Friday, May 6, 2011

Kerja Oh Kerja

Bismillahirrahmanirrahiim...
Semoga apa yang aku tulis kali nie dijauhkan daripada sebarang fitnah.... Amiin ya rabbal 'alamiin... Manelah tau, kot2 ade yang bace tulisan nie, nak saman saye ke ape ke... Tapi sesungguhnya, aku lebih mengagungi kebenaran dan keadilan untuk setiap gerak!

Berkcimpung dengan dunia kerjaya biarpun nampak sekadar untuk mengisi senggang masa yang ada sekurang-kurangnya mendedahkan diri kita dengan situasi sebenar, satu dunia yang lain! Sesungguhnya, dunia pekerjaan 100% berbeza dengan dunia sebagai seorang pelajar. Dan aku lebih menyenangi dunia belajar. Sebenarnya, dunia apa pun yang kita ceburi, ada rintangan dan cabaran. Akan ada mehnah yang menguji diri. Bukankah Allah telah berfirman di dalam kitabnya, bahawa manusia itu jangan selesa merasakan diri mereka beriman kerana iman mereka itu akan diuji... Maaf kerana aku tidak mengingati maksud ayat ini dari ayat yang ke berapa dan dari surah yang mana... Sekali lagi maaf atas kekurangan ini.

Ok, berbalik semula pada tajuk tadi. Politik dalam kerja? Politik itu ape sebenarnya? Teringat saya pada kata-kata bekas MPM KUIS, Akram Ikrami Taib Azamudden, beliau kata politik ni ada di mana-mana. Sedangkan dalam pelajaran pun ada politiknya. Beliau memberi contoh, "Kalau Amin boleh dapat nombor satu untuk periksa akhir tahun, papa belikan Amin PS2" Wah! Seronok betul lah macam tue kan? Sebenarnya, saya sendiri masih tak dapat tangkap maksud beliau. Ini mungkin disebabkan saya kurang membaca bahan-bahan ilmiah. Tapi....semampu yang saya faham ialah ape pun yang kita buat, akan ada ganjaran. Politik tu apa? Maaf, saya juga tak berminat nak merungkai lebih mendalam bab politik, walaupun saya bekas pelajar perundangan. Saya mengaku bahawa pengetahuan saya tentang politik kurang, dan kadang-kadang rase taknak ambil tahu sebab dunia politik penuh dengan muslihat.

Terlibat dalam dunia kerjaya, sama ada sekejap ataupun lama, sekurang-kurangnya membuka mata saya melihat realiti dunia masa kini. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk dua kali praktikal, di Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah dan sekarang tengah kerja sementara di sebuah sekolah. Kat Pejabat Agama, saya senang bekerja bawah Unit Penguatkuasa, walaupun hanya saya sorang perempuan, tapi tue lagi bagus. Bawah Unit Penguatkuasa, saya belajar dunia remaja dan dewasa masa kini. Dunia remaja yang ramai tersasar... Kesian... Umo remaja, kena tangkap khalwat dengan lelaki pangkat Bapak kot! Yang paling seronok, unit nie yang akan siasat ke akar umbi, cerita sebenar ape punca sampai mereka2 boleh terkantoi, tertangkap basah, tertangkap khalwat. Bukan nak bukak aib, tapi untuk kite ambil iktibar mane yang salah, sebagai pengajaran biar kita tak ulang kesalahan yang sama. Ada kes yang perempuan tanggung lelaki sepanjang dorang couple, sampai lah kena tangkap! Yang menyedihkan, perempuan tu degree holder. Ish, kalau lah aku, memang taklah aku nak tunggu lelaki macam tu! Tengok dari gaye pun boleh agak, dia nie lelaki bertanggungjawab ke tak... Alhamdulillah, dapat pengalaman tentang dunia remaja, sesuai dengan usia saya, walaupun saya jauh lebih muda dari mereka...


Praktikal kali kedua, saya telah pilih untuk melibatkan diri dalam dunia kehakiman. Dari sini, saya tengok secara jelas dengan kedua mata saya, realiti alam perkahwinan, dunia perkahwinan... Memang tak seindah dunia percintaan. Saya akui hakikat itu walaupun terkadang lalai dalam rindu dan kasih sayang. Dunia kehakiman banyak melibatkan perceraian, dan perbicaraan kes-kes jenayah. Kes jenayah di mahkamah nie tak lah seseronok di Mahkamah Tinggi Syariah... Kes jenayah kalau di Mahkamah Rendah mungkin setakat kes khalwat, kes rumah urut, kes nombor ekor... Tapi, kes mal lebih banyak dibicarakan lah... Kes berkaitan cerai mencapai rate tertinggi antara banyak2 kes mal yang lain tau! Apa yang dapat saya simpulkan daripada pemerhatian saya, dunia perkahwinan memerlukan kesediaan mental dan fizikal kedua-dua belah pihak, kerjasama dan tolak ansur... Kena sama-sama faham, susah senang sama-sama. Tanggingjawab sama-sama... Ada tersinggung kata, terguris hati, same2 empat mata... Cakap dari hati ke hati... Baru lah jumpa jalan keluar... Nie kalau ada masalah sikit, dua2 melatah, dua2 ambil jalan nak masam muka... Sampai bile pun masalah takkan selesai... Wah, cara saya cakap cm dah kawen pulak kan? Hehehe. I'm single but not available. Saya suke diperingatkan oleh 'dia' tentang teori-teori macam nie... Sebab bile sampai masenye, kena lah praktikkan teori yang dah tau...


Untuk kerjaya yang ketiga, sebagai guru sementara di sekolah rendah saya. Bidang nie saya kira, tersasar sikit daripada bidang yang saya belajar. Guru...sebenarnya tak semudah yang disangka... Bukan kerjanya menghadap murid, membebel-bebel kat depan, bagi kerja, balik... BUKAN! Dan bile Allah bagi saya peluang merasa menjadi guru walaupun sekadar suka-suka. Maksud suka-suka kat sini, bukan untuk jadikan kerjaya tetap, sekadar isi masa sementara nak sambung pengajian peringkat seterusnya.  Sepanjang jadi guru, memang menguji kesabaran saya, diberi mandat menjaga 94 karenah... Dekat 100 tue! Baru saya perasan ramai! Kerjaya sebagai guru memerlukan mentaliti dan gaya mengajar yang berkesan, macam mana nak tarik perhatian students... Saya pun tak mahir... Maklumlah, dalm sedar tak sedar, dah 2 bulan seminggu rupenya saya berkhidmat sebagai guru... Untuk murid-murid, saya rasa tak ada masalah yang berat sangat2...


Melalui pemerhatian saya, pilihlah kerjaya apa sekali pun, sikap kerjasama itu perlu ada. Bukan sikap saling tuduh menuduh, pecah amanah, mengata belakang-belakang... Bagi saya, kalau jenis saya, tak puas hati, cakap face-to-face. Apa yang saya nampak, banyak simpan dalam hati atau simpan belakang cakap... Benda nie yang akan musnahkan MELAYU ISLAM. Ramai tak sedar! Habis, dah kalau orang nie tuduh orang tue salah, orang tue pulak tuduh yang lain? Tak ke akan membawa pada perpecahan... Ape yang saya nampak, kat mana-mana pun dalam bidang kerja ni mesti akan berlaku kes penindasan pada orang bawahan. Come on... Kita semua yang kerja dalam bidang agama nie mendukung amanah Allah, kerjaya yang mulia, sepatutnya dihormati dan disegani masyarakat. Bukan nak menuntut penghormatan manusia semata-mata tetapi kemuliaan Allah diabaikan... Bukan macam tue... Cuma, kita nie mendokong icon Islam... Sudahlah sekarang Islam dikecam di mana-mana. Tengok je Palestin yang menjadi hamba di tanah sendiri. Manakah silapnya? Ingat, musuh kita dari golongan kuffar sentiasa intai peluang keemasan. Ye, memang kite akan cakp, relax lah... Nie gaduh antara organisasi dalaman... Kalau kakitangan tak bagitahu orang luar, pekung takkan terbuka... Memang! Pekung takkan terbuka tapi, sampai berapa lama semua orang akan bertahan menahan pekung yang ditutup, menyesakkan nafas sendiri? Maaf, nada agak emosional tapi, inilah hakikat dan realiti sekarang.

Ingat Allah telah berfirman dalam kitab-Nya, yang bermaksud, "Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak akan sekali-kali redha akan kamu (Muhammad) melainkan kamu mengikuti mereka." Saya tak ingat ayat berapa tapi ayat nie dari surah al-Baqarah...  Allah dah pesan awal-awal... Mungkin sekarang kite akan rase, pergaduhan atau ketidaksefahaman anggota yang ada hanyalah kisah kakitangan. Kita lupa, sekeliling kita, ramai yang menjadi pemerhati. Ramai yang boleh jadi tukang sebar fitnah, tukang karang cerita. Cerita yang kecil yang kononnya hanya diketahui oleh sang ahli akhirnya tersebar luas dan lebih teruk lagi, bila cerita yang dikarang dengan sepenuh rasa tadi akan menjadi barah yang memburukkan lagi imej yang sedia ada... Tak ke kronik namanya tue...

Bagi saya, BERBINCANG, BERSEMUKA, TERBUKA adalah jalan penyelesaian yang terbaik... Pangkat apa pun yang tercatit untuk kita di hadapan manusia, JANGAN BONGKAK. Ingat, kalau kita kejar mulianya kita di depan manusia, maka Allah akan bagi kita pada manusia, dan ingat, manusia takkan lama untuk memuji kita kerana pusingan roda hidup, akan ada yang lebih baik dari kita muncul, itulah yang akan dipuja-puji. Tapi, kalau kita serahkan diri kita pada Allah, kita akan mencapai dua kebajikan, kemuliaan di sisi-Nya dan kehormatan dari masyarakat. Wallahu 'alam...

Thursday, May 5, 2011

Macam-Macam Lah...

Assalamualaikum wbt sume...
Tetibe ase rjen plak an nk tlis blog nie... Hehehe... Saye nak tulis macam2 mende kat sini sekarang...Dan nak mintak maaf awal-awallah, bahasa yang digunakan rock and roll... Ingin saye tegaskan sekali lagi bahawasanya di sini, saya menulis segala ape yang saya rase dari hati... Cewahh Madah2 plak... Haha

1- Duet

Duet ni ase nye jadi masalah kat sume lapisan masyarakat lah dari apa yang saya tengok...Let say, orang miskin (maaf, ni xde nak tuju pada sape2...Just and example...) Ada badan-badan tertentu yang akan kuarkan dana untuk bagi sumbangan pada mereka, xkesah lah bntuk ape pun, tapi....mungkin kurang dari sudut nilai 'menghargai pemberian orang'... Orang yang kaye pun, duet gaji walau sampai nak koyak poket isi duit, tetap akan ase xckup... Nak tau sebab ape? Sebab duit ade melimpah pun xde faedahnye kalau xde ilmu untuk urus duet... Bagi saya...biar gaji kite nampak kecik kat mata orang, tapi kita manage wet kite baek2, n xyah susahkan sape2. Mulut orang, mane bole tutup kan... Gaji kecik kang dy kate gaji kecik tak sedar diri... Yang gaji besau plak ape kes kalau xckup??? 



Hurm.... Gaji besau kalau xckup mksudnya adalah short kat mne2 bahagian ibadah kite... Saya memang tak baik mane pun, tapi...teringat tazkirah ringkas Ust Farid Ravi mase saya belajar kat KUIS, mase solat tarawikh tahun lepas... Ust. Farid Ravi kate, pernah seorang usahawan jumpe dy, tanye... "Ustaz, saya ni usahawan, tapi hutang keliling pinggang... Camne nak buat nie ustaz?" Ustaz Farid Ravi jawab simple je, "Amalkan solat sunat dhuha..." Lelaki tue pun amalkan lah... Lepas sebulan, dy jumpe balik Ustaz Farid Ravi, dy tanye, "Kenape xmenjadi ustaz???" And Ustaz Farid Ravi tanye dy balek, "Awak solat Subuh tak??" Lelaki tue tergaru2.... Adessss Memang lah saye pecah gelak walaupun kat dalam masjid mase tue... Ish3... Manusia... Selagi namanya manusia, nafsunya pelbagai... Ada yang nafsunya tinggi pada harta, ada pada wanita, ada pada cara dressing and macam2 lagi lah kalau nama nye nafsu... Yang saye nampak ape yang Ustaz Farid Ravi nak sampaikan, kite ibadah kene jage... Walaupun kite ase kite dah banyak wat salah sekali pun, xde mslh kan klu kite jaga ibadah... Jaga yang wajib, tambah yang sunat. Insya Allah rezki diperlapangkan DIA... Berlapang dadalah dengan rezeki yang anda punyai sekarang... Gunakan dengan berhemah...


2- Kawen

Kawen, kawen kawen.. Bak kate Pengerusi PERMAI saye, Firdaus Khalid, dy kate dilema budak2 sem akhir nie asyek dok zikir word kaaaaaaaawen je! Kawennye xjugak jalan! Haihhh cam terase plak kan... Wahahahahaha... Ok, bab kawen... Kawen bukan senang... Korang mungkin sangat syok bercinta macam nak gile, kua sane sini, bergayut, tapi.... Tue mase ngan kire alam percintaan. Ok lah, pas syok2 cinte2, sayang abang sayang abang... Korang mestilah ade plan nak mendirikan masjid kan? Alhamdulillah... Tapi, nak mendirikan masjid bukan senang... Yelah.. Korang kene fikir, korang akan jadi ahli baru dalam keluarga abang korang atau keluarga sayang korang...(ikut jantina koranglah...hahaha) Macam2 karenah korang kena pk kan... Belum kira angin bakal mertua korang lagi... And saye rase...sangat bertuah sebab 'dia' seorang lelaki yang sangat baik, lembut hati and penyabar... Macam2... Memang macam2... Tapi, saya selalu cakap kat dy, kite kene same2 bertahan, and dy slalu nasihatkan saya untuk jadi seorang yang penyabar... Sebab saya memang jenis cepat naek angin kalau lame lame lame diam, dicabar gak, memang lah! Huhu... Terima kasih abang untuk seeeeeeeeeeeeeeeeeeeemua nya! Coz i know u always here for me and same goes with me... Lebiu~!! ^_* (errr...sori lah termasuk adegan2 romantik plak dalam blog nie... Hahaha)


3- Belajar

Saye, memang suke belajar walaupun result biase2 saje... Hohoho.... And bile sekarang, saya ada mase dekat 6 bulan gap! Sebelum sambung degree, owh terase sungguh seksa nak tunggu bulan 9 nak sambung degree. Belajar Diploma dalam bidang Syariah Law tak pernah menjadi impian saya, secara ayat simple nye, saya tak penah pk pun nak blaja dalam bidang nie sebab saya...sangat minat dengan subjek Chemistry camtu... Nak wat camne, xde rezki untuk saya sambung dalam bidang Science bile tengok result SPM... Matriks dapat, tapi...saya tau saya tak mampu nak hadapi saingan yang hebat2 gile mase kat matrik... Sedangkan saya kat sekolah pun slalu kalah, tue yang bersaing ngan sume bumiputra... Ada plak bukan bumiputra, lagilah gile saya... Bile sekarang tengok kawan2 batch saye mase sekolah menengah ramai yg fly, ada rase cemburu... Ada rase menyesal.. Tapi, nasi dah jadi bubur... Saya pun mungkin ada rezki untuk sambung ke luar negara tapi... biarlah takdir yang tentukan bila... Sebab malas nak merancang apa2... Dalam hidup saya secara jujurnya, saya tak suke merancang! Sebab ape? Sebab....selalunya ape yang saya rancang ialah harapan saya yang paling saya nak sangat! Dan selalunya, apa yang saya rancang, xpernah jadi... Saya suke dengan cara, saya terima ape yang jadi, tapi saya akan berusaha sebaiknya untuk ape yang bakal jadi... Mungkin nampak ayat macam berbelit. Tak kisahlah ape orang nak kate, ini adalah saya... Dan selalunya, ape yang saya tak rancang, tak pernah terfikir akan jadi, sebenarnya lebih baik daripada ape yang saya rancang... Betullah, kite hanya merancang, Allah yang menentukan... Dalam pelajaran, saya telah diajar dengan penekanan pendidikan yang tegas sejak saya sekolah rendah, alhamdulillah, saya mampu kekalkan prestasi saya, tapi tak bile saya masuk ke sekolah menengah, sebab xde sape nak pantau saya.. Duduk kat asrama, kena sendiri pandai2 jaga schedule belajar. And saya tak pandai nak urus diri... Bile masuk ke alam IPT, baru saya tau, cara belajar yang sebenarnya, yang tak wat ase tensyen dan terekan. Simple je formula yang saya pegang, belajar bile kite rase nak, jangan paksa diri untuk belajar. Belajar dengan kualiti walaupun sekejap, but make sure, sekejap mase kite study tue, kite faham dengan semaksimum mungkin... Bagi saya, kalau duduk belajar cam nak gile straight berjam2 pun tapi xfaham pape, lagi rugi mase... Teringat mase saya kat KUIS, esok ade paper, malam tue SEMPAT LAGI TENGOK MOVIE, esok ade test, ape aku kesah, online je lah kalau nak online... Hahahahaha Tue memang style saya. Bia lah orang len menghafal gile2, kalau saya ngantuk, saya tido je lah. Esoknye bangun awal? Hahahaah tengoklah kalau bangun awal, kalau x, bangun je lah macam biase.... Result alhamdulillah... Saya bersyukur dengan ape yang saya dapat wlaupun xpernah dpt 4 flat... May be degree nie lah nak pulun gile2 untuk maintain 4 flat every sem lah pulak! Insya Allah, bagi saya, saya akan bagi komitmen belajar setinggi yang boleh... Dan, terima kaseh pada 'dia' yang sentiase support saye nak2 lagi dalam pelajaran...Thanx dear! ^_*


4- Kerja

Saya pilih kerjaya sebagai ape? Malas jugak saye nk pk kan... Sebabnye, keje je lah nanti ape yang bole... Sekarang memang bukan zaman memilih kerja but...saya kene sesuaikan kerjaya yang saya pilih dengan kelulusan yang saye ada... Saya rasenye nak pilih kerjaya sebagai seorang pensyarah, tapi...saya kena ada Master dlu, baru boleh jdi pensyarah. Sebelum nak ke Master, saya akan pilih kerjaya laen dulu, untuk mantapkan pengalaman saya, sebelum bole mengajar orang lain...

Saya beruntung dilahirkan sebagai seorang perempuan, hidup saya disara oleh ayah (sebelum kawen) dan disara oleh suami (selepas kawen). Itu memang kelebihan seorang wanita... Yang saya rase, semua orang tau. Inilah lumrah alam yang mana hukum tentang nafkah pun ada diterangkan dalam dengan pelbagai pendapat mengikut mazhab... Saya nak share siket, pendapat2 mazhab mengenai nafkah... Petikan nie saye amek dari hasil thesis yang alhamdulillah saya dah berjaya sempurnakan untuk diploma saya...

Wajib ke atas bapa untuk beri nafkah ke atas anak-anaknya kerana keturunan. Secara umumnya, nafkah ke atas anak lelaki adalah sehingga dia mencapai umur baligh manakala nafkah anak perempuan sehingga dia berumah tangga. Namun, kewajipan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

1) Anak tersebut belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan, kewajipan ini berjalan sehingga dia berkahwin atau sehingga dia mempunyai kerjaya.
2) Anak itu miskin dan tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.
3) Bapa mampu memberi nafkah. Jika bapa tidak mampu, maka kewajipan itu berpindah kepada keluarga lelaki sebelah bapa mengikut hukum syara’.

Ibnu Qudamah, di dalam kitabnya, al-Mughni al-Muntaj jilid kelapan telah menyebutkan syarat wajib ke atas bapa memberikan nafkah hendaklah apabila anak tersebut dalam keadaan masih kecil, tetapi jika anak tersebut sudah besar atau baligh dan berkuasa untuk berusaha, maka tidak wajib ke atas bapa memberikan nafkah kepadanya kecuali jika dia masih menuntut ilmu.

Manakala jika anak itu seorang perempuan, menurut mazhab Syafi’e dan Maliki, nafkahnya wajib diberikan oleh si bapa sehingga anak perempuannya bersuami. Tetapi berbeza dengan mazhab Hanafi dan Hanbali, yang mana tidak menjadi kewajipan bapa untuk memberikan nafkah kepada anak perempuan yang sudah dewasa dan mampu berusaha sendiri.

Berkaitan dengan kadar nafkah yang sepatutnya dibayar oleh bapa, Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh menyebut, para fuqaha’ bersependapat bahawa telah ditetapkan bahawa kadar nafkah adalah mengikut kemampuan pembiaya dan kebiasaan setempat kerana ia diwajibkan dengan sebab keperluan.

Jadi, bapa kat sini dalam status anak perempuan, tapi bile perempuan tersbut sudah bernikah, maka perkataan 'bapa' ini akan terpakai kepada 'suami'. Saya rase, lelaki pun faham tanggungjawab mereka kan... Tapi, bagi pendapat saya, walaupun saya berhak ditanggung oleh keluarga, bile dah makin besar, saya rasa lebih selesa untuk ada kewangan sendiri... Bagi saya, kalau kita ada kewangan sendiri, tue ajar kita lebih berdikari, lebih menghargai duit yang ada, dan ajar kite yang perempuan untuk tak lah bergantung harap pada ayah or suami semata-mata... Jadilah perempuan yang mampu ringankan beban orang-orang yang kita sayang... Tak salah tolong, tapi...ini bukan bagi chance pulak pada lelaki untuk ditampung hidup oleh suami. Sebab, tugas mencari nafkah adalah tugas lelaki dan lelaki yang mampu tapi saje2 sesuka dy xmoh buat, tue adalah lelaki dayus! Beware men! Sebab sedih bile masuk mahkamah, banyak kes cerai disebabkan nafkah zahir yang tak terbagi oleh lelaki. Nafkah batin pandai pulak! Ish! Memang nak kene lah lelaki cmnie! Tapi, nie lah realiti zaman sekarang...


5- Kawan

Saye rindu kawan2 saye! Kawan2 DSPI A, korang memang terbaik! Walaupun macam2 kena kat klas kite, kelas kite xberpecah! Caya lah!! Saaaaayng korang! 

Sekarang, classmate saye majoriti macam dah berpunye... Hahaha Good news lah korang! Peninglah aku nak pusing satu Malaysia kang. Dengan Ejat nye orang Sabah, Eton orang Kelantan, Bie kompem2 Kelantan! Ngeeee sume Kelantan! mintak2 lah mase korg kawen, aku da kawen dlu! So, xdelah ak g wedding korang sorang2! Heeeee (Gatal pulak kan!) Yang teruna 3 orang penyeri klas neh xtau cte sgt... Yang tau, si Saini je lah... Hahaha. Rindu sangat2 mase kite same2.... G mandi Ayer Gunung Ledang... Waaaaaaa Kenangan paling SWEET mase g Johor, siap kene saman, share bayar sme2... Memang lawak! Jgn isau Saini, kami xslah kn ko! Ko pun syok cte mse tue, ktorang dengar, Najaah lah si gelabah! Haduiii Hahahaha Bile nak jumpe korang lagi kan.... Sedih mase hari last exam... Walaupun suke sebab da nak abeh Diploma...

Kawan2 bilik saya, Fad, Dayah, Syue and geng rapat Pah ngan Bie.... Lebiu all so much lah!!! Time kasih sebab sudi terima aku yang banyak sangat kekurangan dan kelemahan nie sebagai kawan korang. Sayang gile kat korang tau! Dahlah masing2 dok jauh... Ngan Dayah kat Teluk Intan, Bie kat Kelantan, Pah kat Sabak Bernam, Syue kat Kedah, Fad kat KKB... Walaupun same2 Selangor, nak gerak tue sangat lah payah... Yelah, xde lsen kan... De lesen pon, scary g lah! Wahahahaaha


Ok lah, ase nye nk stop merepek2 kat sini dulu lah ye....
Time kaseh pade yang luangkn mase nak bace, rajen2lah komen kat blog nie
Tak nak bace sudah, xde paksaan.
Nak kritik? Dipersilakan... Dah saye cakap, kat blog ni saya akan tulis dari hati, its mean...ape yang saye rase... Maaf kalau ada yang terasa ye...
Wassalam...

p/s: mood penulis untuk upload gambar HANG bile line HANG asal je nak msuk gambo.. @.@

Wednesday, May 4, 2011

The Sweet of 25 Things!!

Assalamualaikum wbt...
Lame da xupdate blog nie... Ada banyak sebab... Malas, busy (macamlah PM kan...), xde mood, xde modal nak tuls pepanjang... Hehehe... Anyway, hri ni just tulisan suke2 untuk hlangkan boring... Tulisan kali nie saye bace kat satu blog, dy maen tag2, (by the way, Tanaa n Syera, ak ase korang pna men mende2 neh) Hahaha... Unfortunately, saye xtau cmne saye nak tag kawan2 yang dalam blog... And, saye amek keputusan, maen game nie n tag pada kengkawan kat fb and sape2 yang ada blog, jom men mende2 neh. To Tanaa & Syera, klu korang nak men lagi p0n xde salahnye dear.. ^_*

Ok, permainannye senang je...

The Sweet of 25 Things that you can let people know you deeply.  So, lets start the game guys~!!

.: 25 About Me :.

Saya....

1- Punye full name Siti Nur Asyrafiah binti Ahmad Sabri.
2- Kawan2 ade yang panggil saye Acapiah, Siti, Nur, Asy, Sayang...  Oppsss!!! Hahahaa
3- Suke sangat2 berjalan! Tak kesah lah dalam Malaysia ke luar Malaysia!
4- Warna kegemaran saya HITAM n UNGU, tapi bakal suami jangan risau sebab nye saya xkan amek hitam sebagai warna wedding. Hahahahaha
5- Benci orang yang suke menipu!
6- GARANG. Jarang orang jumpe saya xcakap saya garang, btw that's my posture.
7- Suke gelak, sampai kadang2 orang pening, nape saye gelak mase orang sedih... Heeee
8- Suke gile subject Maths, Arabic ngan Law! Pencinta Law tegar lah kirenye nie.
9- Sayang kawan-kawan saya
10- Tak suke makan mee tapi kalau TERDESAK, sapu je lah....
11- Manje ekot situasi... Teeeeeetttttttttttttt
12- Suke aiskrim vanilla, tak suke sangat perasa coklat!
13- Suke novel Ahadiat Akashah, Siti Rosmizah and RAM bole lah baru nk masuk ke alam dia... Hehehe
14- Tak saba2 nak sambung belajar
15- Sayang dia... ^_*
16- Nak KAWEN CEPAT!
17- Nak Sambung MASTER kat luar negara dengan suami tercinta. Ngeh3 
18- Nak Mahirkan bahasa asing untuk add values! (walhal BI pon tonggang terbalik)
19- Tak pernah keluar dari Selangor kalau belajar! Dari skolah rendah smpi IPT! Haih...
20- Suke dengar lagu. Lagu Indon lagi syok layan sebab feeling dy best siket. Hahaha
21- Talkative!
22- Suke tengok air laut, mandi air terjun tapi xsuke air Sunway Lagoon! Ahahaha
23- Suke tengok aeroplane....
24- Benci benda complicated
25- Comel!!! Gurau je.... Ahahaahaha


Ok, nie pasal saye... Orang-orang yang saya tag nie kene buat jugak tau! Kalau xde blog, kne gak wat kat Notes FB korang ke... And then, let me know ye~~ Heeee
And sesape lagi nak men game nie bole sje
Oklah, sekian untuk kemerepekan saya malam nie
Gud nite semua....
Salam ^_*


Friday, March 25, 2011

Fitrah Sekeping Hati

Assalamualaikum wbt...

Saye dah muncul kembali!!! Hehehe... Lame ke tak berblogging nie? Entah le... Ade jugak Enchek Saye tanye, saye tak update blog ke... Hahaha... Kalaulah tak keje, memang saya jadi pengupdate blog tegar! (bak kate Fad... Hahaha...) Sekarang, bukan takde mase... Ade je... Cume, tuntutan kerjaya sekarang makin memenuhkan setiap senggang mase yang ada... 

First of all, saya nak ucapkan congratulation kepada classmate saye dengan keputusan Latihan Ilmiah @ Thesis... Saya yakin semuanya dapat keputusan yang superb2! (sebab so far saya tau result classmate saye je) Itu adalah hasil karya kite kawan2! So, be proud with yourself, nilai tulisan kite, nilai buah fikiran kite.. And alhamdulillah, same goes to me.. Allah buka rezki untuk dapat keputusan yang cemerlang (walaupun tak berjaye dapat A+, tapi bersyukur jugak lah) Hehehe... Sebab secara jujurnya, saya memang sangat suke menulis... That's why I've my own blog, I love to give full cooperation in Research Methodology... Nak2 lagi, Allah buka pintu rezki saya untuk wat thesis tajuk yang saya nak... Lagi bersemangatlah... Dengan bimbingan pensyarah saya, Ustazah Norul Huda binti Bakar, dia mentor saya, lecturer saya yang dah aja saya 3 sem, bersamaan setahun setengah... Dia tetap sabar guide saya punye thesis and saya sangat2 bersyukur sebab saya takde banyak masalah sepanjang  buat thesis dengan Ustazah Huda... Walaupun kadang2 ade lah sikit masalah2 teknikal... Hehehe Biase lah tue... Tapi, saya sangat2 berbangga dapat menjadi anak didikan Ustazah. Banyak pengalaman suka duka ustazah yang ustazah dah kongsi ngan kami, mentee ustazah... Ustazah... Terima kasih banyak2... Hanya Allah yang mampu balas semua jasa Ustazah dunai akhirat... Saya hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan, kesejahteraan dan barakah yang melimpah ruah buat Ustazah dan keluarga insya Allah....

Erm...sebenarnya kat sini saya nak share luahan hati sorg classmate saye, name dy dirahsiakan... Hehehe... Tapi, dy tulis luahan hati dy, selepas dia baca blog  private kawan dia, yang dah jumpe cinte dengan seorang lelaki yang insya Allah telah tersurat menjadi pembimbingnya.... Kirenye, tulisan blog saya kali nie special dedicate untuk kawan saya nie lah... Suke saya nak share ape yang dirasa oleh sekeping hatinya, yang selama ini dia pendam... Kawan saya nie seorang gadis yang ceria, bagi saya dy seorang yang lembut, dy kalau bercakap pun lagi lembut dri saya, cantik, pandai... Senang kate, full-package lah dapat dy! Hehehe.. Ok, xmau panjang cerita... Ni saya copy paste ape yang dia tulis...

*ni la luahan hati aku..selamat membaca.n kalo terpkir nk publish kt blog pn boleh..xksah.. :)

Saat ini,saya sedang membaca blog seorang teman.. ‘For the rest of my Life’ menjadi latar bacaan saya malam ini. Ini kali ketiga saya buka blognya dan teruskan bacaan saya. Blog yang berkisar tentang perasaanya pada seorang lelaki yang bakal dijadikan suami dan pendamping hidupnya dunia dan akhirat. 2,3 orang sj yang di ‘invite’ untuk baca ceritera cinta ini. Pertama kali saya sign-in dan masuk blog ini,mulakan bacaan dari episode awal,berlatarbelakangkan lagu ini, hati saya sayu..air mata saya mengalir..dia bahagia..saya tumpang gembira..tapi, air mata ini bukan kerana dia sedang tersenyum bahagia, tapi kerana hati saya sedang berduka..saya gagal lagi untuk kali ini..dan,saat saya menaip luahan ini,air mata terus mengalir.walau sekuat mana hati saya bertekad untuk tak kan menagis lagi, saya tetap tak dapat mengawal air mata ini untuk terus mengalir menterjemahkan setiap isi perasaan saya..sungguh,saya dalam kesedihan.sedih ditinggalkan.sedih kerana impian yang saya dan dia rencanakan tak dapat disempurnakan.sedih kerana hati ini ditipu lagi..ditipu dengan bisikan syaitan yang sentiasa menyesatkan.mungkin saya tak perlu ceritakan kisah saya dan dia hingga terjadi pergaduhan,dan perpisahan, yang nyatanya, saya seorang perempuan yang ingin disayangi dan dicintai.saya seorang perempuan yang inginkan seseorang disisi. Disebalik semua itu, saya tetap punya harga diri.saya kecewa,sedih,patah hati dan rasa tak dihargai.saya pasrah.sungguh kali ini saya pasrah.saya terima semua ini dengan hati terbuka.saya berdoa agar diberi kekuatan dan terus dikuatkan agar saya tak terjatuh lagi. Tak putus-putus saya mohon keampunan dari Dia, kerana selama ini mungkin saya lalai mencintai seseorang yang belum halal untuk saya, sehinggakan kurangnya cinta saya kepada dia Yang Mencipta. Ampunkan aku,Ya Allah.

Dan, saat saya meneruskan bacaan di blog teman ini, saya sangat bersyukur kerana dia merasakan kebahagian itu.sahabat, saya berdoa semoga kebahagian itu tetap menjadi milik awak dan dia.walau apa sahaja rintangan, terus lah kuat sahabat. Andai dialah yang menghiasi mimpi-mimpi awak selama ini, semoga dia tetap menemani malam-malam awak selepas ini.InsyaAllah.semoga iktaan yang termeterai atas kasih sayang ini terus terikat dengan ikatan yang sah, dan kekal hingga ke syurga..amiin.

Bukan mudah melakonkan watak seorang pencinta. Bila diasak dengan pelbagai emosi dan jalan cerita,jangan terus tinggalkan pentas,kuat dan teruslah menjadi seorang pencinta.

Salam dan doa dari sahabat, untuk sahabat yang sedang bahagia dan akan terus berbahagia.insyAllah.. :)


Syukran jazilan 'alaj jamiilatud dua' ya ukhti... 


Waktu saya bace luahan hati dy, baru start, air mate saya dh bergenang..... Betullah ape yang orang kate, sebenarnya, orang yang happy-go-lucky nie dy sebenarnya lebih banyak simpan kesedihan daripada orang yang kite selalu nampak sedih... Tapi, dengan cara ketawa, bergembira, bergurau senda, mungkin kita tak mampu tangkap situasinya sedih atau gembira... Betul...inilah kenyataan....

Setiap orang akan rase fitrah nie... Rase ingin disayangi, rase ingin menyayangi, rase inginkan seseorang untuk sentiase ade di sisi untuk menguatkan kita saat kita lemah... Duhai temanku sayang, percayalah dengan janji Penciptamu... Engkau adalah seorang gadis yang tercipta dari rusuk kiri seorang lelaki... Lelaki yang engkau sendiri masih bertak-teki hingga kini, siapakah orangnya... 


Sahabatku... Memang hati kita nie xpernah lepas diuji dari perasaan yang menjadi fitrah setiap insan... Tak dinafikan... Namun awaslah, jangan sampai yang fitrah itu menjadi fitnah... Kerana fitrah itu suci, fitnah itu jauh dai-Nya... Bukan aku mendabik dada bahawa aku terbaik... Tidak sahabatku... Aku pun sering lalai dan khilaf dalam langkahku... Sering alpa dalam kenikmatan yang diterima... Sama2 lah kita muhasabah teman...

Teman, senantiasalah persiapkan dirimu untuk menerima kehadiran seorang lelaki yang Allah telah pilihkan, lelaki terbaik yang Allah janjikan buat dirimu teman... Aku tahu, pekertimu yang sopan, akhlakmu yang memikat, parasmu yang sempurna bisa menggegar hati mana2 jejaka... Sentiasa bersedialah untuk menerima kedatangan'nya', walau saat kini kau masih kabur, siapakah sebenarnya lelaki itu...


Dulu, aku juga begitu... Sering tertanya2, aku ini rusuk kiri buat siapa... Aku juga sering mengeluh saat melihat kawan2 sekuliah ramai sudah berpasangan... Masing2 punya teman bercerita... Alhamdulillah, aku dikurniakan teman2 yang sentiasa menguatkan aku, membantu aku menghindarkan diri dari terjebak ke dalam perkara2 yang tak sewajarnya dilakukan oleh seorang wanita yang menyandang gelaran muslimah dan seorang pelajar... Terima kasih buat teman2 tersayang: Fad, Dayah, Syue, Pah... Sentiasa ada masa aku susah dan senang... Suka duka kami kongsi bersama, alhamdulillah, kami saling mengingatkan... Aku sedar, teguran mereka adalah tanda mereka sayang dan peka dengan diriku... Alhamdulillah, mereka sentiasa di sisi kala aku sangat lemah... Makan bersama, gurau bersama, tidur bersama, belajar bersama... Hati lebih tenang sebenarnya apabila tidak melibatkan kaum yang berlawanan jantina selagi belum tiba masanya... 

Terima kasih ya Allah, atas segala nikmat-Mu yang tak pernah mampu kuhitung... Dari saat aku mula tercipta dalam rahim mama, aku sudah berjanji, aku adalah hamba kepada-Mu... Namun diri ini selalu lalai, selalu lupa dan selalu leka... Oleh kerana itu, aku memohon kepada-Mu agar Kau kurniakan aku seorang lelaki yang mampu mengingatkan diri ini kala aku lalai, yang mampu menguatkan diri ini kala aku longlai, yang mampu teguh di sampingku dalam apa jua cabaran... 


Wassalam...

Thursday, March 17, 2011

Jordan Oh Jordan....

Assalamualaikum wbt....

Saat nie, saya xde wat ape pun walaupun banyak kerja yang nak kene saya buat.... Saya kene buat soklan untuk murid2 yang nak test, saya tengah bace thesis-thesis hasil tulisan kawan2 kelas saya... Saya tengah tengok2 balik Syarat Khas Program Pengajian IPTA, melalui Sistem e-Mas... Dan yang paling penting.....sekarang saya ada rase sedikit terkilan..... Dan rase terkilan tue yang kadang2 buat saya sedih.... Erm...

Terkilan sebab ape? Sebab saya....terpaksa kuburkan cita-cita saya untuk sambung ke Jordan... Memang ralat sangat saya rase... Saya cube untuk terima hakikat tapi...biase lah... Kena take time sikit... Saya mungkin memang tak ditakdirkan untuk belajar jauh2, bukan menyalahkan takdir atau ape... Saya memang tak pernah keluar dari Selangor pun untuk belajar... Sekolah rendah kat SKPU ngan Kafa Integrasi BSS kat Port Klang. Sekolah Menengah kat SMK BBSS sehari, pastu larik g SAM Hishamuddin Sungai Bertih sebulan setengah sebelum saya terus stay kat SBPI Sabak Bernam sampai habis saya Form 5... Pastu, ade rezki utk ke Matrikulasi Negeri Sembilan tapi saya yang taknak sebab memang tak boleh bawak course Sains, so saya pilih untuk menimba ilmu 3 tahun kat KUIS, Selangor gak... IPTA pun saya xbercadang mohon luar dari Selangor, memang awal2 saya pilih UM or UKM or UIAM... Paling2 keluar pun KL jelah....

Saya memang pilih IPTA2 nie sebab course yang saya nak ade kat sini n saya pilih ekot rancking yang KPT jeluarkan, mksudnya, saya pilih UIPTA yng lgi bagus dr KUIS... Kalau saya pilih IPTA, sekadar nak gah dilabel "Budak U", bek takyah... Baek saya stay je kat KUIS lagi senang... KUIS pun bagus cume....mahal... Tue je bagi saya... Takde masalah lain.... Pelajaran dia ok, lecturer ok, prasarana not bad lah...

Tadi, mase saya online Facebook, saya nampak lah status senior2 yang kat Jordan sekarang.... Masing2 status bahasa Arab... Serious jeles gile!!!! Mesti akan ade yang kate cmnie, kalau stakat nak ttulis status dalam Arab wat je lah... Orang yang cakap cmu, dia memang tak faham ape yang saya maksudkan... Saya nak belajar ke Jordan bukan sebab saya gile title "Budak Oversea"... Tapi...itu memang impian saya.... Nak belajar dalam jurusan Fiqh ke sana.... Tapi yelah... Kite merancang, Allah juga merancang.... Dan perancangan Allah lah sebaik2 perancang... Bukan saya tak boleh terima perancangan Allah... Saya juge manusia biasa... Selalu lemah dan selalu perlukan kekuatan dari-Nya... Saya teringat, mase MQA datang, saya terpilih untuk ditanya2 orang MQA tentang tahap KUIS kan... Soklan last panel2 MQA tanye saye, ke mane anda nak sambung pengajian anda lepas nie? Dalam ramai2, saya je yang jawab, "Universiti Yarmouk"... Sedih bile teringat... Hati...kuatlah hati....

Saya kena faham, berkali2 saya ingatkan diri saya untuk faham..... Fahamlah situasi yang mengikat diri saya sekarang.... Saya anak sulung, adik2 ramai... Katekanlah saya daoat ke sane dengan biasiswa sekalipun, saya tetap perlukan duit saku dari ayah saya... Ayah kerja sorang, adik2 bawah saya ramai.... Saya taknak ayah susah2 sorang2, kerja keras untuk penuhi impian saya.... Ramai lagi adik2 saya yang ayah kena tanggung... Dalam sibuk tersebarnye berita rusuhan Negara Timur, buat mama agak melarang keras hasrat saya nak ke sane... Mula-mula saya membantah... Saya memang nak ke sana... Sangat2 nak... Tapi....saya selalu fikir untuk cari jalan tak susahkan kedua ibu bapa saya.... Saya mengalah..... Saya tak dapat ke bumi Anbiya untuk mencari ilmu... Memang mencari ilmu tue boleh kat mana2 tapi....semua orang mesti ada impian masing2 kan nak sambung kat mane... Itu impian saya yang.....saya kena kuburkan......

Enchek Saye juge ada cakap, nnt kalau nak sambung Master kat sane boleh lah... Enchek, saye tak kuat nk cakap kat Enchek... Tapi mungkin kat sini saya nak cakap, saya xnk buat Master kat luar, saya nk degree ke luar... Takpelah... Saya tak kesah... Mane2 pun belajar tue yang penting kan Enchek.... Erm....tapi....saya tetap terkilan.... Mintak maaf Enchek... Saye bukan nak ungkit2 cume...saya dalam usaha menguburkan impian saya.... Saya harap Enchek bace tulisan saya nie... Sebab saya taknak tag name Enchek kat tulisan kali nie...

Sebenarnya....saya lagi rase ralat sebab saya DAH  pun TRANSLATE sijil2 yang berkaitan kat ITNM... Terima kasih pade abang sebab bawk g sne untuk translate sijil, time kaseh gak pade Iera n Nyrah sebab temankan saya sekali ke ITNM... Buat Iera n Kinah... Kite sentiasa sokong korang g sne... Usaha betul2 tau untuk dapat ke sane! Aku bangga ade kawan yang g ke sane walaupun aku tak sampai lagi ke sana..... Insya Allah bile2 ade rezki, bole lah aku ke sane.... Huhu....


Untuk kebaikan diri saya juga, saya kena lupekan Jordan... Disebabkan saya pemegang PTPTPU!!! Erm... Tak bayar je karang kene senarai hitam... Mane saya nak cari duet sampai RM24,000 untuk bayar PT sebelum saya ke Jordan??? Saya bukannye anak Dato, atau anak hartawan.... Ayah saya keje kilang je... Takpelah... Saya akan lupe kan Jordan.... Dun worry....

Saat nie.... Saya sangat2 rindukan Syria.... Saya harap satu hari nanti, suami saya dapat bawa saya ke sana, kami bercuti di sana.... Boleh lah kami jalan2... Mungkin lepas saya habis Degree.... Bolehlah kan nak jalan2 ke luar negara.... Saya tak mengharap cuma saya menyimpan hasrat.... Kalau ada rezeki, sampailah saya untuk kali kedua di sane kan... Bersama-sama suami tercinta... Insya Allah...

Oklah... Sampai sini dulu entri saya kali nie....
Pesanan buat sesiapa yang bace, ini adalah luahan hati saya, bukan nak mintak simpati atau ape ye.... Buat kawan2 yang nak ke luar negara, Allahu yubarik alaikum.... Semoga Allah mempermudahkan urusan kawan2... Wassalam....

Tuesday, March 15, 2011

9 Hari Memegang Amanah Sebagai Tenaga Pengajar

Salam alaik kepada semua....

Last week, saya spend kan masa bersama-sama adik perempuan saya, adik no 4, Siti Nur Akmaliyana atau nama panggilannya kat umah, Yana, name ngade2 nye kat skolah, Akma... Hahaha... Saya temankan dia untuk dengar motivasi bagi pelajar2 bakal UPSR... Ade lah satu slot yang menarik perhatian saya, bila dia terangkan tentang ilmu pendidikan anak-anak, means macam mana sepatutnya ibu bapa tue mendidik anak... Adakah dengan cara memarahinya sepanjang masa? Atau memberikan belaina tanpa teguran? Ok, sebelum saya ulas lebih lanjut, saya nak share ape yang dibentangkan oleh penceramah dalam slot beliau tadi (name pensyarah tue xamek lah pulak... hehehe)


1- 1 hingga 7 tahun : dididik dengan kasih sayang dan senda gurau
2- 8 hingga 14 tahun : dididik dengan disiplin dan ganjaran
3- 15 hingga 20 tahun: berdamping sebagai teman sebaya dan teman akrab
4- 21 dan ke atas: memberi kebebasan kepadanya untuk membuat pilihan dan menyokong pilihan anak-anak yang dirasakan tepat...

Ok, now saya nak buat sikit ulasan (sikit bermaksud kurang daripada 100 000 patah perkataan). Saya noted benda nie sebagai garis panduan kita, tak bermaksud bila saya tulis je mende2 cani, xlame lagi nak kawen (tapi kalau btul2 xlame lagi nak kawen pun OK JUGAK!! kikikiki) Maksudnya, nie sebagai panduan lah... Kalau kate belum sampai mase kita kawen, kita boleh jadikan panduan untuk kita didik adik-adik kita ke atau sesiapa yang sesuai ikut paras umur dan guardline yang dah diberikan lah.... Contoh, kalau macam saya, saya ada adik2 untuk setiap lapisan umur nie... At least, saya katih diri saya untuk handle adik-adik saya dulu, sebelum saya sampai seru didik anak-anak saya pulak. (Ok, dah banyak melalut!)

Saya pun tak tau nak cakap ape sangat sebenarnya... Haaaa nak share sikit pengaplikasian guard line yang saya dapat nie dengan pengalaman saya menyandang jawatan sebagai seorang guru walaupun baru 4 hari... Ngeh3... Jadi guru maksudnya samalah memainkan peranan sebagai ibu bapa, diberi amanah yang sangat besar bagi saya untuk membantu golongan ibu bapa... Jujur dari saya, untuk menjadi guru nie, memerlukan kesabaran yang sangat tinggi... SANGAT33333 TINGGI... Jujur saya cakap... Waktu mula-nula saya mohon kerja kat sekolah rendah saya (sekolah agama), guru besar kat skolah tue, Ustazah Sanatan sangat seronok, sebab ade orang nak masuk ngaja, kelas 3 Maawa... Lepas tue, GB (malas nak tulis panjang2, mkne nye Guru Besau) explen kat saya, yang klas 3 Maawa nie kelas darjah 3 yang paling belakang.... Bile cakap paling belakang, saya ase tak yah lah nak explen banyak2 kan... Musti sume paham, ape maksud kelas belakang...

Hari pertama saya bertugas sebagai seorang guru, saya masuk tengok wajah anak-anak murid saya... Budak2 kan... Comel! Hehehe... Secara jujurnya, sebelum nie, saya tak pernah minat sangat pada budak-budak, walaupun adik2 saya berderet2 untuk setiap lapisan umur... Daripada teenage sampai lah ke baby... Kalau kat umah, saya paling tak minat bile mama suruh saya aja adik-adik saya, sebab saya kata, saya xsuke mengajar.... Style saya, mengajar2 nie...malas lah... Tapi, kalau orang bertanye, saya tak kisah. Saya suke... Sebab kalau mengajar, makne nye kite kena mengadap orang tue... Tapi, kalau orang bertanya, selagi dia tak tanya, kita bole buat ape je kerje yang kita suke... Then, malam sebelum bertugas, saya ceritalah kat Enchek Saye, yang sebelum nie, nak mengaja adik pun payah, bole pulak saya apply keje jadik cikgu... Terus dapat free talk dari Enchek Saye! Muahahaha (padan muke saye!) Enchek Saye nasihatkan saya, jangan ada perasaan macamtu, buang sikap mtue, sebelum saya masuk kerja, sebab nak mengaja, perlukan kesungguhan dan keikhlasan... Tujuan mengajar untuk bantu anak-anak murid berjaya... (baek...saya faham...) And sebenarnya, petang masa saya dah terima jawatan sebagai seorang guru, saya dah buang sikap saya jauh-jauh dan saya dah tanamkan sikap untuk membantu anak-anak murid saya cemerlang... (terima kasih Enchek Saye sebab selalu sokong ape yang saya buat dan tegur ape yang saye salah.. I love ur style Enchek Saye! ;p)

First day saya masuk kerja... Ok, sambung balek cerita asal! Hehehe... First day kerja, benda pertama yang saya sematkan sebagai pendirian saya sebagai seorang guru ialah : TEGAS bukan TENGKING. Yup, itu yang saya kena buat... First day, saya susah siket nak control anak-anak saya nie... Nakal! Bila disuruh diam, bole tahan beberapa saat je, bising balik... Saya kena mengajar semua kelas darjah 3, and ada 3 klas untuk darjah 3... Bile dah setengah hari saya masuk kelas 3 Maawa, saya pun pergi ke next klas, iaitu kelas 3 Firdaus (kelas pertama) dan kelas 3 Naim (kelas kedua). Memang lain lah rase nye masuk kelas pertama, kedua and ketiga...

Hari-hari seterusnya, saya lalui dengan hari yang ceria... Walaupun saya punya cerita tersendiri, namun saya pegang pada prinsip, bile kite kerja, umpukan pada kerja... Masalah yang ada jangan sesekali dicampur adukkan dengan kerja... Saya ada jugak mengalami gangguan mental dan emosi (bunyik cam parah jer!! hahaha!!) Biasenye, saya akan manfaatkan mase dari pkul 12 tengah hari smpailah sebelum saya masuk kerja untuk fikir cara settle kn masalah saya... 2 hari saya dalam keadaan yang sangat down... Tapi, satu je ubat nye... Bila saya jumpa anak-anak murid saya, saya tak tau kenapa, saya terus rasa kuat dan bersemangat... Saya rasa saya kena kuat untuk antu mereka, saya nak tengok anak-anak murid saya berjaya... Merekalah jantung hati saya... Merekalah tempat saya berikan kasih sayang dan tunjuk ajar. Biarpun saya tegas, secara jujurnya, saya sayangkan murid-murid saya....

Saya sedar, bukan senang pikul tanggungjawab sebagai guru kelas bagi klas akhir... Student klas saya seraami 32 orang... 3/4 drpd mereka tak tahu membaca quran, 1/2 tak reti ngeja jawi... Bayangkan? Saya nak je anjurkan cadangan, supaya dibuat extra-class unuk student2 cmnie... Kalau tak, sampai bile pun mereka takkan tau.... Kat sini, ibu bapa juga berperanan untuk mengasuh anak masing2. Kalau setakat nak harap cikgu yang mainkan peranan 100% pun tak boleh... Sebab ape saya cakap cmni? Ok, saya pun pernah melalui zaman sekolah rendah saya. Waktu yang diperuntukkan untuk belajar kat sekolah agama hanya 3 jam, sambung pulak ke sekolah rendah, lebih kurang 4 jam... So, masa kat sekolah ada 7 jam. Setiap manusia ada 24 jam...

24 jam - 7 jam (sekolah) = 17 jam
17 jam - 3 jam (masa untuk rehat2) = 14 jam
14 jam - 2 jam (mase main waktu petang) = 12 jam
12 jam - 1 jam (mengaji) = 11 jam
11 jam - 8 jam (mase tido) = 3 jam

See? Ini adalah perangkaan mase yang sepatutnya dibuat... 3 jam yang ada... hanya ada 3 jam untuk study... Kalau kena gaya nya, banyak lagi masa yang yang bole diptong cthnye:

Waktu rehat : 3 jam 2 jam
Waktu main : 2 jam 1 jam
Mase tido : 8 jam 7 jam

Er...kalau bakal suami ade terbace sal cite nie, agak2 anda setuju tak dengan perancangan mase nie yang saye manage untuk budak2 umo 9 tahun... Hehehehehe ;p

Ok, bagi saya, mase balance dari 3 jam boleh jadi kepada 5 jam sehari... 5 jam sehari digunakan untuk ulangkaji pelajaran... Nampak macam berat tapi sebenarnya, bagi saya... Cara nie adalah cara yang berkesan, untuk kita bantu kanak-kanak nie, well-prepare sebelum exam or ujian2 yang dibuat... So, xkan ade istilah study last minute, takde istilah tak hafal untuk periksa...

Suke saya nak ingatkan berkali2 (ayat macam guru besar bagi speech pulak! muahahahaha) dalam kelas saya style saya mengajar cmnie, perkara yang saya akan sentiasa saya ingatkan pada murid2 saya:

1- Kalau ustazah cakap, murid2 cakap, siape yang dengar? <Syaitannnnn> (murid2 akan jawab camnie sebab saya ikut ape yang Cikgu Farizal penah cakap cmnie dlu... heheheh)
2- Kalau depan al-Quran kita jangan ape???? <Jangan bercakap, jangan bergaduh>
3- Dalam kelas kita jangan <bergaduh....>
4- Boleh bagi ustazah cakap x? (kalau dorg bising jugak, saya yang diam and secara automatik, dorang akan diam! hahaha suke sangat care nie!! sebab saya tak tengking sape2)
5- Dalam kelas ustazah, sape yang nak bercakap, boleh berdiri, sape yang xnak belajar atau tak nak buat kerja rumah ustazah, boleh keluar kelas sekarang (masing-masing terus senyap dan duduk tmpt msg2... aishhh suh kua xmoh pulak)

Hahahaha... Ini lah gelagat anak2 murid saya... Saya nak didik mereka dengan akhlak... Bukan supaya mereka lulus exam semata-mata... Apa guna nya kalau mereka berjaya tapi biadab dengan orang lain? I cant see the value of excellent there...

Style saya mengajar banyak bagi latihan.... Untuk subjek Imlak, Jawi saya akan suruh mereka tulis kat buku, setiap perkataan 5x, saya tak bagi tempoh yang lama. Kalau hari nie saya suruh buat, esoknye saya check! Hehe Bia dorang bukak buku siket kat umah. Subjek khat, saya suruh satu perkataan tulis 50x, and kat 1 bab tue ada 2 words je... Bile dorang mnx offer, saya kua kan kate2 azimat saya,

"Dalam kelas ustazah, sape yang nak bercakap, boleh berdiri, sape yang xnak belajar atau tak nak buat kerja rumah ustazah, boleh keluar kelas sekarang..."

Bukan dengan nada tengking tapi dengan nada cakap biasa... Murid2, ustazah taknak murid-murid buang masa, manfaatkan masa sebagai pelajar... Ustazah sayangkan murid-murid...

Untuk subjek Hafazan, saya akn suruh mereka ikut ape yang saya bace, sampai saya tengok mereka dah lancar, saya akan ulang ayat hafazan yang penuh berulang kali. Alhamdulillah, mereka bole ikut cara saya, and ramai jugak yang boleh hafal... Yang tak hafal, saya suruh mereka hafal smbil berdiri...

Subjek quran, mereka nie 3/4 tak reti bca quran, 1/2 tak reti eja jawi... Untuk quran, saya akan suruh mereka ikut ape yang saya baca... Tue je saya mampu... Untuk menghadap sorang2 dan pastikan SEMUA lancar, secara jujurnya memang saya tak sempat nak buat dalam masa 3 jam yang diperuntukkan, dengan kekangan subjek2 laen... Apa yang saya mampu janji pada diri saya, saya akan cube yang terbaek untuk saya bantu anak-anak murid saya...

Saya PALING BENCI kalau dengar MANA-MANA ORANG DEWASA yang MENGUCAPKAN KATA-KATA KESAT PADA KANAK-KANAK! Sangat benci!!  Bukan setakat pada kanak-kanak, pada sesiap jugak lah.... Cuma dalam situasi saya sekarang nie, ape yang saya selalu tengok, anak2 murid klas saya selalu kena marah... Mentang2 lah anak2 murid saya nie klas last, tahap pelajaran pun biasa2 je.... Ustzah2 laen suke tengking. Antara kata2 yang saya pernah dengar direct dari telinga saya,

"Ape jenis2 air yang digunakan untuk bersuci!!! Kenapa kamu tak ingat!!! kamu nie takde otak ke!!! Tak gune otak tue baek2 kenapa"

"Kenapa kelas kamu nie kotor sangat? Kamu nie buta ke tak nampak sampah!!!"

"Kelas kamu nie suka memekak kenapa!!!! Tak reti diam ke!!"

Ape yang saya rasa... Saya sedih... Bayangkanlah, walaupun dia tak cakap dengan saya, tapi saya yang sedih... Selaku guru kelas mereka, saya kesianlkan mereka... Tipulah kalau saya cakap diorang tak bising dalam kelas saya kan? Saya akan kuakan kata2 azimat saya, sume diam. Kalau diorang bising, saya akan suruh SEMUA berdidi atas kerusi, pegang buku, buku tulis dan pensel, buat kerja saya. Saya takkan keluarkan perkataan2 macam tu, sebab doa seoarng guru tue termakbul... Saya sentiasa doakan anak2 saya supaya diterangkan hati untuk terima ilmu Allah... Ini cara saya mendidik mereka, walaupun saya hanyalah guru sementara...

Ok lah, sampai sini dlu ye untuk entri kali nie...
Tataaaaa semua~~
Salam..

Sunday, March 13, 2011

Kawen Tue Seronok Ke????

Assalamualaikum semua...

Lame xpost blog... (er...sena nye xde lah lame sgt p0n...hehe) Ok, lebih kurang pukul 8.30 malam pada 11 Mac, saya and family memulakan journey dari Klang menuju ke Kuala Medang, Pahang sebab nak attend majlis nikah n kenduri kesyukuran Mak Ndak saya yang baru habis belajar dari Mesir... Dalam dekat2 pukul 2 pagi cmtu, kitorang pun sampai kat Kuala Medang... Dalam keadaan mamai2, tapi bole sedar lah yang kami dah sampai kat sane... Hehehe... And saya terus bagi report yang agak detail pada 'Enchek Saye' Hahahaha....

Ok, xmoh cerita panjang2 mende merepek2... Pagi semalam, saya bangun je tengok orang semua tengah SANGAT SIBUK!!! Wahhh maklumlah, kan nak sambut family member yang baru, Pak Ndak... Saya pun dapat kejra jadik camerawomen untuk Mak Ndak saya punya kamera... On je lah... Sambil tengok Mak Ndak saya disolek oleh Mak Andam, saya pun dengan ringan mulut tanye lah macam2... (mesti mak andam tue dah pening ngan soklan aku yang macam2...hahahaha) Saya tanye pasal jenis bedak lah ape lah, tapi dy explen, satu hape pun saya tak paham jugak... Sebab saya bukan jenis reti solek2 sangat, setakat pakai bedak Syahirah, pakai pape yang patut, tue retilah. (Ape yang saya pakai tak boleh lah bocor kat sini! Nanti kantoi lah! ;p) Merepek lagi... Tak masuk2 lagi topik nie, baru intro... Hahaha...

Ok2 sambung ye... Pas siap sume2 make up bagai, saya pun dengan xsabar2 gerak ke Masjid ape tah namenye (lupe plak nk take note name masjidnye), untuk tengok majlis akad nikah Mak Ndak saya nie... Sambil2 ngambek berkat kot2 bole dpat awal ke turn saya! Hahaha! Ok nie pun bukan point utama postage kali nie (tapi kalau dapat berkat awal tue sangat lah bagus!!) Saya tengok je perjalanan majlis tue... Pak Ndak saya nie guru tahfiz, so angkatan dari pihak dy sume stock lelaki berjubah2... (Naseb baek tak tergoncang iman sebab hati de pada sorang je... hihihi.. So, abang janganlah risau ye n trust me! ;p) Dari sekecik2 budak (lebih kurang dajah 1 cmtu) smpai lah stock2 bapak budak, sume jubah blako! Masuk jo sjid trus solt sunat... Huhu... Sejuk atie tengok budak2 camtu... (nanti bakal ank2 saye pun akn 'kami' didik macm tu jugak insya Allah) Sementara menunggu Pak Ndak saya masuk, saya pun usha2 keadaan sekeliling... Tengok Mak Ndak saya, tangkap2 gambar, jeling2 ngan Mak Ngah yang jadi pengapit Mak Ndak saya... Saya tengok je Mak Ndak... Muka dia macam....yelah... Sekejap lagi akan jadi isteri orang kan... Mungkin dia tengah berfikir cabaran dan dugaan yang dituntut apabila termaterainya akad nikah nanti... Mungkinlah... Saya pun xpasti... Tak reti jugak nak bace muke orang, xkasyaf langsung...

Tak lame lepas tu, Pak Ndak saya pulak masuk dalam masjid. Pakai jubah putih... Kurus je orangnye... Nampak sedikit zuhud dan syadid orangnya... Hehe tak bole komen lebeh2! Dia pastu duduk ngadap jurunikah and ayah saya, sebab ayah saya wali, abang sulung Mak Ndak saye... Jurunikah mule2 adelah intro2 dia, apetah, take mek port sgt. Saya cume paling suke dengar khutbah nikah... Buat kita insaf dan rasa... Perkahwinan bukan sesuatu yang untuk kita buat seronok2... Perkahwinan itu menambah beban yang digalas.. Bagi siapa yang tak siap mental fizikal, akan rasa terbeban... Tapi, siapa yang siap mental fizikal, memang awal2 dah set, bila dia nikah buak  sekadar untuk berseronok, tapi bersedia menggalas tanggungjawab yang lain, maka insya Allah segala yang dibuat untuk alam rumahtangganya akan dibuat dengan sempurna dan ikhlas...

Lafaz akad nikah telah sah diterima... Kemudian, Pak Ndak saya pun mengadap kat Mak Ndak saya... Bukan terus2 sampai part pembatalan air sembahyang... Tapi, pembacaan lafaz taklik... Taklik.... Tau ke anda semua taklik tue ape? Taklik ialah perkataan Arab yang memberi maksud (dalam bahasa Melayu) bergantung, tergantung atau bergantungan. Biasanya diterjemahkan sebagai cerai bersyarat. Manakala daripada segi istilahnya, ialah perceraian yang berlaku kerana suami telah melafazkan talak atau cerai ke atas isteri dengan syarat-syarat atau peristiwa yang tertentu. Seperti kata suami

“apabila saya meninggalkan isteri selama empat bulan tanpa nafkah, dan isteri telah mengadu kepada hakim syarie serta telah membuat bayaran RM1 bagi pihak diri saya, maka jika sabit kesalahan, pada masa itu jatuhlah satu talak khalie”.

Lafaz taklik nie memang dilafazkan oleh suami sebelum sesi pembatalan air sembahyang... Secara jujurnya dari saya, mase lafaz akad nikah tadi dah sah, saye yang rase sebak... Sebab saya rase, hanya dengan satu akad, Allah bagi kita nikmat menghalalkan ape yang Allah haramkan sebelum nie... Dan hanya dengan satu akad, kita (khusus untuk perempuan) dah bertukar milik... Maksudnya, kita lepas je akad nikah, perempuan sepenuhnya dimiliki oleh suami, ibu bapa perempuan tue dah kire xde hak ke atas anak dia... Wah saye nie... Tue baru dengar lafaz akad nikah Mak Ndak saya... Kalau saya dengar, lafaz nikah dari bakal suami saya nnti, er...mau meleleh lah air mate kot! Adussss!

Kawen... Seronok ke kawen nie? Banyak tanggungjawab. Bukan kate bile dah kawen, sebelum kawen pun, dah dibagi latihan untuk bertanggungjawab pada lelaki... Contohnya, pihak lelaki kena siapkan duit hantaran, same2 kene pergi kursus kawen, same2 uruskan barang2 perkahwinan... Kat sini dah terbukti, komitmen dan tolak ansur ysang diperlukan dari kedua2 belah pihak adalah sangat tinggi... Kita undur siket ye... Sebelum nikah, msti bertunang dulu kan? Tak kisah secara hukum atau adat. Teringat saya pada pesanan Ustazah Hasanah mase saje sembang2 kosong dlu, "Kalau dah bertunang secara hukum, bertunang secara adat tue cepat2 lah... sebab bertunang secara adat nie kan nak bagi elak fitanh sebenarnya." Dengan muke blur, saya tanye ustazah, "Mengelak fitnah cmne ustazah?" Ustazah Hasanah pun jawab, "Yelah Asy... Kalau bertunang secara hukum ni, kalau tbe2 ade lelaki lain kate nak meminang kamu, kamu kata kamu dah bertunang. Yelah sebab kamu faham bertunang secara hukum. Buatnya orang yang nak meminang kamu tue, betul2 nak hantar cincin tunang ngan kamu, kamu kata bertunang, dia tengok jari kamu, takde cincin tande pun yang kamu nie dah bertunang, bukan ke boleh datangkan fitnah..." Saya mengangguk tanda faham... Betul jugak.... Sebab sebelum2 nie, saya fikir, xpayah lah tunang2 semua, nikah je trus... Mase tue, xtau lagi sume2 nie kan... Yelah, kita makin besar, makin banyak kita belajar perkara2 yang sesuai dengan umur kita... Yang sesuai dengan tahap pemikiran kita... Teringat dulu masa saya skolah rendah, kalau dengar je cakap pasal kawen ke couple2 ke, msti sume orang kate gatal... Yelah, xcukup umur lagi kan... Kalau mase2 sekarang, sembang2 dengan kawan2, tue lah biase nye topik utama. Bak kata mantan YDP PERMAI saya, Firdaus Khalid, "Ni lah dilema orang2 sem akhir...." Hahahaha...

Ok, dalam tempoh pertunangan adalah tempoh untuk taaruf dengan pasangan kita... Ingat, bertunang bukanlah tiket nak pegang2 tangan, bermadu2 asmara bagai. Bertunang tue macam kite book kreta lah perumpamaannye... Kalau kite book nk bli kreta, kite kena byar duet pendahuluan dlu kan? Ade ke bile kate ngan cine kreta tue, saya nak book kreta nie, then kite bayar ngan duet yg xsberapa, da tros bole gune kreta tue? Sorry lah! Kompem xkn dapat punye kan? So sme lah konsep nye dengan bertunang...

Bayar duet pendahuluan untuk kereta = Bagi cincin tunang pada tunang kite sebagai tanda, perempuan tue sudah berpunye... 

Nak lebeh2 kua pegang2 tangan macam laki bini, sila lepasi akad nikah dlu ye... Time tue, korang nak buat ape pun xde sape nak halang sebab ikatan antara korang memang dah sah sebagai suami isteri di sisi syarak dan undang2...

Cakap pasal undang2, teringat saya pengalaman2 saya sepanjang diberi peluang praktikal di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Klang.... Cerai??? Kes yang mencatatkan bilangan tertinggi bagi kategori kes mal! Klang, saya tak brape egt sgt kat rancking yang ke berapa untuk kes cerai nie... Yang pasti, Klang antara tempat teratas jugaklah yang mencatat bilangan kes cerai yang tertinggi nie! Satu, disebabkan populasi penduduk Klang sangat ramai dan kedua, sebab kes cerai memang sangat popular! Sebab apa saya cakap macam nie? Sepanjang saya diberi peluang untuk tengok Plaintif dan Defendan bagi kes cerai nie, fakta kes masing2 sume lebih kurang je. Fakta kes maksudnya semua yang berkaitan dengan kes, misalnya tarikh nikah, tempat nikah, masa, hantaran, mas kahwin, sebab perceraian, kronologi perceraian. Paling best bile sampai part pihak2 bertikai cerita kronologi cerai... Bukan best maksudnya suke orang cerai... Tak... Suke kat sini sebab saya bole tau punca2 yang kerap jadi punca perceraian... Apa yang saya tengok, memang perceraian berpunca dari hal2 yang remeh temeh tau! Contohnye, mase saya praktikal dlu, punca perceraian ialah sebab isteri lupe bukak pintu rumah, pasal tak tutup lubang jamban, pasal isteri yang curang, lelaki kayu tiga, suami isteri panas baran, ego dan tak bertolak-ansur, dan ada jugak sekarang nie kes kawen paksa... Kalau yang bace2 nie, mesti ada yang gelak bile bace sebab2 cerai. Saya pun tahan gelak jugak mase sesi perbicaraan tapi, nie lah hakikat...

Suami isteri... kena banyakkan bersabar... Kurangkan ego dan keras kepala masing2 sebab dengan ego masing2, takkan dapat pape ganjaran yang baik melainkan keretakan rumahtangga dan lain2 effect negetif... Mungkin ada di antara anda yang cakap, cakap memang senang. Nasihat orang memang senang. Kat sinilah peranan pasangan untuk bertolak ansur dan terutamanya pihak suami, mampu kawal isteri anda. Bukanlah jadi King Control... Maksudnya, kawal emosi isteri, ajak pihak isteri bincang apa masalah yang dihadapi... Ape yang buat isteri rasa tertekan... Kadang, ada sesetengah perempuan, tak reti nak cakap, lebih suke pilih untuk pendam, last2 meletup! Kalau dah meletup kan payah.... So, baik lah adekan musyawarah sesama suami isteri... Jadi masing2 tak tertekan... Luahkan ape yang masing2 rase tak puas hati. Cara untuk meluahkan pun kena dengan gaya nye... Jangan terus2 menyerang... Slow talk, suami isteri mase nie kene sedia untuk ditegur dan menegur dengan lapang dada... Lepas musyawarah, akhiri dengan bersalaman, tanda saling memaafkan dan lupakan perkara yang lepas...

Betul...untuk duduk berbincang dengan keadaan yang tenang sangat sukar sebenarnya untuk dibuat. Saya sendiri akui, memang bukan senang. Nak2 lagi macam sikap saya sendiri yang cepat marah dan agak emosional... Huhu... Dengan pengakuan jujur ni, harap2 bakal suami saya dapat ready lah... Hehehe... Dan saya pun kena jugak ambil peranan, untuk kawal emosi saya, dalam meluahkan apa yang saya tak puas hati... Sebab jenis saya pun, agak sush nak luahkan ape yang saya tak puas hati... Maksudnya, dah sampai satu tahap saya rase xboleh tanggung, baru saya akn cube luahkan... Tue yang kadang2 saya akan lost sorang2.. Hehehe...

Erm....apa2 pun, mcam tue lah... Sebarang masalah kena bawa berbincang. Dugaan alam rumahtangga nie sangat hebat, menuntut kejujuran, keikhlasan dan keyakinan daripada setiap pasangan masing-maisng... Bagi pendapat saya, benda2 nie memang sangat penting... Dan saya rase...kat sini....saya nak tulis sedikit penghargaan yang tak seberapa kepada 'Enchek Saye'...

Saya nak mengucapkan setinggi2 kesyukuran pada Yang Esa kerana menemukan saya dengan'nya'. Dia seorang lelaki yang bagi saya sangat lembut hati, jujur, ikhlas, memahami dan sangat penyayang... Banyak lagi kalau nak tulis kang ciri2 yang ade pada 'dia' tapi cukuplah hanya dia, saya dan pihak2 berkenaan yang tahu tentangnya... Bagi saya, dia seorang yang cukup sabar dengan kerenah2 saya, bersungguh2 dalam komitmen, sangat menjaga... Dia lelaki yang sangat gentleman dan lelaki sejati sebab dia kotakan setiap apa yang dia kata, dia buat apa yang dia janji... Yang paling penting, dia  dapat terima saya seadanya... Sebab saya nie baaaaaaaaaaanyak sangat kekurangan dalam diri saya.... Dia sentiasa ada di sisi saya waktu saya menangis, waktu saya ketawa, waktu saya sakit dan waktu saya sihat... Dia sentiasa menguatkan semangat saya bila saya sangat2 lemah diuji akan sesuatu perkara... Saya sangat2 menghargai kehadirannya di dalam hidup saya... Waktu saya mengahadapi saat2 genting dan saya rasa mati akal fikirkan ape jalan keluarnya, dia dengan sabar dan tenang, mengajak saya bincang bersama-sama apa jua masalah yang dihadapi... Kalau saya dah buat dia terasa, saya sebenarnya yang akan menangis dengan teruk sebab saya paling terkesan dengan ayat dia, sentiasa memaafkan kesalahan saya yang dulu, sekarang dan akan datang... Bagi saya, dia seorang lelaki yang berhati lembut... Tak macam saya, saya seorang yang agak keras hati.... Bukan agak tapi memang lah... Hehehe... Dan saya berjanji pada diri saya untuk sentiasa menjadi yang terbaik kepadanya, dunia akhirat insya Allah.... Terima kasih Ya Allah kerana Kau mengurniakan aku seorang lelaki setulus dia, sebaik dia. Yang tak tertanding dengan yang pernah saya kenal. Dia yang paling saya hormati, paling saya kagumi, dan juga yang paling saya sayangi... Terima kasih juge pada abang atas segala pengorbanan dan segala budi baik abang yang lalu, sekarang dan akan datang... Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan abang.... Abang lelaki terbaik selepas ayah dan ahli keluarga saya.... (Panggilan2 yang berkenaan tidak boleh dikeluarkan di sini...Hehehe)

Tak tau nak gambarkan macam mana tapi....u is the best man that i had meet along my life till the rest of my life.... Just dedicate this to you, 'Enchek Saye'... ^_^

Wassalam...