Tuesday, April 23, 2013

Dan Aku Dihambat Rindu...

Bismillahirrahmanirahiim
Assalamualaikum readers!

Rinduuuuuuuuuunye dekat blog! Macam-macam cerita nak update sebenarnya tapi dek kerana kekangan masa *ayat tak payah nak thesis sangat kannnn*

Ok, seriously cuti kali nie cuti yang best walaupun saya tak terikat dengan sebarang kontrak kerja. Every weekend, start daripada dua minggu yang lepas, saya dok sakan attend wedding kawan-kawan. Yelah, orang jemput makan, moh le kite meraikan diorang kan?

Tahniah pada Hazimah & Faiz, kawan-kawan KUIS. Yang saya rapat dengan Hazimah, bekas jiran masa diploma. Pasangan kedua, Kak Anisa Nordin  pasangan. Yang nie dulu beliau guru saya. Tapi masa habis dip, saya kerja kat sekolah rendah saya sekejap, then dia kata, panggil "Kak" je, jangan berustazah-ustazah.
Tapi satu hal yang saya sedih, gamba dengan bestiest2 corrupt pasal laptop hang. Ok, ini je gambar yang ada, tapi nie masa wedding Kak Nisah lah.

To 'em.

Kak Nisah, I and Nuna.

Terjumpa jiran lama *yg baju merah*


Then, 19hb haritu, birthday Ayah. Tak wish dalam fb sebab laptop yang short. Tapi, kek tetap tak dilupakan.
Kek birthday jama': Qila + Ayah.

19hb bukan setakat kejutan birthday untuk ayah, tapi kejutan untuk Amir. Kitorang *means my family* gerak dari Klang, untuk tengok Amir pertandingan Tilawah Quran peringkat Negeri. Tapi kitorang tengok dari jauh *atas nasihat saya, sebab saya dulu tak boleh kalau family tengok saya masa bertanding, mesti saya kalah, sebab bila family ade, cam menggedik sikit lahhhhhh.haha!*

Lepas tengok Amir, ingat nak direct balik Klang, sebab esoknya Ajiq pulak lawan Marhaban. Tapi Amir buat muka sedih kitorang dah nak balik. Dia nak kitorang temankan dia g tengok schoolmate dia kat pertandingan nasyid. Mama pun bertolak ansur penuhi permintaan Amir. Aku yang malas nak turun pun macam terpaksa jugaklah kan... Haha. By the way, 4 group je pun yang nasyid. Dan yang paling aku terpukau, bila sampai sekolah Amir yang buat persembahan. Amir beria-ia cakap, "Kak, sedih lagu sekolah Amir bawak..." Pastu saya buat muka tak puas hati, "Kalau kakak tak nangis, siaplah. Maknenye tak sedih la tu." Hahahaha. Bunyi je sedih, tapi hati aku masih gagah dengar lagu tu. Aku terpukau gile sebab sekolah Amir, diorang buat nasyid dalam bahasa Arab, dan sebutan bahasa arab diorang sangat sedap. Yelah, budak2 tahfiz kan dah di'train' baca Quran, so makhraj macam takde problem. 

Masa tengok diorang buat persembahan, masa nie saya rasa macam nak menangis. Bukan sebab dengar lagu nasyid ke ape, tapi sebab saya rindu...rindu sangat zaman sekolah... Rindu zaman sekolah rendah, masa saya sentiasa jadi jaguh pidato dan syarahan. Ada jugak masuk tilawah, tapi memang tak pernah menang, sebab saya tak reti bace quran ikut lagu-lagunya *masa tue lah* Rindu zaman sekolah menengah, saya ceburkan bidang dalam berpantun dan tilawah. Rindu masa sekolah menengah, tengok penasyid sekolah suara memang sedap gile bernasyid. Rindu masa kena penuhkan dewan tengok orang nasyid. Rindulah pendek cerita. Fuhhhh. Tahan je air mata dari jatuh.

Saya ingat, saya mula diasah mama untuk belajar cakap depan orang ramai masa saya 6 tahun. Saya ingat, masa majlis penyampaian hadiah, saya kena baca sifir dengan nyanyi lagu *dangdut weh mase tu.. ingat lagi, lagu Amelina. ko jangan main-main* Bermula lepas tu, saya sering naik pentas untuk buat performance yang berkaitan dengan talk *dan kesannya saya sangat suka bercakap sampai sekarang. haha* Sebab tu, saya akan bagi free talk pada adik-adik saya, bila diorang kata tak mau aktif. Alih-alih zaman IPT nie, kurang aktif benda2 gitue. Rindu nak lepas gian, tapi mungkin sendiri tak pandai cari peluang. 

Dan keputusannya, Amir ahamdulillah second place. Ajiq pun marhaban 2nd place jugak.. Saya secara suci hatinya kagum dengan adik-adik lelaki saya. Macam Amir dengan Abang, diorang sangat advance bab-bab tilawah Quran. Cukup dua tiga kali orang ajar lagu bayati, nahwand, razz and so on, dorang cepat pick up dan boleh apply pada mana-mana ayat Quran. Kena kat aku, mesti aku nangis, sebab aku jenis hafal lagu dan ayat, buakn hafal lagu dan apply pada ayat.

Oklah, sampai sini dulu membebel. Lepas gian blogging. Lepas gian membebel. Lepas rindu yang sarat pada zaman kegemilangan dolu-dolu.
Tanx reading this nothing.
Wassalam.