign. Ayah? Dah 14 tahun kat Samsung, sebelum nie ayah kerja kat SUK, Kawasaki and banyak lagi tempat. Kalau ayah resign, kami nak makan apa? Sampai sekarang, umur ayah 48 tahun, tak pernah pun ayah kata nak berhentilah. Nak rehat. Walaupun saya tahu, ayah memang nak berhenti. Nak rehat. Menghabiskan masanya dengan lebih akrab pada Allah. Tapi, tuntutan hidup dan tanggungjawab sebagai ayah, ayah tetap kena pikul. Saya tak malu mengaku, ayah saya kerja kilang. Kerja ayah lebih susah kalau nak compare dengan kerja ayah orang lain. Saya kerja baru 2minggu dah calar balar tangan saya. Kerja kilang, tangan cantik memang dok opis lah jawabnye. Ayah dah berapa tahun? Berapa banyak calar di tangan dia tak pernah saya ambil tahu, sampai saya kerja sama2 dengan ayah.

Saya menangis. Jujur saya cakap. Ayah kerja sorang, sara seisi keluarga, cuba melengkapkan kemahuan setiap anak2 dan juga keperluan rumah, sampai ayah tak pedulikan keperluan dia. Saya menangis bila mama kata, ayah tak pernah stop jadi ejen itu, ejen ini semata2 nak cari duit tambahan. Anak-anak makin besar, keperluan pun makin besar. Saya memang tak nangis depan mama ayah, tapi dalam bilik saya sayu sangat. Satu hari, masa saya kerja, saya nampak sendiri dengan mata saya, ayah saya yang dah berumur 48 tahun masih lagi tarik barang2 berat, even ayah saya officer department. Saya automatik nangis waktu kerja, *mujur orang tak nampak*. Ayah dah tua pun tetap kerahkan jugak tenaga dia kerja, sara keluarga. masa belum kahwin, sara adik-adik. Dah kahwin sara anak-anak. Betapa banyak yang ayah dah korbankan tapi saya tak pernah ambil peduli. Saya tahu, hujung bulan duit habis, ayah bank-in. Saya tahu, tugas saya kat KUIS, siapkan assignment, bile free saya balik rumah, study, buat benda2 berfaedah, kadang2 tidor overdos. Memang tak patut. 

Next, tanggungjawab saya pulak. Saya sebagai anak sulung, takkan saya sanggup nak tengok ayah saya dah umur 50 lebih, nak kerja lagi. Saya akan cuba sehabis baik, ambil alih tugas ayah. Sementara ada masa, saya nak kumpul duit. Bukan kumpul semata2, tapi mungkin untuk kegunaan adik2 saya nanti masa diorang makin besar. Belanja makin banyak. Dan saya nak jugak syaratkan pada bakal suami saya, kena ada ekonomi yang kukuh. Nak kata saya mata duitan, terpulang. Saya dah rasa macam mana nak cari duit. Takde ekonomi yang kukuh, ada harapan besar untuk merosakkan hubungan rumahtangga masa akan datang. Tu antara punca perceraian masa kini yang hot dekat mahkamah syariah. 

Panjang kan saya tulis. Sambil menangis jugak saya tulis sebab saya tak tau nak balas macam mana jasa mama ayah. Saya belajar pun main-main lagi. Harap, saya dapat berubah jadi yang lbih baik. Ok, tata. Esok nak keje lagi. 

Tanx for reading this toooo long story. ^__^
Wassalam.

Monday, March 26, 2012

Contengan Lepas Membaca

Bismillahirrahmanirrahiim
Alhamdulillah, dikurniakan Allah untuk capai novel-novel nie, walaupun asalnya tangkap muat je masa singgah booth Telaga Biru masa Baucer 1Malaysia punya book fair. Tiap-tiap buku bawa misi yang tertentu. Nak ulas pun rasa tak layak, hanya sekadar memberi pandangan mengenai isu yang difouskan oleh penulis dalam buku masing-masing.

Tak semestinya pemulis yang sama, isu sama sahaja yang dibawa. Best sangat! Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk memiliki buku-buku nie.


1- Syabab Musafir Kasih by Ustazah Fatimah Syarha. My favorite writer. Karyanya berilmiah, segar dengan semangat melakukan sesuatu hanya semata-mata Yang Esa. Point utama buku nie, mengenai kepentingan penekanan aplikasi Islam dalam hidup seorang yang bergelar Muslim, tak kisah sama ada berpangkat dewasa, kanak-kanak juga tanpa mengira batas pangkat yang kita ada. Soal jodoh adalah tugas Yang Esa. Yang penting, bagaimana kita, begitulah 'dia'.

2- Kutemui Cinta-Nya by Dr Farhan Hadi. Masih tak lari dari skop perubatan. Mengetengahkan isu perubatan 'tradisional' yang berbahaya, terlampau taksub bakal menggugat akidah. Membawa pembaca berfikir secara rasional, perlu berhati-hati memilih 'doktor' sama ada pakar perubatan moden ataupun pakar perubatan yang berlandaskan al-quran dan sunnah. Isu cinta berdasarkan kecantikan jelas cepat terpadam apabila hati disinari dengan nikmat cinta Illahi. Maka, kecantikan agama menjadi utama dalam segalanya.

3- Terasing by Hilal Asyraf. Okey, nama nak dekat sama, haruslah saya sokong kan? *hahaha perlu ke cmtu?* Buku nie sangat-sangat-sangat bagus! And secara jujurnya memang saya suka. Mungkin sebab lelaki yang tulis, *sila jangan salah paham* Pemikirannya jauh menerobos ruangan membiru, ideanya kehadapan dan berteknologi tinggi. Tak semata-mata mengetengahkan dakwah tetapi memberitahu umum bahawa setiap yang kita lakukan adalah dakwah, dari sudut perbuatan, persahabatan, akhlak. Semuanya cerminan didikan Islam. Tidak perlu mengejar cinta manusia, pasrahkan pada Yang Esa, letakkan DIA sebagai tempat bergantung. Andai dia dan kita memang ditakdir bersama, maka kita akan bertemu di garis takdir yang terukir di Luh Mahfuz. Jangan pulaukan rakan yang tersilap langkah, sebaliknya berusahalah membimbing mereka.

4-Rona-Rona Cinta Damascus by Sheila Wani. Buku nie sebenarnya membuatkan saya rasa saaaangat rindu pada Syria. Membacanya membuat saya berasa seolah-olah sedah berjauhlah sekali lagi di sana. Rindu! Hanya itu yang mampu diungkap untuk sebuah negara yang diberkati Allah dan dijamin selamat oleh kekasih-Nya. Isu yang digariskan mengenai liku perjalanan pelajar di Kota Damascus dan kisah cinta yang perlu dilalui   dengan pelbagai derita dan diakhiri dengan rahmat Yang Esa.

5- Sebarkan Cinta-Mu by Ustazah Fatimah Syarha. Buku nie super duper superb! Setinggi-tinggi pujian pada Yang Esa sebab bagi ilham yang begitu detail pada penulis. Dalam buku nie, kupasan yang cukup detail *bagi saya yang masih malas mengkaji* tentang isu poligami, hukum BOLEH bagi wanita meletakkan syarat pada bacaan ta'liq, jika suami berpoligami dalam keadaan isteri masih sempurna segalanya dan menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna, maka boleh terjatuhnya talaq ta'liq. Bagaimana bezanya kualiti diri gadis yang terburu-buru menggapai cinta manusia, dengan gadis yang sibuk mempersiapkan diri mengejar cinta Yang Esa dari timbunan ilmu.




6- Tokoh Cendiakawan Islan: Ibnu an-Nafis by Sulayman Fayyad. Buku nie saya tak berapa paham sangat mungkin sebab tak berapa fokus masa baca. Tapi secara totalnya, Ibnu an-Nafis terlebih dahulu sebelum memulakan pelajaran ilmu dunianya, beliau mengukuhkan dengan menghafal al-Quranul Karim dan hadis-hadis dan juga ilmu-ilmu fiqh sebagai basic. Awalnya, hasrat beliau untuk berkhidmat dalam bidang perubatan ditentnag keras oleh ayahnya kerana menyangka anaknya akan terus memperdalami ilmu agama namun akhirnya direstui keluarga. Buku ni jugak menggambarkan kepada kita betapa kecanggihan teknologi perubatan di Mesir terutamanya jauh meninggalkan teknologi perubatan negara Barat. 

Yang dapat saya simpulkan daripada apa yang saya baca ialah:

1) Kepentingan menuntut ilmu itu sangat penting dalam hidup seorang Muslim bagi mengingkatkan kualiti umat Islam terutamanya pada zaman sekarang, zaman Islam terfitnah dengan akhlak para penganutnya. Siapa lagi yang akan membangunkan masyarakat dari terus lena dalam maksiat kalau bukan kita?

2) Tahanlah dahulu untuk sibuk mencari cinta manusia jika merasakan diri masih belum sempurna. Isu sempurna adalah termasuk dari sudut ekonomi, pembahagian masa, kesediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani dan juga persediaan pendidikan untuk bakal-bakal pemimpin bercorak Islam. Kalau rasa dah complete semua, tafaddhal mendirikan baitul muslim yang diimpikan. 

3) Bermusafirlah untuk 1001 kebaikan. Untuk melihat kekuasaan Maha Agung,mengambil iktibar dari kisah umat terdahulu, meningkatkan kualiti ilmu, menenangkan fikiran, mengeratkan ukhwah, berdakwah. Lihat saja contoh dari Nabi yang teragung, Nabi Muhammad SAW, ketika bersedih, Allah mengangkat baginda ke langir bagi melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya. Ketika dakwah baginda ditentang hebat penduduk Mekah, Allah memerintahkan baginda berhijrah ke Madinah kerana lebih mengetahui bahawa dakwah lebih berkembang di sana. Kenapa tidak kita aplikasikan dalam kehidupan kita? Bukankah ia sunnah?

4) Jangan mudah menghukum golongan yang tidak sependapat dengan kita, sebaliknya cubalah mencari jalan tengah untuk menyatukan pandangan kita dengan pandangan mereka. Islam tidak mengajar kita berpecah tetapi khilaf itu suatu rahmah. Walaupun hadis ini merupakan hadis dhaif, namun ia masih boleh dipakai melainkan dalam urusan berkaitan ibadah sahaja. Panjang lagi perbahasan hadis dhaif nie. 

5) Wanita mempunyai hak-hak yang dilindungi oleh Allah, disalurkan di dalam agama Islam, dan juga dipertahankan oleh Mahkamah Syariah. Jadi, jangan asyik cakap, "Saya tak tau pun pasal nie", "kenapa anak tak inform yang mak cik nie ada hak nie and boleh tuntut kat mahkamah?" Lah... Tue lah pasal kene rajin selak-selak dalam Google. Banyak info. Tak pun tanya yang pakar macam Dato' Zainul Rijal, Prof. Mahmood Zuhdi. Ramai lagi tokoh perundangan Islam di Malaysia.

6) Kesimpulan last, rasa nak buat list buku-buku karya Hilal Asyraf yang masih tak terbeli lah. So, nanti kalau ada rombongan nak datang meminang, nak mintak buku-buku Hilal Asyraf, buku-buku Wahbah Zuhaili, Kitab Fikah Mazhab Syafie. tue lagi baek daripada beli beg tangan Gucci lah, kasut tumit setinggi tapak tangan den lah. Tak yah-tak yah. Sume2 tu boleh beli kat pasar malam je. Tapi yang len-len, kene masuk kedai buku carik. ^_~

Thanks for reading this nothing entry!
Wassalam.

My Day On 7th March

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...


Okey, kali nie baru berkesempatan nak upload gegamba yang berkenaan masa birthday saya, the gift and celebration. Actually, 7th March not a specific date for me but also fo Nisah, my classmate.




Credit to Kak Wa! Sangat cantik untuk gambar kek ni!
And thanks to all my classmate *yang berkaitan* kek nie sangat sedap! ^_~




Books from Ustaz Shuhadak and Nursyuhada.
The green one from Ustaz Shuhadak. Ustaz bagi sebab kebetulan saya tolong ustaz siapkan kira carry mark.
Syue, dia kasik buku yang dia tulis, hasil daripada thesis diploma dia dengan gabungan Ustazah Sahlawati.
Best dapat buku free, siap dapat wish lagi daripada para penulis buku!! *Eh baru perasan! both name penulis hampir samelah!! so nak kene ramaikan lagi kenalan nama shuhadak atau syuhada untuk tambah koleksi buku percuma! LOL!!*




A purse gift from Singapore! From Zunairah!. Terkejut saya tibe-tibe ada orang anta mesej, nak jumpa nak bagi barang. Kebetulan hari tu adalah hari keserabutan, sebab esok ada next paper for my final exam. Bile orang ketuk, dia kata, "Ni saya sampaikan barang untuk awak dari Zunairah." Saya terkejut pun ada, then just smile and say thanks to the sender. Thanks a lot pada yang memberi nie! Unexpectable actually! ^__^




From Sarah, my roommate. Thanks for remember my date! ^__^




Birthday this time is not fully-enjoy. May be sebab final exam. Bayangkan, direct from 6th, 7th, and 8th March, I've to sit 3 paper. *mungkin tak seteruk IPTA laen lah kan* Tapi nak cerita paling kelakarnye, kat paper exam tu, dia suh tulis date hari tu. And saya memang hilang ingatan, bape haribulan kah hari tu? When I'm asking my friend the date, they just laugh cause how can I forget my date birth! Serious, menakutkan lah sampai tarikh beday sendiri boleh lupe! Haha

Celebration birthday nie dibuat on 8th Macrh, a day after we finished our stress week of exam, second phase!


Sekarang melalui detik-detik percutian *ewah ayat!!!* dan debar-debar tunggu result sem 3. Ya Allah, hanya pada Engkau sebaik-baik pergantungan untuk segala urusan kami.. Amiin..


Terkenang jugak mase celebrate birthday dengan Fad, Syue, Dayah, Bie, Pah... Bile kenangan manis nie dapat kita buat lagi ye? Did they miss me too? Huhu~~
Wassalam.

Thursday, March 22, 2012

Tak De Mood Nak TulisA

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt semua.. :)

Lamenye tak tulis pasal blog. Semenjak exam, memang tak sempat nak conteng-conteng *walaupun ada 2x kot terbababs tertulis* Sekarang, KUIS tengah cuti. 3 bulan katanya. Betul ke tak saya pun tak sure. tak pernah amek kesah bile cuti nak end up. Huhu

Exam... Entahlah... Ada paper yang membuat saya 'frust' ada yang sedang-sedang. Keputusannya??? Wallahu a'lam.. Nak harap tinggi, tak taulah boleh ke tak sebab usaha terlalu sikit. Tapi, doa itu sentiasa...

Cuti nie agak membuat saya berkira-kira nak buat ape ye? Nak keje! Hari tu ada dah offer kerja, masalahnya, Rabu hari tu dia suruh masuk. Sekarang adalah masa serabut nak pk masuk kerja awal bagai. Sebab tengah tunggu MARA satu hal, *ape kaetannye kan?* tengah tunggu nak pegi temuduga SUK minggu depan sebenarnya.. So, kalo nak keje dalam masa yang terdekat memang M.A.L.A.S. Saya cuba carik keje dekat-dekat area rumah dulu, sebab senanglah nak berulang-alik. But kalo xde, n ade nye just kat tempat len, insya Allah pegilah jugak. Kecewa jugak sebab nak keje kat area rumah nie tak dapat-dapat lagi.

Takde idea nak tulis, takde isu yang nak dibangkitkan. Terasa macam minda kosong. Oh nooooo!

Banyak dah novel-novel saya dah habiskan baca. Menyuntik semangat, bukan hanya bertemakan cinta. Sebab tu saya pernah tulis dalam status fb, bahan pembacaan kita sekaligus akan mempengaruhi keperibadian kita dan pemikiran kita. Alhamdulillah, sekarang dah banyak novel-novel islamik dilahirkan, sesuai dengan jiwa remaja kontemporari. Bukan sekadar mengutamakan isu cinta dan hati pada manusia, tapi jugak ada ditekankan tentang kepentingan menuntut ilmu, isu-isu fiqh wanita, isu ppersilatan, perubatan menruit Islam, isu keperibadian wanita Muslimah. Best sangat. Nanti saya masukkan gambar buku-buku yang saya dah habis baca.

Bersyukur jugak masa birthday dapat 2 hadiah buku, 1 dari Syue, 1 lagi dari Ustaz Shuhadak. Jazakillah kathiran! Akan sabung membaca lepas nie insya Allah. C u later readers! ;)

Thursday, March 1, 2012

Boleh Tak Nak Update Belog Lagi

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualiakum semua.

Nie memang dah tahap blogger-holic kot! tapi seyes kali nie nak tulis pendek je.

Jujur ak tak tau kenapa terasa happy walhal tak setadi pape nak final.

jujur aku tak tau kenapa sekarang macam diserang rajen plak tengok cite hidustan. Dulu je rajin tengok hindustan, kalau nak tengok pon, tengok cite yang cam berfaedah cthnya 3 Idiots. But skang macam rajen nak tengok cerita tacheng2 cam Kuch Kuch Hota Hai, Sanggam, Anandaz *dua nie cte lame tapi mmg tacing!* ape2 lagi cite yang tacing2. Dan aku pun naek pelik. Kenape aku harus menonton cerita-cerita yang tacing2?

Jujur aku tak tau kenapa aku malas sangat nak setadi, tolonglah jangan perasan hebat... =,="

Ok daaa...