Thursday, May 22, 2014

Perjalanan Bersama Laksamana Sunan.

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..


Hello readers! I do miss my blog, menconteng-conteng dan membebel-bebel di sini. Banyak dah tulis tajuk untuk blog. Tulis sebaris dua dan end up dengan malas nak sambung menulis. 


Kali ni, saya nak share tentang karya salah seorang novelist yang memang buku beliau, ada yang kene dengan genre yang saya suka baca. Mengenai Laksaman Sunan. Pertama kali, saya memanjakan diri saya untuk membeli buku novel bersiri-siri panjangnya *dan buku yang the latest pun masih ada sambungannya*. Sebelum ni, pernah baca buku novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Ada lagi sambungan tapi tak sempat nak habis, sebab buku tu orang lain punya. Bookfair tahun 2014 kali ni, merupakan bookfair yang terakhir saya gunakan BB1M saya sebagai degree student, telah melabur untuk beli buku-buku ni. 


Cerita ke bookfair pun bagi saya, lawak juga. 29 April 2014, saya ada terbaca notis di MyLMS kuis bagitahu, 1 Mei, BB1M tak boleh guna untuk beli selain daripada buku-buku ilmiah. So how? Risau pulak saya sebab saya memang bercadang nak beli set novel Laksamana Sunan. So dengan tekad dan sem,angat *cewah* saya pergi ke bookfair pada 30hb April 2014, sensorang sebab adik-adik sekolah. Kebetulan hari tu ada adik saya yang pergi ke bookfair tapi dengan school trip la.

So, disebabkan pergi sorang, tak beranilah nak stay lama-lama. Pergi terus ke tempat buku yang saya nak beli, grab it fast dan balik cepat. 1 Mei, saya memulakan 'journey' saya tenggelam dalam dunia yang dicipta oleh En. Ramlee Awang Murshid. Senarai turutan buku tersebut ialah  Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, Sunan Musafir, Sunan Nanggroe Sang Kembara. Saya mengikut gerak hati saya untuk membaca buku-buku ini terlebih dahulu walaupun bercadang untuk siapkan bab tiga tesis semasa cuti ni. Hehe Pelbagai watak yang saya kenal. Watak masing-masing mempunayi mesej tersendiri yang nak disampaikan.

Alhamdulillah, pengembaraan saya menelaah tujuh siri buku ini telah berjaya dan saya mendapat pelbagai mesej yang baik sepanjang pengembaraan saya. So, saya tulis dalam bentuk point lah supaya senang dibaca.

1- Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Jadi, jangan pernah gentar dengan musuh Allah kerana Allah lah pemilik kuasa terampuh. Tugas kita, tegakkan apa yang benar mengikut garis pandu kitab-Nya, sunnah baginda Rasulullah SAW.

2- Keberkatan ilmu sangat penting dalam kehidupan. Dalam cerita Siri Laksamana Sunan ni, ilmu yang diketengahkan adalah gabungan ilmu tauhid dan ilmu kependekaran. Apply dalam dunia kita, tak kira ilmu apa yang kita dalami, dalami dengan jujur dan ikhlas.

3- Jangan riak, ujub, takbur dengan kebolehan diri sendiri, sebab itu semua hanya pinjaman Allah. 

4- Jangan berdusta. Jika orang mendesak kita memberitahu satu perkara, tapi kita perlu sembunyikan perkara tersebut, maka berdiamlah lebih baik dari berdusta.

5- Ilmu yang paling susah untuk kita miliki ialah ilmu ikhlas, tawakal, bertenang dan jangan cepat marah. Apabila kita marah, kita adalah tunggangan syaitan, yang kita mungkin boleh melakukan hal-hal yang di luar batasan.

6- Ke mana pun kita pergi, apa pun yang kita buat, restu kedua ibu bapa sangatlah penting. Jangan perlekehkan mustajabnya doa ibu bapa. 

7- Perbanyakkan zikrullah untuk melatih diri bersabar dari amarah yang membakar.

8- Jangan terpedaya dengan keindahan dunia seperti arak, godaan wanita. Kelak sendiri yang binasa. Dunia bukanlah tempat untuk kita berehat, sedangkan syurgalah tempat rehat yang abadi.

9- Jagalah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana terbabas dalam pergaulan merupakan kunci fitnah. 

10- Hidup ini cuma sedetik, akhirat itulah negeri abadi. Siagalah beramal sekuat habis, agar bangkit diakhirat dengan senyuman yang terukir.

11- Bercintalah, dengan cara yang halal. Dan jangan sesekali menjadi hamba cinta manusia. Kejarlah cinta Allah, kelak kita juga akan dicintai.

12- Berbuat baiklah kepada orang yang telah berbuat jahat kepada kita. Kita tidak akan rugi, malah itu juga salah satu metod dakwah Nabi SAW.

13- Lebih baik tersalah ampun, daripada tersalah hukum. Ayat cuma sebaris tapi cukup tajam menikam. Perlu diaplikasikan dalam setiap lapisan masyarakat, sama ada dalam keluarga kecil, organisasi sekolah, organisasi apa-apa pun. Selidik dengan lebih mendalam untuk mendapatkan bukti. Pastikan bukti dan saksi yang ada bukanlah bukti dan saksi yang boleh 'dibeli'. 

Sungguh, saya jatuh hati dengan karya bersiri yang ini. Karya bersiri mengenai Laksamana Sunan ini, genre klasik + moden. Saya teringin berada zaman melayu yang dahulu, yang mana manusia menuturkan bahasa yang lembut, beradab. Jauh lebih baik daripada bahasa-bahasa zaman sekarang. Pertama kali bookfair kali ini, saya spend RM300++ membeli buku. Saya tak terkejut, tapi saya rasa jauh lebih puas memiliki buku, daripada bershopping baju *walaupun dua-dua saya buat*

Tidak ada manusia yang dicipta sempurna. Justeru, manusia sekitar kitalah yang akan melengkapkan hidup kita, memberikan seribu satu pengajaran. Kita akan belajar pelbagai benda dengan manusia yang pelbagai ragam di sekitar kita. Bersabarlah, kerana sabar itu indah akhirnya. Membuahkan kebahagiaan. 

Senang bercakap, senang menulis, senang menasihati orang tapi percayalah, sukar untuk kita laksanakan. Berusahalah melakukan kebaikan selagi masih berkesempatan. Jangan pernah berhenti belajar dengan alam, dengan manusia, kerana sekolah kehidupan tidak pernah menjanjikan tamatnya tempoh belajar melainkan sampainya ajal menjemput.

Sekian dahulu sampai sini.
Wassalam.
















Awan, andai dapat kucapai, maka saktilah hamba.